Kome suka matcha ke, kopi? Hehe.. ada lagu, kan. Penyanyi baru nyanyi, saya pun tak kenal, tapi pernah dengar di radio.
Bulan lepas, pertama kali saya cuba minum matcha. Tak tahu kenapa selama ni, saya tak pernah cuba. Mungkin sebab saya dah addicted dengan kopi. Tapi, bila saya dalam tempoh berhenti kopi selama 9 hari hari tu, saya telah mencuba memesan air matcha panas.
Teh matcha adalah teh hijau jepun yang diproses menjadi serbuk halus, bukan hanya daun teh kering yang direndam. Matcha dapat dinikmati sebagai minuman dengan dilarutkan dalam air panas, atau digunakan sebagai bahan perasa dalam makanan dan minuman lain seperti latte atau kek.
Apa beza matcha dengan teh hijau biasa?
☕ Dari segi bentuknya, matcha adalah serbuk daun teh utuh, manakala teh hijau biasa adalah daun teh yang direndam dalam air.
☕ Dari segi nutrisi, matcha mempunyai konsentrasi nutrient yang lebih tinggi, termasuk antioksidan, berbanding teh hijau biasa.
☕ Dari segi warna dan rasa, matcha mempunyai warna hijau yang lebih cerah dan rasa yang lebih pekat, kadang-kadang dengan sentuhan rasa pahit dan manis.
☕Dari segi manfaat, kandungan nutriennya yang lebih tinggi dapat memberikan manfaat kesihatan yang lebih besar, seperti peningkatan fungsi otak, perlindungan jantung dan detoksifikasi.
First time cuba matcha
Saya pesan matcha panas, manakala suami pesan americano ais kosong. Seperti biasa, kami mengopi (atau mengeteh) di 989 Kopi, Lumut.
Pada mulanya, saya tak pasti nak pesan apa, selain kopi. Sebab masa tu, tengah fasa berhenti minum kopi. Saya perati je menu minuman yang ada. Ternampak matcha. Dan saya request tanpa gula.
|  | 
| Americano ais dan matcha panas. | 
Tapi, dia letak susu dalam matcha panas. Tak pastu apakah art di atas cawan matcha itu. Nampak macam kuntum bunga belum mekar pun ada.
Rasanya? Macam minum teh tarik kurang manis. Ok la, bagi saya.
Tapi, saya lebih suka Ahmad green tea lagi, yang saya bancuh sendiri di rumah. Hehe.. sori.
Lain kali, pergi supermarket, nak tambah lagi stok Ahmad green tea. Mungkin nak beli yang jasmine green tea pula.
Tahukah anda, green tea (teh hijau) dapat membantu menurunkan kolesterol, terutama kolesterol jahat (LDL), dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
Namun, untuk hasil yang berkesan, teh hijau harus diambil secara rutin sebagai sebahagian dari gaya hidup sihat yang meliputi makanan seimbang dan bersenam.
Ok la. Repeat lagi order matcha? Hmmm... tak, kot. 🙈 Ini pendapat peribadi saya sendiri. Lain orang, lain lah citarasa kan.
Misi berhenti kopi
Hari tu, saya cuma bertahan selama 9 hari, kemudian saya mula kemurungan. Baik. Kali ni, saya cuba lagi. Takpe. Walaupun orang perlekehkan dengan berkata,"Berapa banyak kali daaa... nak berhenti, berapa banyak kali daaa... uninstall app Zus, lepas tu install balik". Haha... takpa. Sekali jatuh, seratus kali, seribu kali, saya akan bangun, dan terus mencuba.
Setakat entri ini ditulis, saya sudah sehari tanpa kopi. Yay! Jalani hidup one day at a time. Makan real food. Saya cuba. Insya-Allah. 💪
Ok. Jumpa lagi, ye. 💗
hah mmg lagu tgh topu tu suka matcha atau kopi ...slalu dok dgr lagu tu..kita apa2 related matcha mmg tk suka..dh try tp cannot go ..kopi ok lg la walaupun bkn pencinta kopi
ReplyDeleteItu la, kurang suka dengan matcha. Sama kita.
DeleteLagu tengah trending tu. hihi... Pernah sekali minum matcha panas, tak kena dengan tekak. Matcha sejuk juga yang sedap. Sesekali order juga matcha kalau nak minum air sejuk.
ReplyDeleteNampak rupa macam kuntuman bunga yang belum mekar tu kak Nur.
Untuk kesihatan better minum macam yang kak Nur cakap tu, Ahmad Tea ke jasmine ke spearmint ke tanpa gula.
Ooo.. tak pernah try matcha sejuk.
DeleteYe. Lebih prefer Ahmad green tea la. Jauh lebih sedap dari matcha. Hehe...
Matcha memang Linda tak boleh go..go go akak..semoga yang baik² utk akak..meh sikit spirit tu
ReplyDeleteNah, amik ni, Linda, akak bagi semangat sikit. 🤗💗💪 Semoga yang baik-baik kembali pada Linda.
