Sunday, March 1, 2026

Pergi bazar tapi masak juga

 Semalam, Sabtu, 10 Ramadan 1447 Hijrah, saya dan suami pergi bazar ramadan awal. Awal tu, dalam pukul 4 petang. Biasanya, kalau kami pergi bazar, lepas Asar. Tapi memandangkan semalam hari minggu dan tak mahu bersesak, kami keluar awal.

Bukan nak cari makan sangat. Tapi lebih kepada nak jalan-jalan ke bazar ramadan yang ada paling banyak penyewa antara bazar-bazar lain di daerah Manjung, iaitu bazar ramadan di Manjung Point. Sini juga lokasi bazar raya. Tapi kami tak masuk pun ke bazar raya, cuma bazar ramadan.

Panas. Kulit rasa terbakar bila pergi pukul 4 petang. Beli apa ya? Hmmm... Beli ayam percik dua batang, ikan keli berlada dua ekor, takoyaki, kebab daging, popia basah dan goreng dan lauk paru goreng berlada. 

Ayam percik, ikan keli dan paru terus masuk dalam peti ais, nak buat lauk sahur. Takoyaki, kebab dan popia makan waktu berbuka. 

Sampai di rumah, Asar dulu. Pastu masuk dapur. Suami saya hari off kerja. Dia masak nasi goreng untuk berbuka.

Nasi goreng yang suami saya masak nampak lebih menarik dari yang saya buat. 😁 Habis satu kuali. Jadi, confirm sedap la ye. Amirul makan bertambah. Suami pun. Atau boleh jadi juga dia orang ni sudah bosan makan nasi putih, jadi bila ada nasi goreng, lebih selera nak makan.

Saya tak makan nasi. Jadi, hidangan asing untuk saya, yang saya masak sendiri.

Lapisan paling bawah adalah salad dan tomato. Kemudian ada telur dadar yang ada ketulan daging. Yang hitam-hitam pada telur dadar tu adalah bawang putih hangus. 😅 Ada gangguan sikit je waktu masak, sudah cukup buat benda hangus, lepas tu guna pula api besar. Tapi okay je. Boleh makan. 

Alhamdulillah. Missing Hafizan di rumah. Dia tak balik hujung minggu ni, sebab ada tugasan kena buat.

Iran kena serang dengan US. Seram. Semoga Allah selamatkan semua muslim seluruh dunia. 🤲

Jumpa lagi. 💗

6 comments:

  1. Manjung Point tu area rumah kakak Cie. Belakang AEON tu. Cie dah lama tak jejak ke bazar. Lepas masak tu dah malas nak keluar. Dulu2 rajin sesaja jalan pusing tengok makanan.

    ReplyDelete
  2. Pergi bazar tu memang wajiblah kan… cuci mata dulu tengok macam-macam air warna warni, kuih berderet-deret 😆
    Tapi balik rumah tetap juga masak. Konon nak beli lauk je, sekali rasa macam “alaa masak sendiri lagi puas hati.”

    ReplyDelete
  3. makanan kat bazar tu as watak tambahan je. nak kenyang2 buatla nasi goreng kan. cantik betul plating salad kak nur

    ReplyDelete
  4. Saya pun berselera kalau makan masakan Encik Suami seperti nasi goreng. Agaknya dah bosan makan masakan swndiri.

    ReplyDelete
  5. Pegi Bazar slalu nya nk cr kuih ..jrg beli lauk so mmg masak tetap masak

    ReplyDelete
  6. Naluri ibu begitulah kena juga masak..baru dapur kata orang berasap..terbaik..

    ReplyDelete