Tuesday, May 12, 2026

Pembelian pertama di TikTok

Tu la, kome ni, selalu share beli apa di TikTok, saya dah terpengaruh dah ni. Hahahaha... Adoi. Asalnya, saya buat kajian dulu, perbandingan harga, satu benda ini yang saya sedang cari. Ada dijual di Shopee dan TikTok. Tapi, harga di TikTok lebih murah, jadi, apa lagi...

Aplikasi TikTok ni macam aplikasi Zus juga di telefon saya. Sekejap ada, sekejap hilang. Bila saya ada video tak tahu nak upload mana dan rasa sayang nak delete video sebab benda yang saya rakam tu, bukan selalu boleh tengok, jadi saya pun upload di TikTok. Lepas upload, sehari, dua hari je bertahan di telefon. Lepas tu, saya akan uninstall app tersebut. Ini adalah kerana, app itu kuat pakai bateri. Saya bab mengecaj handphone ni, memang malas, sama malas macam kena caj jam sukan juga. Begitu ceritanya. Eh, lupa, kalau nak tengok video apa yang saya upload di TikTok, bolehlah follow saya. Ada saya kongsikan butiran di page Contact blog ini.

Ok, sambung cerita. Pada 29 April 2026 yang lepas, saya install semula TikTok semata-mata nak beli sebuah buku. Buku apa? Sila lanjutkan membaca...

Pertama kali beli di TikTok Shop
Buku selamat sampai.

Buku Formula Dr. Mani. Dekat shopee, harganya RM124.90. Sementara di TikTok pula harga RM93, termasuk pos. Selamat sampai selepas dua hari, tak silap. 

Pertama kali beli di TikTok Shop. Okay juga. Banyaknya barang murah. Tapi barang tak berkenaan (yang lucah) pun ada. Ish... apa ni? Tak gemorlah saya. Sampai saja buku, selesai bagi review, saya uninstall semula. Selamat. Ish, bahaya la app tu, bagi saya. 

Beli buku Formula Dr. Mani di TikTok Shop
Bungkus dengan bubble wrap di dalam.

Elok, bungkusan semua okay. Puas hati.

Buku Formula Dr. Mani
Tadaaa... muka hadapan.

Saya dah siap balut. Baca belum. Balut dulu dengan pembalut plastik. Adalah baki segulung, dalam almari buku. Sudah berakhir zaman balut buku sekolah. Kita balut buku sendiri pula.

Muka belakang buku Formula Dr. Mani
Muka belakang buku.

Pembaca yang tak kenal siapa Dr Mani ini, bolehlah google ya. 

Setakat entri ini ditulis, saya sudah baca sampai muka surat 15 baru. Tapi semangat nak jaga makan itu berkobar-kobar, kome. 🤭 Sebab itu ke saya makan oat? Tak, yang cakap oat baik tu, doktor lain. Kalau anda ada tengok video Dr. Mani ni, dia cakap yang makan oat tu, kuda jer! Kikikih..... itu pasal saya suka dia. Sebab dia cakap terus terang je, takde cover-cover. Tapi Formula Dr. Mani ni memang berjaya reverse penyakit la, ya, kalau kita amalkan dengan konsisten. 

Itu juga matlamat saya. Nak buang segala jenis ubat-ubat yang kena makan ni. Nak yang alami, semulajadi je. Kome jangan main-main, tau. Sebenarnya, banyak je benda keliling kita ni, tumbuhan atau herba berkhasiat. Nantilah, kot datang idea, saya cerita di lain entri. Allah pun dah buat badan kita ni ciptaan terbaik untuk kita. Jadi, sudah jadi tanggungjawab kita untuk jaga amanah kurniaan Allah ini dengan baik. Cubalah, okay. Tak dapat buat semua benda, kita buat mana kita mampu je, okay. 💪

Gitulah ceritanya, benda pertama saya beli di TikTok Shop. Pengalaman membeli smooth saja. Alhamdulillah. Beli dari kedai pengedar atau authorised dealer. Kena perhati dulu, jangan terus beli sebarang saja. Takut scammer. Itu nasihat dari anak bongsu saya, Sulaiman. Dia sudah beberapa kali beli dari TikTok shop. Last sekali dia beli earpods di TikTok, harga seringgit ke, 3 ringgit, saya dah lupa. Tapi jenis elok punya, entah camana dia jumpa tak tahulah. 

Okay. Jumpa lagi. 💗

1 comment:

  1. haaa...anak yang nasihat mak...jgn tertipu dengan scammer.. hihihi...
    linda beli sebab anak2 je kak.. guna tiktok yang sama, jadi diorang add to cart je.. nanti mak tapis, mana bole beli.. mana tak boleh beli.. hahaha

    ReplyDelete