Rabu, 16 Julai 2025.
Saya recap semula, tak berapa lama hari tu, saya dapat tahu yang saya ada menang hadiah saguhati dari blog Jurnal Shikin Razali.
Rujuk sini untuk pengumuman pemenang 👉 Top Commentator Bulan Mei 2025
![]() |
Tangkap layar nama saya, salah seorang pemenang saguhati Mei |
Walaupun pada waktu tu, nama saya tercorot dalam senarai top commentator, tapi Shikin telah memilih saya sebagai salah seorang pemenang saguhati. Sangat gembira.
Hari ini, baru sebentar tadi, suami saya telah bawa masuk bungkusan baru sampai. Saya telah dimaklumkan beberapa hari lepas oleh Shikin, yang hadiah sudah dihantar dan on the way.
![]() |
Bungkusan hadiah baru sampai |
Sudah buka. Mari kita tengok hadiah di dalam...
![]() |
Tadaaa... dua botol perfume! 😍 |
Minyak wangi wanita jenama Viyouna, High Quality EDP Perfume.
Satu botol, haruman bernama Twinkle Moon, dan satu botol lagi, haruman Cherry Blossom.
Dua-dua wangi, baunya.
Saya ada buat sedikit carian mengenai perfume ni, wangian Viyouna ini boleh bertahan sehingga 24 jam, dibuat dari bahan halal, mudah dibawa dan mesra solat.
Alhamdulillah. Kedua-dua botol perfume ini 30ml kandungannya, dan botol kaca. Syukur, sampai dengan selamat dan dalam keadaan baik.
Terima kasih, kepada blogger Shikin Razali, yang sudi hadiahkan perfume ini. Saya sangat suka. 💗 Semoga Shikin semakin murah rezeki, sihat-sihat selalu dan bahagia di samping keluarga dan kerjaya.
Kepada semua rakan-rakan bloggers, silalah berkunjung ke blog beliau, iaitu Jurnal Shikin Razali.
Boleh tambah kenalan jika anda belum kenal, dan memeriahkan blog beliau.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗
Alhamdulillah...rezeki terima hadiah minyak wangi
ReplyDeleteAlhamdulillah...Kalau dah rezeki kita, tetaplah milik kita. Tahniah kak Nur. Bestnya dapat hadiah perfume.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Tahniah...
ReplyDeleteTahniah!
ReplyDeleteMoga tambah rezeki untuk pengirim dan penerima.
Tahniah! Seronok dapat perfume
ReplyDeleteTahniah 🧡🧡🌷
ReplyDeleteWow! jika Etuza dapat hadiah ni, wangian yg halal lagi wangi..hari-hari lah pakai pergi ke Masjid..ha harum wangi..tahniah dapat hadiah
ReplyDeleteAllhamdulillah
ReplyDeleteHadiahnya super sekali, keren
Bestnya dapat hadiah perfume. Tahniah2.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat hadiah berupa perfume ya Mbak.
ReplyDeleteSelamat ya Mbak.
Salam,
Tahniah! Yang sakura tu mesti wangi betul.
ReplyDeleteTahniahnyer
ReplyDeleteRejeki dapat hadiah
Lama dah tak BW ke blog shikin. Kadang2 ammi tak BW sbb link blog tak naik kat feed
ReplyDeleteWaaah parfume 😍😍. Penasaran nak cium aromanya.... Saya sukaa memang dengan parfume, dan bahkan koleksi. Ada orang yg suka pakai 1 jenis parfume saja, saya pula, mencoba banyak wangi 🤭
ReplyDeleteAlhamdulillah, hadiahnya dah selamat sampai di tangan sis.. Semoga sis suka dengan wangian tue, hihi sebab saya pun memang selalu beli minyak wangi jenama nie.. Terima kasih jugak sebab selalu singgah ke jurnal saya...
ReplyDeleteTahniah Nur...seronoknya dapat perfume...
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki dapat hadiah minyak wangi
ReplyDeleteTahniah Nur! Seronok dapat hadiah wangi2 ni ...
ReplyDeletetahniah dpt perfume dr blogger
ReplyDelete