Monday, April 6, 2026

Nasi goreng kacang panjang

Hi...😊 

Ini cerita pada hari Ahad, 29 Mac 2026, bersamaan 9 Syawal yang lepas.

Awal pagi, sebelum subuh, hujan turun dengan lebat dan kilat sabung menyabung. Saya tersedar sebab bunyi hujan yang kuat. Saya perasan juga macam kipas tak hidup. Tapi saya tak peduli sangat, sebab tak rasa panas pun. Malas nak bangun. 

Tiba-tiba pintu bilik tidur kami terbuka. Sulaiman naik atas, cakap takde elektrik. Rupanya, kilat sambar dekat rumah, sampai tendang elektrik kat rumah. Blackout.

Suami ada rumah. Bila reda sikit bunyi guruh, suami flip semula suis utama untuk hidupkan semula bekalan elektrik. Lama juga tak terjadi macam ni. Sejuk sikit suasana. Alhamdulillah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2026 dan akan berterusan sehingga Mei depan. Angin lemah dari pelbagai arah menggalakkan pembentukan awan ribut petir menyebabkan hujan lebat dan angin kencang. Sekian laporan cuaca. 😁

Lepas subuh, saya masuk dapur.

Masak nasi goreng.

Saya tumis bawang merah, bawang putih, cili api dua tiga biji dan ikan masin bulu ayam digoreng yang saya tumbuk dulu, guna lesung. Harum semerbak bila tumis rencah. Saya letak juga potongan kacang panjang dalam nasi goreng. 😋 Sikit je nasi goreng. Jadi, saya masak nasi baru juga.

Selain itu, ada lebihan lauk semalam dalam peti ais. Saya modify ikan goreng..

..jadikan ikan goreng berlada.

Sambal pada ikan itu, saya gunakan cili merah besar, buang biji. Jadi, tak adalah pedas mana pun. Saya letak kacang panjang sikit. Lauk kering. 😋 Alhamdulillah, sedap, suami kata.

Waktu petang, suami hantar anak kedua, Hafizan, balik politeknik Ipoh. Saya tak ikut. Kurang seorang, balik ke sarang. 

Amirul masih kelas online. Jadi dia balik Dungun lewat seminggu. 

Orait. Jumpa lagi, ye. Saya cuba blogwalking slow-slow. Ini pun update entri malam-malam. 💗

30 comments:

  1. Sejuk sikit bila hujan...alhamdulillah..
    Linda pun suka nasi goreng letak kacang panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Linda.. macam nasi goreng orang tua dulu masak, selalu letak potongan kacang panjang.

      Delete
  2. Sini hujan manja² je ...
    Sedap, nasi goreng kacang panjang. Sy pun suka

    ReplyDelete
  3. arwah mak dulu suka potong kecil2 kacang panjang tu masuk dalam nasi goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. betul, Cie. Saya pun potong kecil². Sebab dulu masa kelas Kemahiran Hidup, cikgu ajor macam tu la, potong kecik² kacangnya.

      Delete
  4. Wah sudah lama rasanya saya tak masak fried rice.
    Biasanya kalau ada nasi sisa di rice cooker, saya akan masak nasi goreng dan masukkan bahan sisa seadanya. Potongan ayam, sosis, nugget, aatau apapun itu saya masukkan semua,hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Mas Fajar. Haruslah gunakan baki makanan tidak habis semalamnya, ya, bila masak nasi goreng.

      Delete
  5. Alhamdulillah hujan, sejuk sikit bumi. Sedapnya nasi goreng kacang panjang, lama pulak tak buat.

    ReplyDelete
  6. ni dah beberapa hari x hujan di Seremban....hari tu hujan sejuk sikit bumi tuhan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, SA. Nyaman sikit suasana bila hujan.

      Delete
  7. Aduhai, dh lama x mkn ikan goreng brlada =D

    ReplyDelete
  8. suka nasi goreng buh kacang panjang..krup krap kcg pjg...ikan goreng semlm mmg selalu dimasak sambal atau masak kicap..sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul.
      Masak kicap pun sedap juga, kalau ikan goreng semalamnya tak habis. 😋

      Delete
  9. Sy suka kalau ada kacang panjang potong dalam nasi goreng, rasa rangup krup krap krup krap tapi orang lain pulak tak suka. Macam tu kena tumpang nasi goreng Nur aje la, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Susah nak ikut selera semua orang ya, SK. Meh meh, datang rumah, saya buat nasi goreng kacang panjang. 😋

      Delete
  10. Moga2 june saya ke KL, cuaca lebih bersahabat yaaa 😄. Plan saya nak wisata kuliner 5 hari, susah juga kalau hujan berterusan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, mudah-mudahan cuaca baik² saja waktu Fanny datang ke Malaysia.

      Delete
  11. Kacang panjang okay. Tapi kalau nasi goreng yg ada mixed veggies tu saya cukup anti hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. boleh gang dengan anak² akak, Mazni ni.

      Delete
  12. Ok sini sudah ada hujan. Alhamdulillah.
    Bagus makanan Nur masak semua sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.
      Boleh la NA, buat makan famili sendiri.

      Delete
  13. Cuba Tot bagi tips untuk rajin memasak macam Tot. Sokmo masakannya buat rasa lapar. KSarie adalah orang yang tidak makan sangat sayur. Jadi nasi goreng KSarie selalu tanpa sayuran hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak selalu rajin memasak, KSarie. Tapi kalau ada makanan semalam tak habis, dia jadi auto nak masak atau modify supaya habis.
      Hehe.. boleh kawan dengan anak² saya ni, suka nasi goreng kosong je.

      Delete
  14. nasi goreng kacang pendek ada tak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi goreng kacang pendek tahun depan saya buat, kak. 😂

      Delete