Friday, August 8, 2025

Pekena Mi Kicap

Tarikh: Sabtu, 19 Julai 2025.

Pergi Pasar Sabtu Bota Kanan. Suami ajak sarapan sekali, di kedai mi kari. Lokasi kedai ini, di kawasan Pasar Sabtu juga. Jalan kaki saja, sambil bawa barang belian. Orang tak ramai di kedai mi.

Mi kicap Restoran Latifah, Bota Kanan.
Saya pesan mi kicap

Ok rasa. Tambah sambal untuk lebih rasa pedas.

Mi kari Restoran Latifah, Bota Kanan.
Suami pesan mi kari.

Sup bebola ikan Restoran Latifah, Bota Kanan.
Diberi semangkuk sup bebola ikan.

Biasa kalau pesan mi kicap, memang akan diberi sup. Masih panas. Sedap dihirup. 

Mi kicap dan mi kari Restoran Latifah, Bota Kanan, Perak.
Mi kicap, mi kari dan sup bebola, serta sambal.

Lepas makan separuh, kami bertukar hidangan, jadi sama-sama dapat merasa. Portion mi agak banyak. Jadi, kenyang makan. Alhamdulillah.

Restoran Latifah (Mi Kari Bota), Perak.
Ini lah kedainya, Restoran Latifah (Mi Kari Bota)

Masa kami nak balik, makin ramai orang masuk ke kedai mi, untuk sarapan.

Pemandangan Pasar Sabtu Bota Kanan.
Pemandangan Pasar Sabtu Bota, dari tempat parkir kereta.

Nama kedai: Restoran Latifah (Mi Kari Bota)

Masa operasi: Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 5 petang.

Waktu kami pergi, lebih kurang pukul 9 pagi. Kedai mi sudah buka, tapi baru siap la.

Alamat: Jalan Teluk Intan, Bota Kanan, 32600 Bota, Perak.

Selain hidangan mi, restoran ini turut menyajikan hidangan nasi campur dan nasi ayam.

Sekian cerita saya makan mi kicap.

Jumpa lagi, ye. 💗

11 comments:

  1. Terus rasa namk makan mee kicapnya...dapnyaaaa....

    ReplyDelete
  2. Sy sejak Iman belajar kat Perak la kerap jumpa menu mee kicap dan mee kari. Tak lama pulak Iman belajar kat sana sebab lepas tu PKP, kalau tak mesti banyak tempat macam ni dapat diteroka. Terliur pulak tengok sup bebola tu, sambil makan mee kicap sambil hirup sup. Baguslah boleh bertukar² hidangan macam tu, mesti dua² pun sedap.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...tapi, linda tak berapa suka sangat mee...so, hidangan mee akan jadi pilihan terakhir..

    ReplyDelete
  4. semuanya nampak sedap. lama pula tak makan mi kari.. nak buatlah esok

    ReplyDelete
  5. Bestnya tengok mi kicap tu Kak Nur. Dapat pulak dengan semangkuk sup bebola ikan. Sedap tu menghirup, tambah ada sambal lagi tu. Bila entah nak sampai Perak lagi ni.

    ReplyDelete
  6. X pernah rasa mee kicap.. sup fishball tu buat craving je 😋

    ReplyDelete
  7. sedappp...kenyang sampai kepetang kalau kmieja

    ReplyDelete
  8. Mi kari nya yg nampak tempting 🤤🤤🤤. Tapi mi kecap pun buat penasaran. Belum pernah coba yg ini

    ReplyDelete
  9. Lama tak pekena mi kicap. Kalau balik kampung suka singgah Meru Raya, ada kedai mi kicap dekat2 Mydin Meru tu

    ReplyDelete
  10. Terus rasa lapar tengok mi kicap & mi kari tu. Terliur pulak malam2 ni.

    ReplyDelete