Skip to main content

Cerita Isnin

 Tarikh: Isnin, 11 Ogos 2025

Saya bangun sahur, sebab nak puasa pada hari tersebut. Puasa sunat Isnin je.

Nasi lauk ayam rebus dan sayur campur
Nasi lauk ayam rebus dan sayur campur.

Simple je lauk sahur. Kuah pun takde. Cekik, aku makan. Kalau puasa, saya perlu bangun sahur. Makan sesuatu. Tak boleh kalau tak sahur. 

Pada pagi itu, cuaca hujan. Lepas subuh, nak buka pintu pagar yang berkunci. Ternampak la, ada kabel depan rumah. Kabel telefon atau talian tetap la tu, orang curi kabel. Buat projek malam-malam. Dia potong, lepas tu terbiar je depan rumah orang. 

Kabel curi di hadapan rumah.
Kabel melintang di hadapan rumah.

Saya tak sentuh. Takut la nak sentuh time baru lepas hujan. Walaupun bukan kabel elektrik. Tunggu suami saya balik kerja shif malam, barulah dia alihkan. Saya tak keluar rumah pun pada hari itu. 

Dulu-dulu, beberapa tahun lepas, pernah nampak orang curi kabel telefon ni, siang-siang hari, waktu hari Ahad, dia boleh panjat tiang telefon. Macam spiderman dia panjat tiang tu. Perlu kemahiran memanjat yang tinggi juga ye, nak jadi pencuri kabel ni. 

Dulu juga, selalu kena telefon TM, sebab bila kabel kena curi je, haruslah laporkan, sebab telefon rumah tak boleh pakai. Sekarang, sudah lama tak pakai telefon rumah. Apa taknya, kalau dah tiap-tiap minggu kena report kabel hilang, telefon rumah tak boleh pakai, tapi bil tetap kena bayar. 

Mujur juga sekarang sudah tukar kabel fiber, elok, tiada kecurian macam kabel talian tetap yang ada tembaga di dalam tu. 

Hari tu, saya masak lauk ayam masak lemak cili api.

Ayam masak lemak cili api
Letak daun kunyit, you.

Saya tak goreng dulu ayamnya. Alhamdulillah, satu lauk je buat berbuka pada hari itu.

Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗

Comments

  1. Di sini paling sering kejadian di daerah sumatera kak. Banyak sangat pencuri kabel, pencuri besi . Tak paham saya. Memang susah sangat hidup atau tak peduli agama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, masalah sejagat, curi kabel ni. Kesian orang yang masih pakai talian tetap.

      Delete
  2. penat kita sebagai pengguna asyik nak report je...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, dulu memang. Sebab bila report, bukan terus dia datang repair. Ambil masa 2-3 hari juga.

      Delete
  3. Sedapnya ayam masak lemak cili api. Kalau tak goreng dulu pun sedap tu, Tot. Kalau puasa ganti atau sunat, tak bangun sahur, sy tak jadi puasalah hari tu, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... itu la, penting sahur dulu, kan. 😁

      Delete
  4. ingatkan dunia dah makin maju ni takde kes2 mencuri kabel telefon la, internet la. masih ada lagi rupanya.. menyusahkan tuan rumah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, masih ada lagi kes curi kabel. Kesian pihak telco dan pengguna.

      Delete
  5. Pernah jugak depan rumah terjuntai wayar kabel...pagi tgk ada lagi..petang hilang dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Technician datang ambik kot. Saya pun hari tu, tengok-tengok, dah takde, orang TM kot ambil.

      Delete
  6. Saya pun jenis kena bersahur juga kalau puasa. At least kurma dan air suam. Lahh masih ada ye pencuri kabel zaman sekarang ni. Tak fikir bahaya dah dorang ni. Kalau kabel elektrik kena renjatan tak pasal ke alam lain terus. Ayam masak lemak memang tak digoreng dulu kan. Cuma versi moden ni je saya perasan ada orang buat dan saya pun pernah buat. Saya rasa untuk masakan lemak better tak digoreng dulu. Lagi sedap ikut cara tradisional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita, ye, kena sahur juga.
      Sebab versi KA masak tu, dia goreng dulu. Tapi akak pun lebih suka cara tradisional.

      Delete
  7. semenjak eranya handphone, telephoner rumah sudah dicabut, alias tidak pasang lagi.
    Menu yang super, nikmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi masih ada yang guna talian tetap ni, contohnya warga emas, yang kurang gemar guna handphone.

      Delete
  8. Wak kalau puasa mesti sahur nasi
    Takut kelaparan di siang hari.

    ReplyDelete
  9. senangnya bisa puasa senin
    saya gagal puasa hari ini
    entah kenapa ada tamu siang tadi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba lagi di lain hari, untuk puasa sunat.

      Delete
  10. Ammi kalau puasa ganti atau sunat suka makan wrap je sebab rasa lebih kenyang. Kalau makan nasi nanti mcm cepat lapar. Hahahha….ngengada betul ek perangai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la, Ammi. Memang patut kurangkan nasi, dan lebihkan protein. Cuma saya je, yang tak biasa lagi.

      Delete
  11. Nampaknya kena pasang CCTV tersembunyi kat situ.

    ReplyDelete
  12. Jenuh juga kena laporkan.
    Ada letak daun apa dalam masak lemak itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah la, dulu, masa kami masih pakai talian tetap.
      Saya letak daun kunyit, NA.

