Semalam, Sabtu, 10 Ramadan 1447 Hijrah, saya dan suami pergi bazar ramadan awal. Awal tu, dalam pukul 4 petang. Biasanya, kalau kami pergi bazar, lepas Asar. Tapi memandangkan semalam hari minggu dan tak mahu bersesak, kami keluar awal.
Bukan nak cari makan sangat. Tapi lebih kepada nak jalan-jalan ke bazar ramadan yang ada paling banyak penyewa antara bazar-bazar lain di daerah Manjung, iaitu bazar ramadan di Manjung Point. Sini juga lokasi bazar raya. Tapi kami tak masuk pun ke bazar raya, cuma bazar ramadan.
Panas. Kulit rasa terbakar bila pergi pukul 4 petang. Beli apa ya? Hmmm... Beli ayam percik dua batang, ikan keli berlada dua ekor, takoyaki, kebab daging, popia basah dan goreng dan lauk paru goreng berlada.
Ayam percik, ikan keli dan paru terus masuk dalam peti ais, nak buat lauk sahur. Takoyaki, kebab dan popia makan waktu berbuka.
Sampai di rumah, Asar dulu. Pastu masuk dapur. Suami saya hari off kerja. Dia masak nasi goreng untuk berbuka.
Nasi goreng yang suami saya masak nampak lebih menarik dari yang saya buat. 😁 Habis satu kuali. Jadi, confirm sedap la ye. Amirul makan bertambah. Suami pun. Atau boleh jadi juga dia orang ni sudah bosan makan nasi putih, jadi bila ada nasi goreng, lebih selera nak makan.
Saya tak makan nasi. Jadi, hidangan asing untuk saya, yang saya masak sendiri.
Lapisan paling bawah adalah salad dan tomato. Kemudian ada telur dadar yang ada ketulan daging. Yang hitam-hitam pada telur dadar tu adalah bawang putih hangus. 😅 Ada gangguan sikit je waktu masak, sudah cukup buat benda hangus, lepas tu guna pula api besar. Tapi okay je. Boleh makan.
Alhamdulillah. Missing Hafizan di rumah. Dia tak balik hujung minggu ni, sebab ada tugasan kena buat.
Iran kena serang dengan US. Seram. Semoga Allah selamatkan semua muslim seluruh dunia. 🤲
Jumpa lagi. 💗


Manjung Point tu area rumah kakak Cie. Belakang AEON tu. Cie dah lama tak jejak ke bazar. Lepas masak tu dah malas nak keluar. Dulu2 rajin sesaja jalan pusing tengok makanan.
ReplyDeleteOoo.. okay. Dekat juga dengan lokasi rumah kakak Cie. Manjung Point, seksyen berapa dia duduk?
DeleteCie rajin masak, jadi tak perlu ke bazar. Saya dan suami ni jenis suka berjalan jamu mata. Saja tukar² angin antara bazar yang ada.
Pergi bazar tu memang wajiblah kan… cuci mata dulu tengok macam-macam air warna warni, kuih berderet-deret 😆
ReplyDeleteTapi balik rumah tetap juga masak. Konon nak beli lauk je, sekali rasa macam “alaa masak sendiri lagi puas hati.”
Yeh, betul tu, CCL! Memang menarik apa yang di bazar, tapi masak sendiri walau simple lagi syok. 😁
DeleteBetul ... CCL pernah tau beli lauk dekat bazar .. time nak berbuka lauk dah basi ..sedihh sangat
DeleteAlamak, tak elok sangat niaga macam tu. Pengguna macam kita juga yang rugi.
Deletemakanan kat bazar tu as watak tambahan je. nak kenyang2 buatla nasi goreng kan. cantik betul plating salad kak nur
ReplyDeleteYezzaaa... Homecooked meal watak utama. Mekasih, Mazni. Bila mood plating datang, okay la jadinya. 😅
DeleteSaya pun berselera kalau makan masakan Encik Suami seperti nasi goreng. Agaknya dah bosan makan masakan swndiri.
