Sarapan di Gazebo Abang Nash

 Masa saya taip entri ini, hujan tak habis lagi di Manjung ini. Tapi, tidaklah selebat semalam. Air dalam saliran atau anak sungai masih tinggi. Sesetengah kawasan rendah sahaja dinaiki air. Rumah saya selamat, sebab kawasan tinggi. Ofis suami pun selamat. Tapi, bila laluan jalanraya yang dinaiki air, jadi kena cari jalan alternatif yang boleh dilalui oleh kereta biasa kita ni. Kalau ada kenderaan pacuan empat roda, tak ada masalah. 

Cerita pada 6 November 2025 yang lepas, kami baru ambil Hafizan di Ipoh, dalam perjalanan balik Manjung, semasa tiba di Batu Gajah, kami berhenti makan di Gazebo Abang Nash. Sudah banyak kali nampak kedai makan ini, tapi tak pernah berhenti sebab selalu tengok macam ramai je, dari tempat parkingnya. Hari tu, kami cuba jugalah, sebab perut pun sudah berbunyi, waktu dalam pukul 10 pagi. Elok ler, untuk buka intermittent fasting.


Tokey kedai, iaitu Abang Nash ada di depan pintu masuk, sedang pasang bendera Perak. Waktu itu, semua premis digalakkan mengibar bendera negeri Perak, sempena Hari Keputeraan Sultan Perak pada keesokan harinya. Pada mulanya tak tahu yang itu tuan kedai, bila sudah masuk baru tahu sebab banyak banner memaparkan wajah beliau di dalam. Peramah Abang Nash ni, sempat bersalaman dengan suami dan Hafizan sebelum kami masuk cari tempat duduk.

Bila duduk saja, ada adik datang bawa buku menu dan ambil pesanan. Pesanan akan dihantar ke meja bila sudah siap. Baguslah, old fashion macam ni, sebab saya perhatikan ramai juga orang kampung atau orang tua datang sarapan di sini. Kalau guna QR Code untuk scan menu bagai, susah juga pada orang-orang tua yang tak guna handphone pun. 

Hafizan makan capati. Laju jer dia makan sebaik saja capati sampai, tak sempat mama nak ambil gambar capati. 

Mi kari Gazebo Abang Nash
Suami saya pesan mi kari.

Banyak-banyak kedai makan, mi kari dia antara paling sedap yang saya pernah rasa. Cukup rasa. Macam orang kampung masak. Ada kedai mi kari dia pekat likat. Ada kedai mi dia kita selak selak, ada warna merah pada mi kuning, tindak balas antara kapur dalam mi kuning dan serbuk kunyit dalam kari, saya rasa. Tapi mi kari di sini, helok kejadiannya, dan helok rasanya. Alhamdulillah.

Mi kari setelah dikacau rata
Mi kari setelah dikacau rata

Harga semangkuk mi kari ialah RM7.

Western breakfast di Gazebo Abang Nash
Saya pesan western breakfast

Memang mengenyangkan la, set western breakfast ini. Dengan kentang gorengnya, sosej rebus, kacang panggang, salad, telur dan roti bakar. Harga set ini RM9.90.

Cendawan goreng
Pesan juga cendawan goreng

Yang ni, lupa harga berapa.

Banner dalam Gazebo Abang Nash
Banner ada gambar tuan kedai sertai program bantuan Lombok 2018.

Alhamdulillah. Bolehlah singgah lain kali untuk cuba menu lain pula.

Gazebo Abang Nash

Alamat: 2, A117, Kampung Rizab Hujong, 31500 Ipoh, Perak. (dari Taman Botani Ipoh, ikut jalan nak ke Clearwater Sanctuary Golf Resort).

Masa operasi: 8 pagi hingga 12.30 tengahari. Tutup setiap Rabu.

Jumpa lagi, ye. 💗

Post a Comment

2 Comments

  1. Memang rezeki kalau dapat mi kari yang sedap.
    Ada cendawan goreng lagi...syoknya meratah!

    ReplyDelete
  2. Susah nak dapat mee kari sedap... Nanti bila² boleh la cuba makan di situ

    ReplyDelete