      Delete
  13. Kecurian kabel ni sakan sungguh la kan? Kabel yang dicuri entah berapa sen tapi kos nak baikpulih dan mengganti kerosakan yang dibuat pun makan ribu riban. Meriah juga lauk sahur Tot. Sebut pasal puasa KSarie masih ada puasa yang perlu diganti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tembaga dalam talian tetap tu, mahal, saya dengar orang cakap. Itu pasal selalu dicuri.
      Ha.. sila, sila, ganti puasa, KSarie. Hehe.. saya sudah settle lama, sejak bulan syawal lagi.

      Delete
  14. sedap kering-kering makan utk sahur....kg kakmieja dah lama TM stopkan ....kabel asyik kena curik....tak ada dah telepon berdering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, orang tua pun kena belajar guna handphone.

      Delete
  15. Nak senang memang MLCA je la..x rumit dan x renyah nak masaknya

    ReplyDelete
  16. Kena hubung pihak tertentu ..jabatan elektrik tu dek , bial ada kerosakan kabel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak sempat call pun, bila dah masuk tengahari macam tu, kabel tu sudah diambil technician TM agaknya.

      Delete
  17. Bahaya juga kan mencuri kabel ni, terang terangan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tak peduli pun orang yang tinggal berdekatan. Asal dapat kabel yang dihajati, sudah.

      Delete
  18. MA pun kalau puasa mesti kena sahur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. buat lapik perut, orang tua kata, dan amalan sunat.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Air kunyit

 Tarikh: Selasa, 19 Ogos 2025 Saya tahu akan khasiat air kunyit ini, dari kakak sulung saya. Dia follow Dr. Zaidul Akbar, seorang pendakwah, konsultan dan pengamal perubatan sunnah dari Indonesia. Masa PKP dulu lagi la. Masa tu, ramai tak sihat, covid la, influenza la. Saya tak pernah kena covid. Tapi influenza, saya pernah.   Saya sendiri sudah banyak kali buat dan minum. Sebab itu, saya tahu air ini, elok.  Saya cerita, ya. Dulu-dulu, ada subsidi dari kerajaan tu, untuk wanita 40 tahun ke atas, untuk buat mamogram. Saya buat, di hospital swasta, lepas tu, jumpa sesuatu. Takut, tau. Gila tak takut, sebab arwah mama saya meninggal sebab kanser payudara. Kena refer ke hospital kerajaan. Antara dapat tahu result mamogram dan temujanji doktor seterusnya, agak lama tempohnya. Jadi, saya amalkan minum air kunyit ni.  Bila masa jumpa doktor hospital, doktor tak jumpa apa-apa pulak. Dia tengok keputusan mamogram. Puas juga la, dia ultrasound, mencari, takde apa-apa. Al...

Ikan bakar daun kunyit

💙 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💙 Saya berkebun sampai pukul 10 pagi. Berkebun ni pun satu kerja yang tak habis-habis juga. Hari ni, merumput area sini. Esok lusa tengok area sana pula rumput mulai panjang. 😁 Tapi tetap buat juga, sebab suka jaga tanaman dan ia satu aktiviti yang sihat. Berpeluh dan kadang, macam latihan angkat beban juga. Angkat pasu dan tanah ke sana sini. Alhamdulillah. Biasanya, saya gantung kuali hari Ahad. Aktiviti hari Ahad, terbongkang depan TV sambil baca suratkhabar Ahad. Kena beli Mingguan  Malaysia, yang ada sisipan Pancaindera. Baru tahu gosip artis. 🙈 Kalau masak pun hari Ahad, masak maggi. Tapi sebab nak kurangkan makanan proses, paksa diri masak juga la pada hari itu. Masak apa tu? Saya balut ikan dengan daun kunyit. Bakar dalam kuali non-stick. Tak guna minyak. Masa ni la saya terfikir, apasal la aku tak tanam pokok pisang kat rumah. Boleh juga guna daun pisang buat bakar ikan. Tapi bila mengenangkan rumah ini laluan beruks, tak jadilah nak tanam ...

Suatu Jumaat di bulan Ogos

💚 Tarikh: Jumaat, 22 Ogos 2025 💚 Masak siap-siap sebab plan nak ke Ipoh, ambil budak Hafizan (anak kedua).  Saya masak bihun goreng. Budak Sulaiman (anak bongsu) tak ikut. Sulaiman hari Jumaat, petang-petang dia selalu pergi main badminton dengan cikgu dan kawan-kawan dia. Itu yang saya sudah siap masak untuk Sulaiman. Saya, Amirul (anak pertama) p ergi Ipoh lepas suami balik kerja waktu petang.  Selepas ambil Hafizan di Poli , kami pergi Aeon Station 18 .  Tingkat atas, sudah ada Hot&Roll. Yang ini, feveret anak-anak. Kalau pergi Mydin Ipoh , selalu bungkus bawa balik. Bila sudah ada cawangan di sini, ok la. Lebih dekat.  Hot&Roll di Aeon Mall Station 18. Bungkus pizza beef prata untuk anak-anak. Jalan-jalan, singgah surau settlekan yang wajib, kemudian kami makan malam di food court.  Masa nak balik, jumpa kedai baru buka. Aeon Mall Station 18, Ipoh ni, banyak juga kedai menarik, berbanding Aeon Mall dekat rumah kami. Chloe.Co Cafe Dari luar, sa...