Tarikh: 23 Julai 2025
Saya tahu, tak elok minum kopi lepas pukul 4 petang. Nanti malam, masa tidur, terjaga, sebab perlu buang air. Tapi hari tu, tak tahu nak lepak di mana. Sulaiman buat kerja rumah, kerja berkumpulan. Ada kawan-kawan dia datang. Buat kerja di ruang tamu.
Jadi, kami beri ruang pada anak-anak buat kerja. Kalau kami di rumah, petang-petang biasa lepak depan tv. Jadi, ganggu anak-anak pula nanti.
Saya pernah cerita mengopi di Bundut Coffee ni dulu, entrinya di sini. Kami pergi berdua je. Lepas Asar, waktu tu. Matahari petang sedang menyinar. Cari tempat duduk yang redup. Saya berlindung di belakang pokok buluh.
![]() |
Matahari di balik pohon buluh. |
Sulaiman pernah minta untuk pergi rumah kawan malam-malam, ada kerja kena buat. Tapi, kami tak bagi. Macam kurang elok pula, datang rumah orang malam-malam di hari kerja, walaupun untuk siapkan kerja sekolah. Jadi, kami suruh bawa kawan-kawan dia datang rumah saja, waktu petang, untuk siapkan tugasan.
![]() |
Selfie sekeping, sementara tunggu kopi siap. |
Budak tingkatan 5 memang sibuk. Lepas habis sekolah, ada kelas tambahan. Itu yang lepas Asar, baru free untuk siapkan kerja berkumpulan. Malam, ada tuition pula. Kesian juga kat Sulaiman. Tapi apa nak buat, kena bertahan, demi masa depan.
Saya selalu lupa nak order signature coffee kat sini, iaitu kopi candu. Nak juga rasa camana rasa kopi tu.
![]() |
Tak ada orang petang-petang, sebab masih agak panas. Lampu neon "Kopi Candu Pasti Rindu" |
Saya pesan americano panas, manakala suami pesan latte ais. Tak panas ke, minum kopi panas, di petang yang panas? Hahaha.. apa nak buat, kalau minum air sejuk, nanti saya semput pula. Sudah bertahun tak minum air sejuk. Itu yang bila rakan bloggers share tentang cendol, kopi blended dan sebagainya, telan air liur. Aiskrim pun saya tak boleh makan sebenarnya, tapi makan juga, menyesal kemudian bila kena semput.
![]() |
Pakcik ni berangan, projek nak buat bila dah pencen. |
Kopi di sini sedap. Kami bincang nanti nak buat apa bila suami pencen. Suami nak beli motor besar, round satu Malaysia. Tak best la motor. Kebas bontot duduk lama. Hujan, basah, kena berteduh bawah jambatan. Ok, beli campervan la. Hahaha.. mahal kot. Baik pi haji, dari buat hutang masa dah tua. Nantilah kita modify kereta sekarang, supaya selesa bawa mancing sambil berkhemah. Bila dapat ikan, boleh masak terus, makan. Dalam kereta, ada dapur. Ha, syok juga, kan.
Lama juga kami melepak, sampai almost maghrib, barulah kami balik rumah. Tak makan pun. Sebab sudah dinner awal. Mengopi saja.
Ok. Tu je nak cerita.
Jumpa lagi, ye. 💗
Tu lah kadang tenguk konvoi motor besar jalan jauh2 tak penat ke. Lagi kalau penumpangnya tinggi duduknya. Yang tak tahan tu yang motor jenis tangan naik atas tu. Tak penat ke
ReplyDeleteDia orang tu, mesti punyai minat yang tinggi untuk ride motor besar lama-lama, jauh-jauh pula tu, kan kak.
DeleteAngan² nak beli motor besar ni memang biasa di kalangan lelaki. Tengok gaya pun dah ada tu. Tukang bonceng pun tak kurang jugak gayanya tu. Sekali-sekala okeylah tu minum kopi petang.
ReplyDeleteKann... itu la, dah biasa bawa motor. Dah tua pun nak bawa motor juga. Saya tak minum dah kopi waktu petang, SK. Malah, waktu saya balas komen ni, dah 3 hari saya tak minum kopi. Hehe.. azam baru.
DeleteAngan- angan Nur tu lebih kurang sama macam SA..nak ada Caravan ke..Campervan ke..pas tu ronda satu Malaysia...lagi satu berangan nak meniaga stall makanan yg hype...
ReplyDeleteSA memang pandai masak, jadi sesuai sangat meniaga stall makanan. 👍
DeleteSalam kenal tuan rumah, singgah sini and follow sekali. Best juga ya, petang-petang minum kopi. Kalau saya minum kopi waktu petang cornfom malam tak leh tidur.
ReplyDeleteSalam kenal. Terima kasih, follow. Nanti saya singgah balas, ye.
DeleteHaha.. itu biasa. Saya pun sama.
Elok juga tu biar kawan-kawan dia datang rumah, kita pun tak risau kalau anak pergi rumah orang malam-malam. Risau mengganggu. Dapatlah kak Nur dan husband keluar dating sat. Agaknya kalau minum kopi candu tu mesti nak datang minum lagi. Dia pun cakap pasti rindu. Next time boleh cuba kak Nur. Begitulah kalau bersembang berdua. Banyak topik masa depan dibualkan.
