Selasa, 2 September 2025.
Baru balik dari pasaraya TF ni. Keadaan agak sesak dengan orang ramai yang nak tebus Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bantuan SARA ni, bantuan untuk 18 tahun ke atas, bayaran RM100 dimasukkan dalam MyKad.
Pihak pasaraya buka 2 kaunter saja untuk pembayaran. Tak boleh banyak-banyak tempat nak access katanya. Semalam pun sama juga keadaannya, panjang barisan nak beratur bayar, bak kata amoi promoter yang jual sabun basuh kat kami.
![]() |
Orang ramai beratur nak bayar. |
Malangnya, sistem MyKasih down. Ada yang tinggal troli ditepi, tak boleh bayar, lalu terus tinggalkan pasaraya.
Sedih pula saya tengok.
Saya ceritakan pemerhatian kami, ye.
Sistem belum stabil. Boleh tapi slow. Ini orang depan kami punya giliran. Tapi cashier tetap positif la, dia tetap nak cuba guna MyKasih. Mula-mula scan 1 barang, lepas, 2 barang lepas, 3 barang lepas, masuk barang 8-9 dah sangkut sistem. Sambung scan juga la. Total barang, pettt.. tak lepas. Cashier bagi pilihan nak bayar guna cash ke atau kredit kad. Tak jadi ambil. Cashier pindahkan barang ke kaunter sebelah yang kosong, walau pun ada barang dah letak sticker Paid tu.
Ish.. kesian pula tengok.
![]() |
Penjelasan Kementerian Kewangan. |
Orang belakang kami cerita, semalam dia pi pasaraya Lotus, ambil masa 4 jam untuk lepas. Masya-Allah, sungguh tinggi tahap kesabaran kakak itu.
Saya kesian kat makcik belakang kami. Sebab masa giliran kami bayar, sistem tak lepas. Suami cakap kat orang belakang, kena guna cash. Makcik tu muka hampa. Aduh.. pemandangan yang kurang enak dilihat.
Suratkhabar Sinar Harian dan Kosmo pun ada melaporkan tentang perkara ini. Ramai yang hampa kerana tak dapat bayar. Termenung tengok barang dalam troli bila sistem down.
Sekian saya melaporkan. Mungkin kena tunggu sistem stabil dulu kot ye. Tapi ada tarikh akhir kan, nak tebus SARA ni. Kami tadi nak guna Sumbangan Tunai Rahmah, tapi sistem yang sama, cashier tu cakap, jadi sangkut juga la.
Orait. Jumpa lagi, ye. 💗
macam SA kena semalam la..masa redeem kan PZ punya MySara tu...sudahnya bayar tunai..nasib baik PZ bagi 100..hehehee
ReplyDeleteUntuk Linda yang baru nak merasa nie, kita tenang² lah dulu..tak boleh nak judge orang lain..tp kesian bertroli² pekerja nak kena kemas barang..
ReplyDeleteKesian untuk yang betul-betul perlu membeli tapi tak ada duit, juga kesian kat pekerja nak mengemas balik barangan yang ditinggalkan.
ReplyDeleteSARA boleh guna sehingga 31 Disember. InsyaAllah sempat guna sebelum tamat tempoh.
semalam ramai beratur dengan trolley penuh barang. pastu tak jadi beli. kesian juga tengok
ReplyDeleteBetul dlm news byk keluar berita ni. Semoga dipermudahkan urusan semua.
ReplyDeleteSy tunggu sistem stabil dulu la.
kenapa bisa begitu ya
ReplyDeletejadi membutuhkan kesabaran ekstra
31hb tu kebetulan Cie memang beli barang dapur. Saja try kat cashier mujur lepas. Baru guna IC husband. IC Cie nanti la lain kali pulak.
ReplyDelete