Khamis, 25 Jun 2026

Sarapan di Warung Cha

 Cerita pada 19 Jun 2026 yang lepas. Kami dalam perjalanan nak ke Ipoh, ambil Hafizan. Sampai di Seri Iskandar, Perak, kami singgah di Warung Cha, isi perut. Tak adalah awal sangat waktu itu. Sudah pukul 9 pagi. Ini kali kedua kami sampai ke cafe ini. Masa pertama kali kami cuba makan di cafe ini, entrinya ada di sini 👉 Pertama kali cuba Warung Cha. Saja, cari tempat makan ada aircond. Sekarang kan pagi-pagi, matahari terik.

Jom tengok kami makan apa.

Nasi goreng kampung Warung Cha, Seri Iskandar, Perak.
Nasi goreng kampung
Suami sarapan dengan nasi goreng kampung. Ada telur mata dan sambal. Boleh tahan sedap juga, suami saya cakap.
Sup ayam percuma Warung Cha, Seri Iskandar
Sup ini percuma

Ada disediakan sup ayam. Boleh ambil di meja berdekatan kaunter pesanan. Layan diri, ambil sendiri. 

Big breakfast Warung Cha, Seri Iskandar, Perak.
Big breakfast

Ha ah, mana-mana tempat makan yang dalam menu dia ada big breakfast, saya akan pesan yang itu. Tapi saya kongsi-kongsi juga makan dengan suami. Sama-sama rasa, nasi goreng kampungnya juga. Nyum nyum... 😋

Ada tunjuk siaran langsung bola dalam cafe. Tapi kami punya tempat duduk di bahagian hadapan. Cafe ini luas, ambil 2 buah kedai. Yang ruangan makan sebelah, ada tv.

Americano panas tanpa gula, Warung Cha, Seri Iskandar, Perak.
Americano panas tanpa gula.

Nikmatnya, menghirup kopi panas. Rasa lapang dada. Eh, kenapa saya tak ambil gambar kopi suami ye. Lupa pula. Dia minum latte ais.

Di samping itu, kami ada ambil juga pencuci mulut.

Portugese egg tart, Warung Cha, Seri Iskandar, Perak.
Dua tart telur portugis.

Alhamdulillah. Semua makanan sedap-sedap belaka. Tempat makan pun selesa. Dulu masa kami datang sini kali pertama, tak ramai orang. Sekarang sudah ramai pelanggan. Tapi, sebab tempatnya luas, ada jer tempat duduk. Memang boleh datang lagilah lain kali ke Warung Cha, Seri Iskandar, Perak.

Lepas sarapan, kami teruskan perjalanan ke Ipoh. Hafizan perlu kosongkan bilik asrama dia dan pulangkan kunci bilik. Walaupun bilik asrama di blok lama itu boleh memuatkan 2 orang, tapi Hafizan duduk solo saja dalam bilik tu. Sudah 2 semester macam itu. Blok lama itu memang budak-budak kurang suka duduk, sebab asrama lama. Mereka lebih suka tinggal menyewa di luar beramai-ramai. 

Saya ada cakap hari tu, yang permohonan asrama untuk semester hadapan Hafizan, ditolak, kan. Kemudian, dia buat rayuan. Sewaktu saya taip entri ini, Alhamdulillah, Hafizan baru dapat tahu rayuan penempatan asrama diluluskan. Cuma tak tahu blok mana. Tengok lah nanti masa daftar masuk untuk semester 5. Memang lebih jimat jika dapat duduk asrama, banding menyewa di luar. Pergi ke kelas pun lebih dekat. Kalau menyewa luar, kena menumpang kawan yang ada kereta untuk ke kelas. Kalau menapak, berpeluh juga, wei. Rezeki Hafizan, dapat bilik. 

