Friday, October 31, 2025

Awan rendah

Assalamualaikum, semua... Salam Jumaat yang mulia...

Tempat saya ni, biasanya panas saja. Tapi minggu lepas, ada dua tiga hari hujan turun berpanjangan hingga banjir di sesetengah kawasan. Waktu itu, rasa nyaman dan ikutkan hati, nak selubung dengan selimut je, kan. 

Saya nak kongsikan gambar awan rendah yang saya ambil masa musim hujan hari tu. Gambar di bawah diambil pada 19 Oktober 2025 yang lepas, semasa kami on the way pergi pasar pagi Kuala Kangsar melalui highway WCE.

Awan atas pokok kelapa sawit
Awan atas pokok kelapa sawit

Sedap jalan dalam cuaca yang malam sebelumnya hujan. Turunkan tingkap, tak perlu on aircond kereta. Ada sesetengah kawasan, dari jauh boleh nampak rendahnya awan. 

Entering zon awan rendah di hadapan
Entering zon awan rendah di hadapan

Keluar rumah awal pagi, hari Ahad. Tak banyak kereta pun. Depa tangan keluar tingkap. Udara sejuk saja.

Gambar awan atas pokok kelapa sawit
Lagi awan atas kelapa sawit.

Awan rendah tutup puncak bukit
Awan rendah tutup puncak bukit

Saya buat carian sikit. Pada paras 2 kilometer ke atas permukaan bumi, awan yang terbentuk dikelaskan sebagai awan rendah.
Awan pertengahan berada setinggi 6 kilometer ke atas permukaan bumi.
Awan tinggi sehingga 18 kilometer ke atas permukaan bumi.

Awan yang saya ambil gambar di atas, saya rasa, namanya adalah awan stratus kerana ia kelihatan macam kabus yang tidak sampai ke tanah.

Jarang-jarang sekali dapat tengok awan rendah macam ni, bagi saya la. Itu pasal saya ambil gambar.

Kome suka tak ambil gambar langit dan awan?

Tiba-tiba rasa macam nak nyanyi lagu Awan Nano pula.

Hehe... ok, jumpa lagi, ye. 💗

7 comments:

  1. Kat tempat saya semalam dan hari ni mendung, hujan dan kadang2 panas sedikit. Matahari malu-malu nak keluar. Tapi sempat jugalah baju kering sebab berangin juga.

    ReplyDelete
  2. bestnyer dpt amek gmbr awan rendah.. wak suka amek gmbr awan karpet tp kene daki gunung ka.. hehe

    ReplyDelete
  3. bestnyer dpt amek gmbr awan rendah.. wak suka amek gmbr awan karpet tp kene daki gunung ka.. hehe

    ReplyDelete
  4. sejuk mata memandang..rasa macam boleh capai je awan tu

    ReplyDelete
  5. Benda yang selalu jadi perdebatan kami laki bini - sorang kata awan, sorang kata kabus 😂

    Saya suka perhati awan dan selalu jugak ambil gambar awan, tapi itulah lepas penuh galeri gambar, kita delete.

    ReplyDelete
  6. Selayang dah seminggu tak hujan nie

    ReplyDelete
  7. Cantiknya awan tu. Biasanya dipanggil awan karpet rasanya.

    ReplyDelete