Suatu petang di kedai kopi - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Thursday, August 14, 2025

Suatu petang di kedai kopi

 Tarikh: 23 Julai 2025

Saya tahu, tak elok minum kopi lepas pukul 4 petang. Nanti malam, masa tidur, terjaga, sebab perlu buang air. Tapi hari tu, tak tahu nak lepak di mana. Sulaiman buat kerja rumah, kerja berkumpulan. Ada kawan-kawan dia datang. Buat kerja di ruang tamu. 

Jadi, kami beri ruang pada anak-anak buat kerja. Kalau kami di rumah, petang-petang biasa lepak depan tv. Jadi, ganggu anak-anak pula nanti. 

Saya pernah cerita mengopi di Bundut Coffee ni dulu, entrinya di sini. Kami pergi berdua je. Lepas Asar, waktu tu. Matahari petang sedang menyinar. Cari tempat duduk yang redup. Saya berlindung di belakang pokok buluh.

Mengopi di Bundut Coffee, Manjung Point.
Matahari di balik pohon buluh.

Sulaiman pernah minta untuk pergi rumah kawan malam-malam, ada kerja kena buat. Tapi, kami tak bagi. Macam kurang elok pula, datang rumah orang malam-malam di hari kerja, walaupun untuk siapkan kerja sekolah. Jadi, kami suruh bawa kawan-kawan dia datang rumah saja, waktu petang, untuk siapkan tugasan.

Selfie sementara tunggu kopi siap, di Bundut Coffee, Manjung.
Selfie sekeping, sementara tunggu kopi siap.

Budak tingkatan 5 memang sibuk. Lepas habis sekolah, ada kelas tambahan. Itu yang lepas Asar, baru free untuk siapkan kerja berkumpulan. Malam, ada tuition pula. Kesian juga kat Sulaiman. Tapi apa nak buat, kena bertahan, demi masa depan.

Saya selalu lupa nak order signature coffee kat sini, iaitu kopi candu. Nak juga rasa camana rasa kopi tu.

Suasana mengopi di Bundut Coffee, Manjung.
Tak ada orang petang-petang, sebab masih agak panas. Lampu neon "Kopi Candu Pasti Rindu"

Saya pesan americano panas, manakala suami pesan latte ais. Tak panas ke, minum kopi panas, di petang yang panas? Hahaha.. apa nak buat, kalau minum air sejuk, nanti saya semput pula. Sudah bertahun tak minum air sejuk. Itu yang bila rakan bloggers share tentang cendol, kopi blended dan sebagainya, telan air liur. Aiskrim pun saya tak boleh makan sebenarnya, tapi makan juga, menyesal kemudian bila kena semput.

Berangan tentang masa depan sambil mengopi latte ais.
Pakcik ni berangan, projek nak buat bila dah pencen.

Kopi di sini sedap. Kami bincang nanti nak buat apa bila suami pencen. Suami nak beli motor besar, round satu Malaysia. Tak best la motor. Kebas bontot duduk lama. Hujan, basah, kena berteduh bawah jambatan. Ok, beli campervan la. Hahaha.. mahal kot. Baik pi haji, dari buat hutang masa dah tua. Nantilah kita modify kereta sekarang, supaya selesa bawa mancing sambil berkhemah. Bila dapat ikan, boleh masak terus, makan. Dalam kereta, ada dapur. Ha, syok juga, kan.

Lama juga kami melepak, sampai almost maghrib, barulah kami balik rumah. Tak makan pun. Sebab sudah dinner awal. Mengopi saja. 

Ok. Tu je nak cerita. 

Jumpa lagi, ye. 💗

38 comments:

  1. Tu lah kadang tenguk konvoi motor besar jalan jauh2 tak penat ke. Lagi kalau penumpangnya tinggi duduknya. Yang tak tahan tu yang motor jenis tangan naik atas tu. Tak penat ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia orang tu, mesti punyai minat yang tinggi untuk ride motor besar lama-lama, jauh-jauh pula tu, kan kak.

      Delete
  2. Angan² nak beli motor besar ni memang biasa di kalangan lelaki. Tengok gaya pun dah ada tu. Tukang bonceng pun tak kurang jugak gayanya tu. Sekali-sekala okeylah tu minum kopi petang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... itu la, dah biasa bawa motor. Dah tua pun nak bawa motor juga. Saya tak minum dah kopi waktu petang, SK. Malah, waktu saya balas komen ni, dah 3 hari saya tak minum kopi. Hehe.. azam baru.

      Delete
  3. Angan- angan Nur tu lebih kurang sama macam SA..nak ada Caravan ke..Campervan ke..pas tu ronda satu Malaysia...lagi satu berangan nak meniaga stall makanan yg hype...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA memang pandai masak, jadi sesuai sangat meniaga stall makanan. 👍

      Delete
  4. Salam kenal tuan rumah, singgah sini and follow sekali. Best juga ya, petang-petang minum kopi. Kalau saya minum kopi waktu petang cornfom malam tak leh tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Terima kasih, follow. Nanti saya singgah balas, ye.
      Haha.. itu biasa. Saya pun sama.

