Hari ambil darah
Assalamualaikum, dan selamat sejahtera, kepada semua pembaca blogku yang dikasihi sekalian....
Harap anda semua sihat, dan gembira selalu.
Entri hari ini, saya nak ceritakan apa berlaku pada hari Jumaat, 7 Ogos 2026 yang lepas.
Pagi-pagi seperti biasa, saya pergi berjalan di padang.
![]() |
| Cantik langit pada pagi itu. |
Berjalan selama 57 minit, dengan jarak 4.56 kilometer, bersamaan dua pusingan padang. Alhamdulillah.
Lepas berjalan, saya terus ke hospital, ada temujanji hospital, ambil darah. Saya sudah puasa sejak 10 malam hari sebelumnya.
![]() |
| Nombor giliran unit pengambilan darah. |
Hari Jumaat biasanya tidak ramai orang. Saya tak tunggu lama pun. Tak sampai 10 minit, selesai ambil darah. Alhamdulillah.
Merdeka! Jom makan roti canai! 😍 Padahal hari sebelumnya, sudah makan roti canai juga. Hehe...
Repeat Warung Pak Wan, Ayer Tawar. Hidup untuk dinikmati.
![]() |
| Roti banjir spesial |
![]() |
| Roti kosong kari kambing |
Sedap kuah kambing. Daging kambing pun lembut. Memang terbaik roti canai di sini. The best roti canai in the world! 👍👍
![]() |
| Roti jantan |
![]() |
| Kuah roti jantan ada sambal |






Cantiknya sunrise Subhanallah. Untuk kolesterol nanti Nur cuba ambil Palestine Extra Virgin Olive Oil, cold pressed. Ambil satu sudu selepas bangun dan sebelum tidur. Insyaa Allah slow2 ok nanti. Take care tau.
BalasPadambetullah tu, lain org lain keperluan rawatannya. bukan boleh pukul rata je. ammi pun kolestrol tinggi juga tp masih 1 digitlah cuma dah melepasi paras normal..kenalah makan ubat sebab ammi ada history buat heart procedure jadi kena berjaga2.
BalasPadamLaju juga tu kak Nur berjalan. Alhamdulillah dapat juga keluarkan peluh, bakar kalori dan menikmati permandangan luar. Terapi bagi kita.
BalasPadamLega kalau dah selesai puasa tu kan. Boleh enjoy makan. Sedapnya kuah kalau ada sambal. Saya suka macam tu.
Ohh ada juga petua tu ye. Tak pernah dengar pula. Betullah tu, kadang petua pun ada berkesan ada tidak. Bergantung pada individu. Selain pemakanan, kesihatan mental juga penting. Jangan terlalu stress.