ReplyDeleteBetul juga tu, kak Amie. Sama kita. 😁
DeletePegi Bazar slalu nya nk cr kuih ..jrg beli lauk so mmg masak tetap masak
ReplyDeleteBetul, mama tisya. Tapi saya ada juga beli lauk di bazar buat tambah, kadang², buat tambah.
DeleteNaluri ibu begitulah kena juga masak..baru dapur kata orang berasap..terbaik..
ReplyDeleteHehe.. betul tu, Cikgu.
DeleteSalute dgn Nur... Buka puasa dgn salad je 👍🏻
ReplyDeleteAlaa... Takde apa nak disalute-kan PH. Saya takde selera makan nasi. Tak tau kenapa.
DeleteDah bertahun tak jejak pasar Ramadan sebab tahu nafsu sendiri akan tamak membeli lepas tu membazir. Jadi tak yah pergi. Yg terasa sangat bila beli lauk mahalnya. Jadi baik tak yah pergi. Nak kuih hah beli 1 atau 2 jenis yg kite suka. Selamat duit aku 😂😂😂
ReplyDeleteKuat kak Notie ni, tak pergi bazar ramadan. 👍
DeleteAduhaiiiiii buka tak makan nasi memang turun le bulan puasa nanti. Akak sejak batuk tak baik ni bila timbang ada turun. Tak tau le raya nanti. Batuk tak baik ni mengurangkan selera makan tapi tak selesa bila gatal tekak tak boleh minum air. Huwaaaaa
ReplyDeleteSabor ye kak. Ujian untuk akak di bulan puasa. Dah cuba minum air rebusan halia dah? Berkesan bila saya kena batuk tapi tak baik².
DeletePergi Bazar Ramadan ni syok tengok macam2 juadah kan. Tahun ni tak pergi pun lagi.
ReplyDeleteBetul, pergi jamu mata jer. Hehe.. Mulan tak payah pergi, sebab hari² masak sedap! 😋👍
Deletemesti meriah kann param (pasar ramadhan) kt manjung point tuh., hehe
ReplyDeleteWak sempat pergi tak, masa kerja di Lumut? Meriah la, orang pun ramaiiiii.. huhuhu...
DeleteSedapnya nasi goreng. Tadi berangan juga hendak masak nasi goreng cili kering tapi malas tergolek la pula😅.Kadang-kadang kita pergi Bazar Ramadan sebab hendak rasa suasana meriah dan tengok apa jualan yang ada kan
ReplyDeleteBetul tu, KSarie. Saja nak jalan² jamu mata jer.
DeleteSelalunya macam tu lah. Pergi bazar syarat je. Beli sikit-sikit yang berkenan. Balik kena masak jugak lagi sedap. 😆
ReplyDeleteYeh! Betul, betul, betul!
DeleteSetakat ni belum pernah turun baram lagi.
ReplyDeleteBaguslah, Wak. 👍 Jimat duit.
DeleteBelum pergi lagi bazar Ramadhan. Memang awal Nur dan suami pergi.
ReplyDeleteKenyang ke makan salad drngan telur dadar?
Kenyang, NA. Alhamdulillah. Sebenarnya, makan sayur dengan protein, perut rasa kenyang lebih lama dari makan nasi. Bagi saya, NA.
DeleteRindu plak nak buat salad, ceasar salad ke...apa je la salad...tapi bulan puasa ni x mungkin la makan salad kan..lepas raya la...
ReplyDeleteKenapa tak mungkin? Cer try, cer try. 😊
DeleteRamadan nie mcm baru sekali ja pergi bazar.. Biasanya masak ja... Dekat pertengahan bulan Ramadan makin kurang berselera pula nak makan... Seram dengar berita sekarang... Semoga Allah lindungi kita semua.. Jangan lupa baca Surah Al-Kahfi..
ReplyDeleteBagus, Nurul, selalu masak. 👍 Insya-Allah, terima kasih Nurul, kerana mengingatkan akak. 😊
DeleteTelur dan salad yg kakak buat pun nampak sedap juga 🤩🤩🤩. Tak payah nasi. Saya memang tengah berusaha nak kurangkan nasi skr ini
ReplyDeleteSemoga kita kuat ya Fanny. Untuk kurangkan nasi.
Delete