Monday, June 8, 2026

Making my own compost tapi hati berbolak-balik

Terpengaruh dengan siri This Is A Gardening Show oleh Zach Galifianakis di Netflix, saya rasa macam nak buat kompos sendiri.

Ape ke jadahnya kompos ini?

Kompos ialah bahan yang terhasil dari proses pereputan bahan organik (daun-daun, rumput kering, sisa makanan seperti kulit bawang, kulit buah, dan sisa buangan dapur yang bukan dari makanan berminyak dan sebagainya). Kompos adalah bagus untuk tumbuhan kerana ia dapat membaiki tanah menjadi lebih subur.

Kompos adalah asas kepada amalan pertanian organik secara kecil-kecilan atau komersial. Adakala, kompos digelar sebagai emas hitam oleh petani yang biasa menggunakannya.

Cerita pada 19 Mei yang lepas

Pelangi separa di langit pagi
Eh.. ada pelangi la, di langit. 😍

Beberapa minit kemudian...

Pelangi penuh di langit
Bertambah penuh pelangi di langit.. 🥰

Pelangi membangkitkan perasaan ceria dan semangat untuk berkebun. 

Sebenarnya, ini bukan pertama kali saya cuba buat kompos ini. Dulu-dulu saya pernah asingkan sampah dapur dan letak di pokok sebagai baja. Boleh klik sini kalau nak baca 👉 Sampah dapur.

Semangat betul pada hari itu untuk memulakan projek kompos, sebab saya sudah beli jaring PVC di kedai Eco. 

Memasukkan buluh pada jaring PVC untuk dibuat pagar tempat kompos
Memasukkan buluh pada jaring PVC untuk buat pagar tempat kompos

Ada satu bahagian di kebun kecil saya ini, memang tempat khas untuk saya letak rumput dan daun kering. Situlah saya buat tempat kompos.

Sudah siap pagar kawasan kompos, separuh saja
Sudah siap separuh kawasan kompos dipagarkan

Merujuk kepada gambar di atas, kenapa pula ada pokok terung di situ? Entah! Dia tumbuh sendiri, tau, kat situ. Bukan saya tanam. Boleh jadi juga saya tercicir biji benih terung di situ. Padahal itu tempat buangan rumput dan sampah kebun saya. Tak sampai hati saya nak cabut pokok itu. Duduklah engkau di situ, wahai pokok terung yang boleh tahan besar, daunnya. Subur pula dia. 

Letak dinding dari rak buku yang sudah reput
Letak dinding dari rak buku sudah reput.

Nampak okay kan? Semua guna bahan kitar semula. Kecuali jaring PVC itu saja, saya beli. Kenapa pula nak letak pagar di sekeliling tempat kompos? Supaya tak bersepah, dan setempat saja. 

Dalam siri This Is A Gardening Show tu, dia punya tempat kompos cantik, bertutup, macam tong sampah besi yang besar. Dia boleh ceduk guna tangan je, kompos dia tu. Padahal kompos tu penuh ulat kecil, huhu... kalau saya, idok ler... kena pakai sarung tangan, tapi kalau boleh, ceduk guna penyodok tanah kecil ke, kan.

Berbalik kepada projek kompos saya, tak cukup jaring PVC. Bersambung selepas trip ke Kedai Eco sekali lagi, untuk tambah pembelian bahan tak cukup.

Progress projek kompos
Progress projek kompos setakat 19 Mei.

Saya tutup kompos tu, sebab kawasan belum berpagar sepenuhnya. Jika saya tidak tutup, dikhuatiri kucing jiran akan berak di situ, lalu mencemari bahan kompos. Najis kucing adalah toksik.

Cerita pada 21 Mei

Saya siap pasang pagar keliling kawasan kompos.

Kawasan kompos di kebun miniku
Tadaaa.... siap projek kompos.

Hati berbolak-balik

Saya sempat tiga empat hari buang sisa dapur di situ. Selepas letak sisa dapur, saya akan cover dengan rumput kering di atasnya. 

Lepas tu, nak tahu tak, sebab kawasan rumah saya berdekatan hutan paya bakau. Malam-malam, kelibat haiwan liar bukanlah asing, ya. Contoh, ada binatang macam musang tu. Saya tak tahu nama menatang tu. Alaa.. nak kata musang, dia macam memerang. Tapi memerang tu, gemuk. Tapi menatang ni, panjang sikit, berbulu. Mukanya seakan musang atau kucing. Sekejap, nak tanya Gemini...

Haaa... jumpa dah... binturong, namanya.

Binturong
Suami pernah nampak menatang ni dekat tembok pagar rumah.

Hidupan liar nokturnal (aktif waktu malam)

Kalau sampai rumah lewat malam, nampak mata bersinar je bila kena suluh lampu kereta, kalau menatang ni ada. Sekali tengok, macam kucing. Dua kali tengok, eh.. macam musang. Tapi bukan, dia lah ya, binturong.

Dia boleh bau sisa dapur di kawasan kompos saya tu, kot. Hehe.. adoi... macam-macam binatang la. Oleh sebab saya takut, saya tak jadilah buat kompos itu. Sebab kawasan itu tidak bertutup. Haiwan liar boleh bau. Sehingga saya mampu buat tempat kompos yang lebih proper, tergendala sekejap projek kompos ini sehingga masa yang akan diizinkan kelak. 

Lepas tu, saya teringat Mek, arwah mak mentua saya dulu. Sebab rumah dia kat kampung, tiada lori sampah datang ambil sampah. Sisa dapur, Mek akan kumpulkan dan bakar. Lepas tu, bila dia gembur-gembur dengan tanah, Mek akan tabur dekat tanaman sayur dia. Ini lagi satu cara baja kompos juga, cuma melibatkan pembakaran. 

