Tarikh: Sabtu, 12 Julai 2025
Kami biasanya makan malam awal, sebelum pukul 7 malam. Biasanya, Restoran Kin Aroi ni, ramai orang. Mungkin sebab lokasi dia di tepi jalan utama. Jadi, mudah untuk orang singgah. Tapi pada hari tu, tengok tak berapa ramai, jadi kami pun masuk la.
Kami pilih meja di luar. Pernah makan di dalam, rasa macam tak ada angin bergerak.
![]() |
Saya minum air suam, suami lemon ais kosong. |
Suami pesan menu kesukaannya, iaitu nasi goreng kampung, telur dadar dan sambal belacan.
![]() |
Nasi goreng kampung |
![]() |
Mi bandung |
Oh, tak nampak mi-nya. Kejap.
![]() |
Haa... baru nampak mi. |
Alhamdulillah, sedap, keduanya, nasi goreng kampung dan mi bandung.
![]() |
Restoran Kin Aroi Ikan Bakar, Sitiawan, Perak. |
Dalam bahasa Thai, Kin bermaksud makan.
Jadi, Kin Aroi bermaksud makan sedap atau enak dimakan. 😊
Cuaca pun tak berapa panas, pada petang itu.
Ada saya nampak beberapa pilihan ikan segar di dalam kedai, bagi yang pilih menu ikan bakar. Kami lebih minat menu goreng-goreng.
Baiklah. Sekian cerita.
Jumpa lagi, ye. 💗
Oo itu maksudnya. Memang kenalah dengan nama kedainya, makanan yang dipesan semua sedap. Nasi goreng ada sup sedap baru best makan kan. Mi bandung dia nampak macam mi bandung kuah sos tapi kalau sedap, kira okay sangat dah tu.
ReplyDeleteBetul, Fizah. Sedap nasi goreng ada sup sekali. Hirup panas-panas memang nikmat. Ok, mi bandung dia. Tapi nak banding dengan mi bandung muor, jauh ler beza. Hehe..
Deletekonten yang ringan dan seronok dibaca...saya pun rasa teringin nak makan mi bandung...sekali dalam beberapa bulan sudah memadai
ReplyDeleteTerima kasih, Encik.
DeleteYe, bukan makan selalu pun. Bila teringin saja kan, Encik.
Macam pernah lalu pula depan kedai nie,tapi tak igt exactly lokasi dia..
ReplyDeleteKalau sedap memang pasti repeat
Dekat sebelah nursery pokok bunga Bujang Garden. Traffik light Aeon Manjung tu, Linda. Kalau on the way ke Ipoh, belah kiri, Kin Aroi ni.
DeleteDapat tambah perkataan kin dan aroi.
ReplyDeleteSedap pulak tengok telur dadar tu.
Memang sedap, kak. 😋
Deleteingatkan ada order ikan bakar jugak, hehe
ReplyDeleteHehe.. tak. Lain kali la order. 😊
DeleteAlhamdulillah vrezeki sedap dimakan ..kita bersyukur ada makanan yang enak bila kita nak
ReplyDeleteBetul, Encik. Alhamdulillah, rezeki Allah beri.
DeleteSy pun kalau ke kedai makan, menu selalu order sama dgn husband Nur tu la... Asyik nasi goreng je jadi pilihan :3
ReplyDeleteSebab sedap dan kenyang, kan, PH. 😊
DeleteUncle suka betul telur dadar cam tu... rangup!
ReplyDeleteBetul, saya pun suka. 😋
DeleteOh, memang jelas Kin Aroi tu terutama mee bandung. Banyak kuah mee bandung, kena selak baru nampak mee.
ReplyDeleteBetul, SK. Dan banyak juga, mi-nya.
DeleteLuas laman kedai. Mesti ramai customer.
ReplyDeleteHa ah, sini memang ramai orang. Tapi, makanan semua cepat siap.
DeletePuas hati kalau makanan sedap. Rupanya kedai tomyam ada jual mi bandung.
ReplyDeleteAda, NA. Saya kalau teringin, pergi kedai tomyam. Nak buat sendiri di rumah, saya seorang je yang suka mi bandung.
DeleteTelur dadar tuh nampak handsome betul. Happy kan kalau dapat makan makanan yang ada rasa dan sedap bila perut tengah lapar.
ReplyDeleteBetul, KSarie. Alhamdulillah.
Deletesedap tgk mee bandung tu...lama tk mkn
ReplyDeleteMemang sedap, Mama Tisya. 😋
DeleteSedap nya semua especially Mee Bandung tu.
ReplyDeleteMemang syedap, Mulan. Hehe..
DeleteTenguk gambar last tu kalau lepak kat luar nyaman betul sambil mencicipi makanan yang di order.
ReplyDeleteBetul, kak. Cuaca mendung dan berangin.
DeleteSuka makan kalau di warung macam ni... ada vibe kampung sikit... Mee Bandung tu terleleh air liur.. hahahaaa
ReplyDeleteHehe.. memang sedap, Encik. Ha ah, lokasi kedai tomyam ni, dekat kawasan kampung, banyak pokok-pokok.
DeleteSA suka vibes macam ni...dah tentu2 makanannya sedap
ReplyDeleteBetul, sedap, SA. Dan efficient juga, tak tunggu lama.
DeleteUwaaaah menariiik menunyaaaa kak. Saya sukaaa mi yg begitu. Haiiish, ini jauh tak dari Ipoh. Saya akan ke Ipoh soalnya November. Teringin juga nak kulineran di sana
ReplyDeleteJauh juga, Fanny. Dalam 1 jam setengah dari Ipoh nak ke Manjung. Oh.. nak datang Ipoh. Wow, memang banyak tempat menarik di Ipoh. Kena rancang elok-elok, Fanny.
Delete