Cerita pada 13 Mei 2026 yang lepas. Saya dan suami dalam perjalanan nak ke Ipoh, ambil Hafizan di PUO.
Mula-mula memang ingat nak teruskan IF. Tapi masa masih banyak, nak habiskan masa hingga waktu Hafizan habis kelas, jadi ambil keputusan untuk lepak pekena sarapan dulu la. Hehe..
Jomlah kita cari tempat yang kita tak pernah pergi. Jalan-jalan cari makan. Yeh..
Buat carian google, dan tempat ini termasuk dalam senarai port sarapan sedap di Batu Gajah. Jom kita...
![]() |
| Moh ler sarapan di Omak Den Cafe. |
Nama kedai makan, Omak Den Cafe. Masya-Allah, lokasinya di tengah kampung, jauh dari jalan besar. Kami yang sudah biasa dengan pekan Batu Gajah tu pun, tak pernah sampai sini, dan tidak tahu akan kewujudan kampung dan penempatan tersembunyi di tempat pejabat kerajaan dan lebih kurang dekat taman awam itu.
Waktu operasi: 7 pagi hingga 12.30 tengahari. Isnin hingga Sabtu.
![]() |
| Nasi berlauk Kelate pun ada |
Berhadapan dengan Omak Den Cafe ini, penuh dengan kenderaan orang makan di sini, jadi kami pun parking agak jauh sikit dari depan kedai.
Menu yang popular adalah roti canai, mee kari, teh tarik, mee goreng, nasi lemak ayam panggang, roti telur, roti bakar telur goyang, dan banyak lagi.
Waktu kami sampai, penuh orang dalam kedainya. Tapi ada je tempat kosong.
![]() |
| Suami pesan nasi kerabu |
Meriah kan, nasi kerabu dia. Suami ambil lauk daging. Warna pink tu, bihun.
Di Kelantan, bihun goreng biasanya berwarna merah atau merah jambu, dihidangkan bersama nasi kerabu.
Nasi kerabu di atas lengkap dengan ulam-ulaman, sambal kelapa, kuah tumis, bila gaul-gaul, rasa padu! 😋
![]() |
| Saya pesan mee rebus |
Okay la rasa mee rebus dia. Tapi kuah macam masin sikit, bagi saya. Tapi tak boleh lawan mee rebus makcik bawah pokok padang Astaka, Sitiawan. Hehe..
Nasi kerabu suami harga RM10.
Total sarapan kami pagi itu, RM19.50.
Alhamdulillah. Sedap. Boleh datang lagi sini lain kali, kalau nak sarapan lagi di Batu Gajah, Perak. Boleh cuba menu lain pula.
Sekian perkongsian. Jumpa lagi, ye. 💗




Tot.....gerai ni dekat sangat dengan kampung KSarie. Rupanya udah bertambah menu di sini ye. Udah lama KSarie tidak makan di sini bila balik kampung.
ReplyDeletemeriah betul rupa nasi kerabu tu! Jarang nampak yang ada bihun pink sekali, betul-betul style Kelate tu. Mee rebus tu walaupun masin sikit bagi tekak akak, tapi rupa dia memang nampak menyelerakan. Kalau ke Batu Gajah nanti, boleh la singgah Omak Den Cafe ni juga.
ReplyDeleteWahh..Port baru ni sis =D
ReplyDeleteBatu Gajah ni kampung mak saya dulu. Kampung Sungai Terap. Tapi mak dh pindah ke Slim River. Ater ke Slim River la jadi kampung saya skrg. Kubur arwah ayah saya di Batu Gajah. Lupa dah awok nama tempatnya.
ReplyDeleteLamanya tak makan mi rebus. Meriah betul nasi kerabu tu penuh lauk pauk sekeliling nasi.
ReplyDeleteTak pernah jumpa bihun pink dan baru tahu letak sekali dlm nasi kerabu. Kena cari la ni...
ReplyDeleteSedap betul ya isian dari nasi kerabu tu. Apalagi yang di tengah, cabainya merah betul.. pedas lah itu pasti :D
ReplyDeleteSaya mau coba cari2 ah, kira-kira ada yang jual nasi kerabu juga ndak ya di Jakarta
selalu kedai or warung2 kecik camni macam hidden gem pulak
ReplyDeleteHi salam kenal. Boleh la singgah kedai ni kalau ada meeting di sana nanti :) saya 1st time nampak nasi kerabu + bihun time makan nasi kerabu di Keramat, KL 5 tahun yang lepas. Rupanya ada style macam tu, baru tau hehe
ReplyDeleteHehe nama kedai macam loghat n9 punya.
ReplyDeleteWarna-warni nasi kerabu nampak menarik hendak jamah.
Alhamdulillah, nice mee rebus tu
ReplyDeleteWarong/kedai ni letaknya dalam kawasan perumahan kami, RPT Desa Changkat, Batu gajah. Bersebelahan surau kami, Surau Yamaiyah. Arwah ayah dia yang buka, dulu mereka kontrak kantin hospital Batu Gajah. Kemudian bila dah tamat kontrak, mereka buka warong/kedai makan ni. Kami yang untung. sebab dekat dengan rumah.
ReplyDelete