Semalam, Khamis, 10 Julai 2025, sudah jumpa Gardenia Quick Bites perisa durian ni. 😁
Jumpa dalam 7-Eleven. Suami saya tolong carikan. Saya rajin makan je.
Tapi, selama saya pergi ke pasaraya dan kedai runcit, saya memang tak pernah jumpa lagi, perisa strawberi atau durian.
Ceritanya, semalam waktu tawaf pekan Lumut, suami saya perasan, dia kata, ada lori Gardenia depan 7-Eleven. Tapi, kami tak berhenti waktu tu. Pergi pasar dulu, beli barang basah. Pergi kedai Ayam Ori dulu, beli ayam seekor. Pergi kedai Cosmos dulu, beli telur 2 papan, barulah pergi Lumut lagi sekali.
Ha ah, kami memang rajin tawaf pekan Lumut tu. Kat sini, mana lagi tempat nak pergi. Situ je la, yang dekat. Jalan-jalan naik kereta, sambil boleh nampak view laut.
![]() |
Roti Gardenia Quick Bites perisa Durian. |
Minta maaf la, suami saya belikan sampai 3. Walaupun dia tak bawa shopping bag, dan dia kena bawa 5 ketul roti ni guna tangan je.
Selain 3 biji perisa durian, suami beli juga perisa jagung untuk Sulaiman, dan perisa vanila untuk Hafizan.
Saya tanya suami, dah dia beli sampai 3, ada banyak lagi tak di rak 7-Eleven, perisa durian yang tinggal?
Dia kata, banyak lagi, adalah lebih 15 biji. Yang ni, dia sembang dengan pekerja 7-Eleven tu, pekerja tu pun kata kali ni, orang Gardenia letak banyak. Agaknya, deme dah tahu yang perisa durian ni, jadi rebutan dan selalu cepat habis.
![]() |
Saya belah dua roti |
Roti dia lembut dan gebu. Ye la kan, roti baru. Warnanya slightly hijau, macam ada pandan.
Siapa pernah cuba yang perisa pandan gula melaka? Ha, roti dia hijau macam roti tu. Tengok bila belah roti, macam sikit je inti durian tu. Tapi, ok la. Mencukupi.
Saya menikmati seketul roti gardenia quick bites perisa durian ini, bersama secawan americano kosong panas. Alhamdulillah. Sedap.
Sebab lepas tu, sendawa, ada rasa durian. 🙈
Harga roti ni, ialah RM1.20. Kome perasan tak, harga dia lain-lain? Yang biasa ni, standard, RM1.20. Tapi perisa black forest, karamel masin, coklat kacang hazel dan pandan gula melaka, harganya RM1.70?
Ha, 4 perisa yang saya sebut tadi tu, adalah Quick Bites Gold, itulah harga dia lain.
Ok, sekarang kita cari yang perisa strawberi pula. Hehe..
Jumpa lagi, ye. 💗
Anak cerita hari tu ada perisa baru durian. Tapi belum ada nampak di lipis ni. Belum sampai agaknya tempat kecil2.
ReplyDeleteSekali dapat, 3 terus dibelinya. Perisa durian yang tengah terlajak laris susah nak dapat di pasaran sekarang. Rezeki akaklah dapat 3 sekaligus. Pandai dorang buat marketing masa tengah musim durian ni. A'ah quick Bites Gold series ni memang mahal sikit sebab premium gold tu. Mostly yang gold ni agak manis juga bagi saya.
ReplyDeleteHa perasan beza harga tu. Apsal yg itu mahal? Sbb si bongsu tu suka yg ada coklat hazel tu
ReplyDeleteroti gardenia premium ni kadang susah nak dapat. Akak lebih suka Puazz sambal bilis dengan kari ayam.
ReplyDeleteViral ek roti ni..merata2 org berebut beli...saya x beli sebab x makan durian...
ReplyDeleteahahhh Ana blm dpt jumpa lagi yang perisa durian.. baru jumpa yg strawberry & pandan gula melaka
ReplyDeleteEh eh.. memang kombinasi yang best tu, roti durian dgn americano. Durian dia rasa sedap ke, rasa durian sebenar atau rasa serawa ke?
ReplyDeletebestnya.....ini roti luar biasa, dekat sini tk dak jual uhuk
ReplyDeletetk jmpa lg yg perisa durian...ada la tgk org share
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur nikmat..dapat bayangkan rasanya mesti ada rasa durian..
ReplyDeletesy x makan durian tp boleh je makan roti perisa durian ni nanti..
ReplyDeletelinda tak jumpa lagi perisa yang baru2 nie..takde rase nak hunting, jadi takdelah mencari...tapi, kalau terjumpa, beli juga la..nk rasa2 kan
ReplyDelete