Wednesday, May 20, 2026

Sudah tua

 Saya tak berkebun pun hari ni. Hujan sejak sebelum subuh lagi. Allah beri cuti sempena harijadi saya hari ini, 20 Mei. 

Zus bagi voucher sempena harijadi
Notifikasi dari app Zus

Zus bagi voucher kek, beli 1 percuma 1. Ada juga voucher makanan panas percuma.

Sudah claim voucher kek beli 1, percuma 1, dari Zus

Dengan pantas, saya pergi claim. 😁

Saya pilih Biscoff Baked Cheesecake dan Summer Berries Cheesecake.

Bab makan sedap memang efficient sungguh.

Summer berries cheesecake dari Zus
Summer berries cheesecake

Sedapnya! 😋

Hari ini, umur saya 48 tahun. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki tak terhitung banyaknya dariNya.

Semuanya saya sudah ada. Saya tak minta apa-apa lagi. Semuanya sudah cukup dalam hidup saya. Kecuali nak pergi haji saja. Nak dekatkan diri padaNya. Mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. 

Semoga hari anda semua ceria hari ini, dan kalian semua berbahagia dunia akhirat. 

Jumpa lagi, ye. 💗

5 comments:

  1. Selamat hari lahir yang ke-48 Nur! Alhamdulillah, indahnya bila rasa seronok dan cukup dengan segala nikmat yang Allah beri. Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, dan semoga impian untuk menunaikan ibadah haji dimakbulkan Allah SWT. Amin. Selamat menikmati cheesecake sedap tu!

    ReplyDelete
  2. happy birthday..smoga apa yg dihajati termakbul...best tu dpt kek

    ReplyDelete
  3. Waaah happy birthday kak 🎉🥁🥁🥁. Semoga yang diharapkan bisa terwujud dalam waktu dekat yaaaa. 🤗🤗.

    ReplyDelete
  4. Pibeday Tot, semoga terus diberkati!

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday. The cake looks delicious!

    ReplyDelete