💜 Tarikh: Rabu, 20 Ogos 2025. 💜
Tengok langit, ada awan tebal tapi saya dan suami tetap pergi padang, untuk jalan pagi.
![]() |
Langit pada pagi itu. |
Best, sebab cuaca tak panas. Jumpa Oyen yang manja di tepi padang.
![]() |
Halo, Oyen. |
Bukan main manja lagi dia. Sempat la tepuk-tepuk dan gosok kepala budak ni sekejap. Selalu juga nampak si Oyen ni. Dia rileks duduk tepi padang, tengok orang ramai berjalan. Kadang nampak Oyen tidor. Kadang nampak dia membersihkan diri dia. Selamba je si Oyen ni, dah biasa dengan orang ramai. Anjing pun dia tak takut. Buat dek je. Tapi anjing pun tak kacau dia, sebab penghuni tetap di situ.
Kami sempat jalan 2 pusingan padang sebelum hujan turun.
![]() |
Citam pun ada juga. |
Citam ni, pertama kali nampak. Tapi duduk asing-asing, tak kawan dengan si Oyen. Sempat la berjalan selama lebih kurang 1 jam, dengan jarak 4.55 kilometer. Alhamdulillah. Lepas tu, kami pergi sarapan di Restoran Kak Za. Lepas bakar kalori, tambah kalori balik. 😁
![]() |
Nasi lauk ayam bakar. |
Ambil juga daun salad dan sambal belacan. Alhamdulillah, rejeki pada hari itu.
Makan tengahari, kami makan di rumah.
Pukul 3 petang, saya dan suami pergi Taiping. Hari suami off, jadi pergi jalan-jalan jauh sikit. Macam ni la, bila suami kerja shif. Hari orang kerja weekday, hari dia off. Hari orang cuti weekend, suami kerja. Kalau dia off weekend pun, jarang-jarang la berlaku. Hikmahnya, bila pergi berjalan minggu orang kerja, tak ramai orang di mall. So, okay jer.
![]() |
Makan nasi sizzling lauk ayam black pepper dan telur. |
Pergi Aeon Mall Taiping, makan di food court. Nasi sizzlingnya pedas. Atas nasi pun letak lada hitam. Tapi makan habis juga, pastu berpeluh-peluh sebab pedas dan panas badan, makanan banyak lada hitam.
Maaf la, saya selalu cerita di blog tentang benda yang sudah lama berlaku. Macam throwback. Tapi, saya tulis juga la di blog, sebagai rekod saya, kot nak kena recall balik. Saya sibuk, kadang tak cukup masa untuk buat hal sendiri. Hal sendiri tu, maksud saya, macam enjoy main farmville di laptop atau update blog. Kerja berkebun, memasak, workout, lipat kain, lepas satu, satu benda nak kena buat. Bila dah settle kerja rumah baru saya dapat online untuk update blog. Itu pun kalau saya tak rasa nak rehat. Kebanyakan masa, saya rehat je la, sebab lepas kerja settle, baru dapat duduk dan berlunjur kaki. Itu pasal banyak cerita hanya di draft, tak sempat publish.
Hmmm... itu je la untuk hari ni. Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca sekalian. Yang nak kena hantar anak balik asrama, hati-hati di jalanraya.
Jumpa lagi, ye. 💗
20 Ogos tu Linda balik Taiping juga..jenguk MIL..tido semalam..Khamis balik Tronoh semula.
ReplyDeleteOh, ada lagi ek Farmville, lama tak main, hihi. Okey jugak kan cuti tak sama dgn org lain, tak payah bersesak² hujung minggu di mall.
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu Nur.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan. Bab lipat kain tu....hihihiii sambil menonton sambil melipat!
Takpe blog kita terpulang kat kita nak cerita pasal apa & bila. Cie pun selalu jugak cerita yang dah lepas.
ReplyDeleteMacam ai generated je langit tu.... cantik sangat
ReplyDeleteLangsung cari perhatian si oyen... Tapi langitnya indah, cocok memang buat jalan-jalan.
ReplyDelete