DeleteCie lebih suka kopi. Tak suka matcha. Tak kira sejuk ke panas. Green tea minum la waktu buat IF.
ReplyDeleteSedap lagi green tea ye, Cie, dari matcha tu.
DeleteSukar sebenarnya nak berhenti minum kopi ..saya gemar minum hasbatus soda ada campuran kopi juga ni minuman..tak pernah cedok gula..
ReplyDeleteSaya setuju, cikgu, bukan senang nak berhenti kopi. Sama, minum kopi kosong tanpa gula.
DeleteSy sip sikit² bole la matcha ni. Prefer green tea yg uncang tu. Kalau kopi Sy tak brp minat kecuali kopi o atau kopi ais bungkus ikat tepi 😁
ReplyDeleteSedap tu, PH, kopi ais bungkus ikat tepi. Lama sudah saya tak minum kopi ais. 😋
DeleteSuka matcha, tapi suka kopi lain jugak.
ReplyDeleteWah... baru jumpa seorang yang suka matcha. 😊
Deletekopi la of coz... MA pun x leh x de kopi...sehari mesti nak sekali
ReplyDeleteYay, kita sama! 🖐
Deletesaya pilih matcha! takleh minum kopi nanti saya sakit kepala haha
ReplyDeleteOoh, ok. Nombor dua yang suka matcha. Eh, akak dah macam buat survey pula, siapa suka matcha dan siapa suka kopi. Hehe..
DeleteSaya sih, pilih kopi. I always deal with my burnout with a cup of coffee.
ReplyDeleteNikmat kan, dapat minum kopi. 😊
DeleteBaguskan teh hijau dapat turunkan kolesterol. Harap usaha Nur untuk selalu minum berjaya.
ReplyDeleteSaya minum Anlene Promax yang ada fungsi sterol untuk kurangkan kolesterol. Haha tapi tidak minum seperti disarankan 2 kali sehari. Akhirnya habis minum satu paket 800 gram itu. Ambil masa sebulan lebih habiskan.
Pilihan saya dua-dua tapi bukan kopi kedai.
DeleteTerima kasih, NA. Dapat juga habiskan susu Anlene tu. Terer NA. Saya tak boleh minum susu. Bagus betul NA, minum kopi yang ada bahan berkhasiat.
DeleteSebenernya tak masalah minum kopi ini kak. Apalagi kakak minum tanpa gula. Sebab kopi pun bagus juga untuk tubuh.
ReplyDeleteSaya pribadi pun kurang suka matcha. Love hate relationship 😂😂.
Sebab saya pernah merasa matcha latte dengan1 shot espresso. Dan itu sedaaap.
Trus coba lagi di cafe lain, failed betul2 🤣🤣.
Jadi memang tergantung barista yg meracik. Kalo expert, sedaplah dia. Kalo tak, memang susah payah nak telan. 🤭
Jadi untuk amannya, saya prefer pesan kopi bisa
Betul, Fanny, kopi biasa lebih sedap, kan. Akak tak pernah cuba matcha latte. Depends pada tempat juga ya, kesedapannya.
DeleteKSarie pernah cuba minum matcha tapi itulah tekak orang kampung ni sibuk la cari teh o atau kopi o. Biasa kalau nak putuskan hubungan dengan marka ke, makanan dan kegemaran ke, etc akan ada berkali-kali sesi rujuk balik yang kadang kala tidak terbilang. Yang penting kita jangan putus asa ye. Chaiyok💪💪💪💪
ReplyDeleteTerima kasih, KSarie. Itu la, kadang saya tak kuat. Minum juga kopi. Walaupun sedar akan kebaikan pada badan jika tinggalkan kopi.
DeleteSA x suka matcha...SA lebih kepada Kopi..matcha ada rasa rumput..hahahahah
ReplyDeleteHaha.. ha ah, betul, ada rasa rumput. 🤭
DeleteAda orang boleh minum kopi selalu. Ada orang tak. Kalau badan tak bagi kesan negatif, takde masalah.
ReplyDeleteAda juga baca tentang tu. Memang tak salah minum kopi, asalkan jangan berlebihan.
Deletekat rumah mmg sentiasa ada stok green tea. kalau buat biasanya buat satu tumbler besar pastu minumlah itu dari pagi hingga ke petang. sekarang ni dok cuba habiskan teh biokenaf tu dulu.
ReplyDeletepernah try matcha (sejuk), bolehlah diterima tekak tapi saya lebih prefer kopi juga.
Wah, besar Ammi buat tu, kalau dapat minum dari pagi hingga petang.
DeleteSama taste kita, suka kopi lagi.
Saya lebih suka kopi dek..ada ja stok kat dapur ..alhamdulillah..
ReplyDeleteYay, boleh gang dengan Cikgu, peminat kopi juga.
Delete