      Delete
  5. Elok juga tu biar kawan-kawan dia datang rumah, kita pun tak risau kalau anak pergi rumah orang malam-malam. Risau mengganggu. Dapatlah kak Nur dan husband keluar dating sat. Agaknya kalau minum kopi candu tu mesti nak datang minum lagi. Dia pun cakap pasti rindu. Next time boleh cuba kak Nur. Begitulah kalau bersembang berdua. Banyak topik masa depan dibualkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal. Ada ka nak pi rumah orang malam-malam. Huhu...
      Ada kemungkinan di situ. Nama pun kopi candu, kan. 😁

      Delete
  6. Wahhhh macam menarik rancangan lepas pencen tuh nak ronda-ronda satu Malaysia. Suka baca kisah Tot mengopi di sana sini😊Semoga Sulaiman terus sukses ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rezeki, KSarie. Kalau tak, kita duduk kampung, mancing tepi sungai, tanam jagung je la. Hehe.. aminnn... terima kasih, KSarie.

      Delete
  7. sy pakai motor H 110cc aje. x berangan nak beli yg baharu pun sbb skrg ni fikirkan ttg perbelanjaan 3 org anak kat IPT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu. Ayah yang penyayang, Abe Kie ni. Semoga dipermudahkan urusan Abe Kie, ye.

      Delete
  8. Sama pulak dgn en suami Sy, nak beli motor besar kononnya... Baiklah beli/modify keta boleh bawak gi road trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... kebas bontot, kebas muka, naik motor lama-lama ni.

      Delete
  9. MA x kira la siang ke malam, ons je kalau dah teringin tu..coffeenya...
    Nasib baik x de prob plak bab tido tu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pencinta kopi, MA ni.
      Bagusnya, tiada masalah tidor walaupun mengopi.

      Delete
  10. certain org ok minum kopi tk kira waktu bole je tido...mcm saya tk bole minum kopi tula nanti payah nk tido..sure tk sbr nk tgu husband pencen tu kan..mcm2 bole buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Pakcik tu dah penat bekerja. Tak sabor nak pencen.

      Delete
  11. Kopi, teh bersifat diuretik. Memang leceh bila asyik terjaga nak ke tandas.

    Seronok bila borak pasal rancangan masa depan. Kita jadi bersemangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... saya dah berhenti kopi, Ujie. Dah 3 hari.
      Betul, boleh plan apa patut. Dan tak sabar rasanya. 😊

      Delete
  12. Tak sangka encik suami pandai posing depan kamera... eceh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang, uncle. Bab pose, bukan main lagi.

      Delete
  13. Ini minum kopi bersama suami sambil merencanakan masa setelah pensiun ya Mbak?
    Semoga apa yang diperbincangkan dengan suami akan terlaksana nanti.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Pak Asa. Amin... Insya-Allah, kalau ada rejekinya. Makasih, Pak.

      Delete
  14. Nanti jengah sini yer 😉
    https://mummyayu.blogspot.com/2025/08/congrats-kepada-pemenang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tengok. Mekasih banyak, MA. Suka, suka! 😍

      Delete
  15. Kalo kopi saya juga suka panas kak. Tp khusus Americano ntah kenapa belum sanggub yg panas. Harus pakai iced. Cuma setelahnya tenggorokan saya jadi gatal, trus batuk 😅😅.

    Eh sejak saya road trip pulau sumatera kemarin, saya jadi teringin nak road trip pulau2 lain, termasuk Malaysia 😄. Itu impian saya dan suami. Mulai dari semenanjung Malaysia paling atas, sampai ke Johor. Atau start dari Sarawak, Sabah dan labuhan. Cuma terpaksa lah tak bisa pakai mobil sendiri. Harus sewa di sana. Dan yg pasti cuti suami harus panjang 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. sedap Fanny, americano panas, lain kali cuba panas, ya.
      Wah... Fanny pun teringin roadtrip satu Malaysia, ya. Semoga terlaksana, ye, Fanny.

      Delete
  16. Tea time together berdua waktu petang mmg yg terbaik... Layan coffee dgn suasana tenang.. tu yg boleh terbayang projek apa nak buat lepas pencen tu hahaha.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Perak cakap, "Ada ngeye, encik." Hehe..

      Delete
  17. Apabila pencen selalu rancangan ke laut. Kena jaga kesihatan baik-baik waktu itu.
    Hehe saya pula terfikir untuk minum kopi balik tapi kena kopi yang ada bahan-bahan sihat. Tengoklah macam mana sebab boleh bertahan lagi tidak minum kopi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun sudah kena jaga kesihatan, NA.
      Waktu saya balas komen NA ni, sudah hari keempat saya tak minum kopi, NA. Kalau NA ada jumpa kopi yang ada bahan sihat, nanti share di blog, ye. 😊

      Delete
  18. tak pernah berbincang perkara yang besar2 dan serius dengan suami.. hahaha..tak tau lah normal ke tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ada orang suka plan dulu, Linda. Ada juga yang just go with the flow. At least bila ada plan, ada rough idea nak buat apa di hari tua.

      Delete
  19. Lama dah ammi tak camping. Bila tak ckp quorum mcm tak best pulak nak pasang khemah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu ramai-ramai ye, baru meriah. At least masa anak cuti sekolah, kan.

      Delete