ReplyDeleteItu la pasal. Ada ka nak pi rumah orang malam-malam. Huhu...
DeleteAda kemungkinan di situ. Nama pun kopi candu, kan. 😁
Wahhhh macam menarik rancangan lepas pencen tuh nak ronda-ronda satu Malaysia. Suka baca kisah Tot mengopi di sana sini😊Semoga Sulaiman terus sukses ye
ReplyDeleteKalau ada rezeki, KSarie. Kalau tak, kita duduk kampung, mancing tepi sungai, tanam jagung je la. Hehe.. aminnn... terima kasih, KSarie.
Deletesy pakai motor H 110cc aje. x berangan nak beli yg baharu pun sbb skrg ni fikirkan ttg perbelanjaan 3 org anak kat IPT...
ReplyDeleteBegitu. Ayah yang penyayang, Abe Kie ni. Semoga dipermudahkan urusan Abe Kie, ye.
DeleteSama pulak dgn en suami Sy, nak beli motor besar kononnya... Baiklah beli/modify keta boleh bawak gi road trip.
ReplyDeleteKann... kebas bontot, kebas muka, naik motor lama-lama ni.
DeleteMA x kira la siang ke malam, ons je kalau dah teringin tu..coffeenya...
ReplyDeleteNasib baik x de prob plak bab tido tu 😅
Memang pencinta kopi, MA ni.
DeleteBagusnya, tiada masalah tidor walaupun mengopi.
certain org ok minum kopi tk kira waktu bole je tido...mcm saya tk bole minum kopi tula nanti payah nk tido..sure tk sbr nk tgu husband pencen tu kan..mcm2 bole buat
ReplyDeleteHa ah. Pakcik tu dah penat bekerja. Tak sabor nak pencen.
DeleteKopi, teh bersifat diuretik. Memang leceh bila asyik terjaga nak ke tandas.
ReplyDeleteSeronok bila borak pasal rancangan masa depan. Kita jadi bersemangat.
Kann... saya dah berhenti kopi, Ujie. Dah 3 hari.
DeleteBetul, boleh plan apa patut. Dan tak sabar rasanya. 😊
Tak sangka encik suami pandai posing depan kamera... eceh!
ReplyDeleteDia memang, uncle. Bab pose, bukan main lagi.
DeleteIni minum kopi bersama suami sambil merencanakan masa setelah pensiun ya Mbak?
ReplyDeleteSemoga apa yang diperbincangkan dengan suami akan terlaksana nanti.
Salam,
Ye, Pak Asa. Amin... Insya-Allah, kalau ada rejekinya. Makasih, Pak.
DeleteNanti jengah sini yer 😉
ReplyDeletehttps://mummyayu.blogspot.com/2025/08/congrats-kepada-pemenang.html
Dah tengok. Mekasih banyak, MA. Suka, suka! 😍
DeleteKalo kopi saya juga suka panas kak. Tp khusus Americano ntah kenapa belum sanggub yg panas. Harus pakai iced. Cuma setelahnya tenggorokan saya jadi gatal, trus batuk 😅😅.
ReplyDeleteEh sejak saya road trip pulau sumatera kemarin, saya jadi teringin nak road trip pulau2 lain, termasuk Malaysia 😄. Itu impian saya dan suami. Mulai dari semenanjung Malaysia paling atas, sampai ke Johor. Atau start dari Sarawak, Sabah dan labuhan. Cuma terpaksa lah tak bisa pakai mobil sendiri. Harus sewa di sana. Dan yg pasti cuti suami harus panjang 😄
Haha.. sedap Fanny, americano panas, lain kali cuba panas, ya.
DeleteWah... Fanny pun teringin roadtrip satu Malaysia, ya. Semoga terlaksana, ye, Fanny.
Tea time together berdua waktu petang mmg yg terbaik... Layan coffee dgn suasana tenang.. tu yg boleh terbayang projek apa nak buat lepas pencen tu hahaha.. 😅
ReplyDeleteOrang Perak cakap, "Ada ngeye, encik." Hehe..
DeleteApabila pencen selalu rancangan ke laut. Kena jaga kesihatan baik-baik waktu itu.
ReplyDeleteHehe saya pula terfikir untuk minum kopi balik tapi kena kopi yang ada bahan-bahan sihat. Tengoklah macam mana sebab boleh bertahan lagi tidak minum kopi.
Sekarang pun sudah kena jaga kesihatan, NA.
DeleteWaktu saya balas komen NA ni, sudah hari keempat saya tak minum kopi, NA. Kalau NA ada jumpa kopi yang ada bahan sihat, nanti share di blog, ye. 😊
tak pernah berbincang perkara yang besar2 dan serius dengan suami.. hahaha..tak tau lah normal ke tidak..
ReplyDeleteHehe.. ada orang suka plan dulu, Linda. Ada juga yang just go with the flow. At least bila ada plan, ada rough idea nak buat apa di hari tua.
DeleteLama dah ammi tak camping. Bila tak ckp quorum mcm tak best pulak nak pasang khemah
ReplyDeleteKena tunggu ramai-ramai ye, baru meriah. At least masa anak cuti sekolah, kan.
Delete