Saya tak mahu bakar, sebab ada pokok terung di situ. Pokok tu, benda hidup. Saya tak sampai hati nak bakar benda hidup. Tunggulah kot pokok terung itu mati ke, barulah saya boleh bakar kot. Lagi satu cara yang saya fikir, kena beli tong hitam besar macam tong sampah itu, jenis bertutup dan kera tak boleh buka (kera pandai buka tong sampah, tau. Saya pernah nampak. Ye, kera adalah binatang yang bijak). 

Tak jadi buat kawasan kompos
Gambar 23 Mei. 

Saya buka semula pagar keliling kawasan kompos. Letak baja dekat pokok terung situ. Selagi pokok itu ada di situ, saya tangguh dulu la, projek kompos.

Tunggulah ilham datang untuk mula semula projek kompos ini macamana. 

Kelakar tak, cerita saya ni? Geleng kepala suami saya, tengok perangai saya. Sekejap pasang pagar. Sekejap, pergi buka balik pagar. Entah apa-apa, kan. Nantilah, saya buat kajian mendalam dulu. Susah juga kalau rumah ni banyak binatang liar. I is takut, you know...

Baik. Jumpa lagi, ya. 💗

24 comments:

  1. Kalo sekitar kawasan ada byk binatang liar.. Riso la hasil tanaman tu kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mama tisya. Tak mahu la buat apa² yang macam mengundang haiwan liar ke rumah.

      Delete
  2. Bagus pokok terung tu pandai hidup sendiri. Ada la tu biji2 terung tercampak ke situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Dia bila kita tak jaga, elok subur je, pokok tu hidup.

      Delete
  3. Terung hidup subur makna situ cukup baja.
    Susah eh kalau ada binatang liar datang ke rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, NA. Tanah situ subur. Ya, seram la. 🙈

      Delete
  4. Bestnya ada banyak daun2 kering, boleh diproses balik buat baja organik.. semoga projek yg tertangguh dpt diteruskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, rumah saya ada pokok sakura malaysia. Hari² kerja sapu daun kering. 😁 Amin, YRA. Terima kasih, Aynora.

      Delete
  5. Bagus ni sis.Tapi take time kan. Dkt rumah lama dulu sy ada letak je sisa dapur dlm pasu dkt pokok kunyit. Mmg segar jadinya pokok tu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Nieza. Sebab dia terurai sendiri, jadi memang ambil masa. Kann... Sampah dapur tu baja terbaik. Free je.

      Delete
  6. saya ingat nak beli je processor kompos tu. boleh dapat tax relief. tapi mahal sangat... takut dah beli tapi nanti malas..hahaha. Kalau naak buat sendiri macam sis.. memang idak la... malas kuasa kuda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. mahal yek. Saya pun baru tahu akan kewujudan alat process kompos ni. Baguslah kalau boleh dapat tax relief. Nanti saya nak tengok².

      Delete
  7. Sy tak pernah jumpa binturong ni.
    Cuba Nur search TT Datin Anita Geng Kebun, dia tanam dlm tanah komposnya utk bbrp minggu. Selamat dari bau dan haiwan².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik. Terima kasih atas info tu, PH. 👍

      Delete
  8. ooo haiwan tu namanya binturong..SA x pernah jumpa in real life tapi kalau musang pernah la jumpa...SA pun nak suggest macam PH tu..ada tengok kat TT Datin Anita Geng Kebun tu.banyak tips dia share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. ramai juga la ye, follower Datin Anita. Saya saja yang ketinggalan ketapi, sebab takde TT di handphone.

      Delete
  9. ohh binturong namanya. adik beradik musang jugakla kan

    ReplyDelete
  10. Oh binturong namanya. Anak solehah ajak buat kompos tapi belum sampai seru takut terbengkalai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kena planning betul². Kalau ada alat proses kompos tu, senang sikit. Tapi kena keluar bajet pula.

      Delete
  11. oh saya buat kompos pakai mesin kak... jadi dengan tenaga listrik...soalnya di jkt dah mulai wajib memisahkan sampah organik dan unorganik kaaan. makanya saya berpikir macam mana nak buat kompos dari sampah makanan... ada 2 alat memang, yg manual, pakai semacam tong, ada obatnya juga tak tahulah itu apa... dan ada yg pakai listrik.. jd cukup buang disitu, nanti mesin yg akan mengolah jd kompos.. esok paginya dah jadi , tanpa bau.. t[ memang lebih pricey.. cuma at least saya tak perlu buang2 sampah makanan lagi.

    masalahnya rumah saya tak ada halaman... dan saya tak gardening juga.. so kompos yg sudah jadi kadang saya tabur saja di taman atau tanah manapun hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Fanny, kerana berkongsi cerita. Baru tahu rupanya di Indonesia, sampah perlu diasingkan. Bagus ada mesin proses kompos itu. 👍 Hehe..

      Delete
  12. Setiap kali masuk blog Tot baca perkongsiannya selalu rasa salut dengan Tot sebab ada banyak perkara dibuat yang boleh bagi inspirasi kepada pembaca. Macam aktiviti pembuatan kompos sendiri ini. Suka baca semangat Tot. Terus kekal bersemangat dan berkongsi tau Tot. KSarie ni serba serbi malas hahahhaha. Tak tau la bila nak ada kerajinan memasak, berkebun dan seangkatan dengannya. Asyik la makan, tidur dan tengok Neflix kerojenya. Binturong ni kalau KSarie google termasuk dalam spesies haiwan terancam dan dilindungi.

    ReplyDelete
  13. Subur ye tanah Nur. Benih tercampak pun hidup segar. Banyak belajar tentang tanaman disini. Keep posting ! 👍

    ReplyDelete