Post sebelum ni, tentang azam baru. Boleh refer sini. Aku gagal. Masih minum kopi dan makan nasi. Urgh... kecewa dengan diri sendiri, sebab tak kuat. Huuu... tapi aku akan terus mencuba.
Sejak bercucuk tanam ni, aku ada asingkan sampah basah. Hasil bacaan la, dari group bercucuk tanam di fb, sampah basah ni, boleh jadi baja semulajadi.
Sampah basah adalah sampah yang boleh terurai secara semulajadi. Apa-apa saja bahan buangan yang terhasil semasa aktiviti memasak, aku asingkan, dan letak di pokok.
Sampah dapur hari tu, ada kulit mangga, kulit telur dan kulit bawang. |
Kalau kupas buah, kulitnya.
Kalau pecah telur, kulit telor.
Kalau potong bawang, kulit bawang.
Tong sampah rumah pun tak mudah jadi busuk, sebab aku dah asingkan sisa dapur.
Hasilnya, dalam seminggu ni, aku dapati, pokok sayur terutamanya, daun mula keluar dengan banyak. Suka tengok. Pokok timun aku pun dah mulai berbunga. Wah.... berbunga-bunga rasa di hati.
Ilmu baru dapat: Kulit telur ada kalsium karbonat yang membolehkan tanaman tumbuh dengan sihat. Ia merangsang pertumbuhan akar. Kulit telur juga boleh lawan menatang yang selalu kacau pokok, seperti siput, lalat dan beberapa jenis hama lain.
Ilmu baru dapat kedua: Kulit bawang merah dan bawang putih ada unsur kalium, magnesium, fosforus dan besi, yang boleh suburkan tanaman.
Dari group bercucuk-tanam di fb, dapat petua orang selalu siram air basuhan beras dan air cuci ikan. Air cucian beras aku tak ada, sebab dah lama tak masak nasi. Makan nasi bungkus je sekarang. Sehari, sekali. Malas masak nasi, sebab beras tak cantik. Tapi harga mahal, beli di Lotus. Tapi, beras hancur. Harga macam harga beras import.
Dari movie Seven Pounds, lakonan Will Smith, ada dia borak tentang bunga ros suka kulit pisang. Hasil carian internet, ha ah, betul.
Hari-hari kalau free, belek-belek daun sawi jepun. Kadang jumpa ulat, buang. Jumpa serangga terbang makan daun, tepuk macam tepuk nyamuk. Jumpa belalang makan daun, bunuh belalang. Kalau tak, habis daun kena gigit habis.
Bercucuk-tanam, hobi baru yang menenangkan fikiran. Alhamdulillah. 💗
0 comments:
Post a Comment