Macam ini lah kami. Ke hulu, ke hilir, ambil dan hantar anak. Nasib baik juga satu negeri. Ada kami jumpa kawan lama suami, pun sama macam kami juga. Kerja dok hantar dan ambil anak di kolej, sampai ke Melaka, tapi duduk Perak. Penat, tapi kita buat rilek-rilek, enjoy, sambil-sambil boleh jalan-jalan cari makan juga. 

Baru tahu perasaan dulu masa kita belajar, orang tua kita pun berkorban juga, kan, untuk kita, dengan cara mereka pada masa itu. Sekarang, zaman kita pula. Semoga anak-anak hargai penat lelah kita dengan belajar rajin-rajin dan tidak sia-siakan peluang yang ada. 

Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗

30 ulasan:

  1. Big breakfast dgn tart telur sedapnya. Betul tu semuga anak2 sekarang menghargai penat lelah ke 2 ibu bapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, kak. 😋 Saya suka.
      Amin, YRA.. 🤲

      Padam
  2. bagusmya sup percuma tu..byk isinya..takdelah kosong..Alhamdulillah, dapat duduk asrama...Ipoh dekat sikit kan..satu negeri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Alhamdulillah.
      Ye kak, satu negeri. Tapi dua jam lebih juga dari Manjung.

      Padam
  3. Cantik nasi goreng tenggek telur mata tu. Sedapnya egg tart Portuguese tu Nur😋😋😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah. Cantik platingnya.
      Memang sedap, kak. Rasa rugi plak ambil 2 ketul je. 🙈

      Padam
  4. nasgornya membuat saya lapar saat membacanya jam 9 malam ini, hihihi.

    Ahamdulillah ada banyak berita baik ya Mbak Tot. Insya Allah, setiap upaya pasti akan mendapat jawaban yang baik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. malam² tak boleh makan, Mas.
      Alhamdulillah. Rezeki dariNya.

      Padam
  5. Tart telur dengan big breakfast tu sedap nya

    BalasPadam
  6. Americano dengan butter kuki tu memang ngam lah!

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah Hafizan dapat duduk dalam. Tiada alasan ponteng kelas.

    BalasPadam
  8. tertarik dengan nasi grg nampak sedap, alhamdullilah hafizan dapat duduk dalam

    BalasPadam
  9. Butter cookies ye tepi americano tu?

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah Hafizan dapat asrama. Mesti Tot dan suami lega kan? Nasi goreng kampung tuh nampak molek sungguh. Sekarang banyak cafe bagi butter cookies atau apa-apa biskut comel bersama secawan teh atau kopi. Hati KSarie berbunga-bunga kalau macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lega sangat, KSarie, Alhamdulillah. Senang sikit budak Hafizan nak ke kelas, banding menyewa. Kan, sedap celup butter cookie dalam kopi atau teh panas.

      Padam
  11. Alhamdulillah, rezeki dapat duduk asrama...takdelah susah nak ke kelas..Linda dulu final year tak dapat asrama..jadi duduk rumah sewa, cari yang boleh walking distance je..tu pun, 30min gak nak sampai ke kampus.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauh tu Linda, kalau 30 minit berjalan.

      Padam
  12. dulu waktu di USM penang, adik saya pun beruntung bisa dapat asrama sampai dia selesai kuliah 4 tahun... padahal awal2 usm bilang hanya maksimal 1 tahun... tapi ntahlaah, memang rezeki adik saya bisa dapat sampai selesai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, rezeki adik Fanny, dapat asrama hingga akhir belajar. Senang mahu ke kuliah.

      Padam
  13. sedapnya nasi goreng kampung tu. alhamdulillah rayuan duduk asrama tu berjaya. kalau tak jenuh la duduk rumah sewa kan.. tambah duit lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, memang sedap, Mazni.
      Betul, Mazni. Dapat asrama, memang syukur sangat.

      Padam
  14. Memang suka kalau order nasi goreng dengan sup kosong. Kadang kena minta sendiri baru mereka bagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, ada sesetengah kedai macam tu, kena minta baru dikasi.

      Padam