Pokok ros sakit
Kejadian pada 29 Julai 2026 yang lepas.
Bukan semua bunga ros pada pokok terkesan. Kadang ada bunga yang kembang elok, ada juga kudup bunga ros yang langsung tidak kembang, dan berwarna coklat.
Bila jadi begini, memang boleh luntur semangat nak membela pokok ros ini.
Saya duduk depan pokok ros, dan perhati serangga apa yang ada pada pokok. Saya nampak ada serangga kecil macam labah-labah.
![]() |
| Kudup bunga yang tidak mengembang. |
Serangga itu halussss saja, dan ia ada jaringan benang halus seperti sarang labah-labah. Mengikut hasil carian saya, ia adalah hama labah-labah (spider mites).
Hama ini sangat gemar menyerang pokok ros ketika cuaca panas dan kering. Ia menghisap cecair pokok, menyebabkan daun ros bertukar kekuningan, kelihatan kusam berhabuk, dan kudup bunga menjadi kering serta gagal mengembang.
![]() |
| Bunga kembang sedikit, tapi warna keperangan. |
Bunga di atas terjadi pada pokok ros kuning. Kesian tengok.
Saya buang dan memangkas daun-daun atau kudup bunga yang sudah rosak, kemudian buang terus, supaya hama tidak berpindah ke pokok lain.
Saya sembur dengan neem oil yang ada dijual di kedai Eco.
Saya ada ternampak orang jual baja ke, racun pokok ros ini di shopee. Di pasar minggu pun ada. Nantilah, saya akan beli.
Pada waktu kejadian, sebab cuaca panas, saya kurang rajin duduk luar rumah berkebun.
Dulu rajin juga siram air basuhan beras pada pokok, tapi sekarang memang malas sungguh.
Semasa saya taip entri ini, keadaan pokok ros semakin pulih. Tapi ada juga pokok yang terkesan teruk, batang utama pokok ada tompok-tompok hitam. Saya baru pegang batang, macam mudah tercabut dari tanah. Bukan saya tarik pun, pokok jadi kering macam hampir mati. Tamat riwayat satu pokok ros.
Saya biar saja dulu. Tunggu mood berkebun kembali.
Sekian laporan aktiviti tengok pokok. Baiklah. Semoga segala urusan anda semua pada hari ini dipermudahkan.
Jumpa lagi, ya. 💗


Saya mmg kagum betul kat korang² yang membela bunga² ni. Ketelitian menghadap sekuntum bunga ... haha kalau ako mmg kalau dah nati kita buang je la..malas nak pk hahah
BalasPadamRajin juga Nur belek pokok perhati setiap bunga yang ada.
BalasPadamHarap bunga ros yang ada bertahan sampai Nur ada semangat semula untuk berkebun.
terus jadi lebam2 bunga tu. nasib baik masih dapat diselamatkan
BalasPadamSemoga pokok ros kembali sihat. Amin
BalasPadamMoga pokok-pokok ros yang lain kembali sihat dan berbunga lebat semula. Rehat dulu berkebun, nanti dah ada mood boleh 'rescue' balik
BalasPadamMusim panas ni kot Tot, tu yang kelopaknya jadi legam.. tak layu tapi jadi rosak kann.. moga terus berkembang mekar Ros tu semua
BalasPadamPokok ros saya pun ada labah-labah kecik. Kerap jugaklah saya spray dengan neem oil tu sejak terkena bunga ros berulat haritu. Moga pokok ros Nur pulih dan mekar berbunga ya.
BalasPadamTengok pokok bunga memang geram je nak tanam tapi tu lah, tanam pokok daun ni pun struggle jugak nak jaga nya hehe
BalasPadamMoga pokok bunga rose kembali pulih. Cantik sangat bila ia berbunga :)
BalasPadamAda jugak ye jenis spider yang menyerang bunga ros. Ingatkan jenis mites melekat tu je musuh utama. Mencabar juga nak menjaga pokok bunga rose ni. Semoga tak merebak teruk sakitnya tu.
BalasPadamBunga ros ni sampai masa dia mati, lepas tu bila buang akan tumbuh semula nanti. Pokok Cie camtu la.
BalasPadamSusah jugak jaga bunga ni kan? Kena ada ilmu
BalasPadamI hope it comes back healthy.
BalasPadamRezeki serangga untuk dapat manfaat daripada bunga ros dan rezeki pahala untuk puan Nur jika reda atas apa yang telah berlaku...
BalasPadambagi saya nak tanam&jaga pokok bunga ni la paling cerewet..nak kena orang yang rajin mengadap&membelek pokok..
BalasPadamAduhh.. sakittuh di sini...
BalasPadamBerkebun ini sememangnya untuk orang yang sabar macam Tot yang rajin mempesoh merawat setiap pokok yang perlu diberi perhatian. Semoga pokok ros yang masih survive berjaya sembuh dan terus kembang mewangi
BalasPadamIni yg sering terjadi saat saya dulu menanam tanaman. Mati Krn hama. Tambah pula saya tak cukup sabar merawat. Kasian pula bunga Rose tuh jadi terkena yaaa. Semoga setelah kakak rawat semakin baik kondisinya
BalasPadam