Suatu Jumaat di bulan Ogos - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Monday, September 29, 2025

Suatu Jumaat di bulan Ogos

💚 Tarikh: Jumaat, 22 Ogos 2025 💚

Masak siap-siap sebab plan nak ke Ipoh, ambil budak Hafizan (anak kedua). 

Bihun goreng homemade.
Saya masak bihun goreng.

Budak Sulaiman (anak bongsu) tak ikut. Sulaiman hari Jumaat, petang-petang dia selalu pergi main badminton dengan cikgu dan kawan-kawan dia. Itu yang saya sudah siap masak untuk Sulaiman. Saya, Amirul (anak pertama) pergi Ipoh lepas suami balik kerja waktu petang. 

Selepas ambil Hafizan di Poli, kami pergi Aeon Station 18

Tingkat atas, sudah ada Hot&Roll. Yang ini, feveret anak-anak. Kalau pergi Mydin Ipoh, selalu bungkus bawa balik. Bila sudah ada cawangan di sini, ok la. Lebih dekat. 

Hot&Roll di Aeon Mall Station 18.

Bungkus pizza beef prata untuk anak-anak. Jalan-jalan, singgah surau settlekan yang wajib, kemudian kami makan malam di food court. 

Masa nak balik, jumpa kedai baru buka. Aeon Mall Station 18, Ipoh ni, banyak juga kedai menarik, berbanding Aeon Mall dekat rumah kami.

Cafe Chloe.Co
Chloe.Co Cafe

Dari luar, saya tengok, bakerinya sangat cantik. Ia adalah cafe yang ada jual banyak pastries dan pencuci mulut. Saya beli beberapa benda yang jarang jumpa di bakeri dekat rumah saya.

Pandan pistachio kunafa, biscoff caramel cromboloni dan cinnamon danish roll

Merujuk kepada gambar di atas, saya beli:

💛 Seketul pandan pistachio kunafa flan, harga RM7.20

💛 Dua biji biscoft caramel cromboloni, harga RM12 each, jadi harga RM24

💛 Dua biji cinnamon danish roll, harga RM6.80 each, jadi RM13.60

Ya Allah, ke laut dalam terus diet mode-ku. Sambil pejam-pejam mata, menikmati pastries yang jarang jumpa. Share makan anak beranak.

Keratan rentas cinnamon danish roll
Keratan rentas cinnamon danish roll.

Saya dan suami yang makan cinnamon roll tu, sebab anak-anak kurang suka bau kulit kayu manis tu. Sampai rumah, terus makan walaupun sudah pukul 10 malam. Agak manis juga rasanya. Rasa bersalah selepas makan, sebab dah lama tak makan benda manis. 

Nutella hazelnut croissant
Eh, ada lagi.

Beli juga nutella hazelnut croissant, harga RM12.20. 

Alhamdulillah. Rezeki dapat makan pastries sedap-sedap yang jarang jumpa. Agak mahal juga pastries di cafe. Tapi boleh rasa, dibuat dari bahan premium, sedap! Dalam cafe Chloe.co tu, boleh juga makan di situ. Antara menu yang ada adalah segala jenis kopi, pelbagai jenis kek, tart, pasta dan banyak pastries juga dessert.

Nasib baik kedai macam ni tak ada dekat rumah saya. Bahaya, bahaya.

Ok. Itu je la cerita pada hari tersebut.

Jumpa lagi, ye. 💗

4 comments:

  1. Aduhhh....dia tayang pastries plak ni....sabar SA...sabar....

    ReplyDelete
  2. betul la..semua nampak sedap tu, lama x makan pastries

    ReplyDelete
  3. hahahah...lepas makan baru terbit rasa bersalah tu ye. Tapi makan jelah selagi ada gigi nak makan...dah tua-tua sok camna nak gigi kulit pastry yang liat2 tu...

    ReplyDelete
  4. Apa ni? Telan² air liur kita tengok mihun goreng tu. Lepas tu dia tayang pulak cinnamon roll. Kalau makan semua tu memang ke laut dalam terussss la, takpe, nanti brisk walk lagi. Jgn rasa bersalah.

    ReplyDelete