Ambil darah - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Sunday, August 24, 2025

Ambil darah

 Tarikh: 31 Julai 2025

Temujanji ambil darah di hospital. Biasanya, saya pergi pukul 2 petang. Tapi kali ini, sebab kena puasa, jadi saya pergi waktu pagi. Doktor suruh check kolesterol juga, selain bacaan hormon T4 dan TSH untuk tiroid.

Apa itu hormon T4 dan TSH
Apa itu T4 dan TSH

Kena tinggalkan IC di kaunter daftar ambil darah. Dulu, tak perlu. 

Nombor giliran temujanji ambil darah Hospital Manjung.
Nombor giliran temujanji ambil darah.

Sampai di hospital pukul 7.51 pagi. Dapat nombor 53. 

Orang ramai yang menunggu giliran ambil darah.
Orang ramai yang menunggu giliran ambil darah.

Tak ada tempat duduk. Semua kerusi penuh. Berdiri sekejap. Lepas tu, saya duduk di depan farmasi. Cari kerusi yang boleh nampak nombor yang dipanggil, walaupun dari jauh. 

Pukul 9 lebih baru siap urusan ambil darah. Ok la. Laju juga untuk sampai giliran. Ambil darahnya sekejap je. Sekali panggil, 3 nombor yang masuk dalam.

Little did I know yang resultnya adalah sesuatu yang mengejutkan dan menyedihkan saya. Nanti saya cerita bila sampai waktu, ya. Sobs.. sobs.. 😢

Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca blog saya ini. Jaga diri. 

Jumpa lagi, ye. 💗

4 comments:

  1. Datang sebelum 8am pun dah no 50+. Ramai betul orang ye.

    ReplyDelete
  2. Allahu... Semoga tiada yg memudaratkan dan baik² sahaja ya, Tot.

    ReplyDelete
  3. Semoga yang baik² aja Nur ye... Umur² kita ni macam² la datangnya ujian. Stay positive ya 🤗

    ReplyDelete
  4. Semoga baik2 saja ya,..ambil langkah kawal pemakanan dan kurang kan ambil gula..mybe membantu..

    ReplyDelete