Jumaat, 29 Mei 2026

Sarapan di Omak Den Cafe Batu Gajah

 Cerita pada 13 Mei 2026 yang lepas. Saya dan suami dalam perjalanan nak ke Ipoh, ambil Hafizan di PUO. 

Mula-mula memang ingat nak teruskan IF. Tapi masa masih banyak, nak habiskan masa hingga waktu Hafizan habis kelas, jadi ambil keputusan untuk lepak pekena sarapan dulu la. Hehe.. 

Jomlah kita cari tempat yang kita tak pernah pergi. Jalan-jalan cari makan. Yeh.. 

Buat carian google, dan tempat ini termasuk dalam senarai port sarapan sedap di Batu Gajah. Jom kita...

Banner Omak Den Cafe
Moh ler sarapan di Omak Den Cafe.

Nama kedai makan, Omak Den Cafe. Masya-Allah, lokasinya di tengah kampung, jauh dari jalan besar. Kami yang sudah biasa dengan pekan Batu Gajah tu pun, tak pernah sampai sini, dan tidak tahu akan kewujudan kampung dan penempatan tersembunyi di tempat pejabat kerajaan dan lebih kurang dekat taman awam itu.

Waktu operasi: 7 pagi hingga 12.30 tengahari. Isnin hingga Sabtu.

Nasi berlauk Kelate pun ada di Omak Den Cafe
Nasi berlauk Kelate pun ada

Berhadapan dengan Omak Den Cafe ini, penuh dengan kenderaan orang makan di sini, jadi kami pun parking agak jauh sikit dari depan kedai. 

Menu yang popular adalah roti canai, mee kari, teh tarik, mee goreng, nasi lemak ayam panggang, roti telur, roti bakar telur goyang, dan banyak lagi. 

Waktu kami sampai, penuh orang dalam kedainya. Tapi ada je tempat kosong. 

Nasi kerabu bihun
Suami pesan nasi kerabu

Meriah kan, nasi kerabu dia. Suami ambil lauk daging. Warna pink tu, bihun.

Di Kelantan, bihun goreng biasanya berwarna merah atau merah jambu, dihidangkan bersama nasi kerabu. 

Nasi kerabu di atas lengkap dengan ulam-ulaman, sambal kelapa, kuah tumis, bila gaul-gaul, rasa padu! 😋

Mee rebus di Omak Den Cafe
Saya pesan mee rebus

Okay la rasa mee rebus dia. Tapi kuah macam masin sikit, bagi saya. Tapi tak boleh lawan mee rebus makcik bawah pokok padang Astaka, Sitiawan. Hehe..

Nasi kerabu suami harga RM10.

Total sarapan kami pagi itu, RM19.50.

Alhamdulillah. Sedap. Boleh datang lagi sini lain kali, kalau nak sarapan lagi di Batu Gajah, Perak. Boleh cuba menu lain pula.

Sekian perkongsian. Jumpa lagi, ye. 💗

32 ulasan:

  1. Tot.....gerai ni dekat sangat dengan kampung KSarie. Rupanya udah bertambah menu di sini ye. Udah lama KSarie tidak makan di sini bila balik kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha.. rasanya KSarie ada share pasal Omak Den Cafe ni dekat blog KSarie, kan, dulu. Ooo.. kampung KSarie di Batu Gajah rupanya.

      Padam
  2. meriah betul rupa nasi kerabu tu! Jarang nampak yang ada bihun pink sekali, betul-betul style Kelate tu. Mee rebus tu walaupun masin sikit bagi tekak akak, tapi rupa dia memang nampak menyelerakan. Kalau ke Batu Gajah nanti, boleh la singgah Omak Den Cafe ni juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itula pasal. Dan sedap juga, nasi kerabunya. Boleh, boleh, kot SA sekeluarga bercuti di Perak. 😊

      Padam
  3. Batu Gajah ni kampung mak saya dulu. Kampung Sungai Terap. Tapi mak dh pindah ke Slim River. Ater ke Slim River la jadi kampung saya skrg. Kubur arwah ayah saya di Batu Gajah. Lupa dah awok nama tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... Orang Slim River rupanya. Gitew..

      Padam
  4. Lamanya tak makan mi rebus. Meriah betul nasi kerabu tu penuh lauk pauk sekeliling nasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, tu la. Meriah dan boleh tahan sedap.

      Padam
  5. Tak pernah jumpa bihun pink dan baru tahu letak sekali dlm nasi kerabu. Kena cari la ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun pertama kali jumpa, PH. Bihun merah ada pernah jumpa.

      Padam
  6. Sedap betul ya isian dari nasi kerabu tu. Apalagi yang di tengah, cabainya merah betul.. pedas lah itu pasti :D
    Saya mau coba cari2 ah, kira-kira ada yang jual nasi kerabu juga ndak ya di Jakarta

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pedas, sambal tu. Kena letak tepi dan ambil sikit². Kalau gaul semua bersama nasi, boleh berasap! 😅
      Sila, sila, Mas Fajar.

      Padam
  7. selalu kedai or warung2 kecik camni macam hidden gem pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, tersembunyi lokasinya, Mazni, tapi tetap ramai pelanggannya.

      Padam
  8. Hi salam kenal. Boleh la singgah kedai ni kalau ada meeting di sana nanti :) saya 1st time nampak nasi kerabu + bihun time makan nasi kerabu di Keramat, KL 5 tahun yang lepas. Rupanya ada style macam tu, baru tau hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila, sila, Nad. Oh.. pernah jumpa ya, tapi jarang² boleh dilihat, kan, nasi kerabu campur bihun sekali.

      Padam
  9. Hehe nama kedai macam loghat n9 punya.
    Warna-warni nasi kerabu nampak menarik hendak jamah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, Omak Den Cafe. Betul, boleh tahan sedap juga.

      Padam
  10. Alhamdulillah, nice mee rebus tu

    BalasPadam
  11. Warong/kedai ni letaknya dalam kawasan perumahan kami, RPT Desa Changkat, Batu gajah. Bersebelahan surau kami, Surau Yamaiyah. Arwah ayah dia yang buka, dulu mereka kontrak kantin hospital Batu Gajah. Kemudian bila dah tamat kontrak, mereka buka warong/kedai makan ni. Kami yang untung. sebab dekat dengan rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, gitu ceritanya. Senanglah beli sarapan macam tu ya, Encik.

      Padam
  12. Woahh, nasi kebaru selambakk. Kenyang tersandar nihh.

    BalasPadam
  13. Wah, seronok makan bila ramai kawan2 makan bersama..sedap pula tu ..alhamdulillah..

    BalasPadam
  14. biasa dgr kalo omak den kt negeri sembilan..ni kt batu gajah...bihun pink hanya di klate slalu jmpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asal orang nogori gamaknya.
      Kann.. bihun merah tu sebab guna sos cap bawang tu.

      Padam
  15. aiiiih meriahnya warna nasi kerabu tuh kak ^o^.. baru kali ini liat bihun warna pink... nasi kerabu saya memang tahu warna biru :D.. sedaap membayangkanny... memang sukaaaa lah nasi kerabu ini...

    tempatnya walau hidden, tapi worth it lah yaaa ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang juga dapat jumpa bihun pink ni, Fanny. 😊
      Betul, hidden gem. Yang tahu, tahulah.

      Padam