Selasa, 19 Ogos 2025

Aktiviti Ahad

 Tarikh: Ahad, 27 Julai 2025

Saya keluarkan entri satu persatu, dari draft, mengikut tarikh ia berlaku. Jadi, blog ini memaparkan cerita yang dah lepas atau throwback. Tidak terkini. Minta maaf, ye. Mungkin saya perlu update lebih dari satu entri, jadi cepat sikit sampai ke cerita terkini. Entah, tengok ler.

Berikut adalah gambar sarapan pada hari tersebut. Dua hidangan tak habis dalam peti ais dipanaskan, dan dua hidangan baru disediakan.

Spagetti goreng, roti ban besar tinggal separuh dari semalam, kuetiau goreng semalam dan salad telur rebus.
Spagetti goreng, roti ban keju tinggal separuh dari semalam, kuetiau goreng semalam dan salad telur rebus.

Kuetiau semalam warna cerah. Tiber hari ni, tukar gelap, masa panaskan, letak kicap. 😁 Roti tu pula beli di kedai roti Aeon. 

Hari Ahad, sangat menyeronokkan sebab lepas perut kenyang boleh layan movie sambil terbongkang depan tv.

Tapi, tidaklah lama, kerana tangan saya rasa gatal nak mengait. Lalu saya sambung projek kait sudah berapa tahun tak siap-siap, iaitu projek granny square.

Progress terkini granny square blanket
Progress terkini granny square

Saya habiskan loop paling luar, warna kelabu. Sudah besar. Tapi belum cukup besar. Kita teruskan lagi la. 

Close-up progress terkini, loop paling luar
Close-up, siapkan yang warna kelabu, loop paling luar.

Kait sambil dengar lagu. Pattern kait ini berulang, jadi sudah hafal dalam kepala, tak perlu rujuk nota. Tapi time nak tutup square nak potong benang, kena refer juga buku. Short term memory loss. Supaya tak buat silap dan hasil akhir kemas.
Lepas tu, rasa loya. Entah. Agaknya kena tambah power spek kot. Itu pasal projek lambat siap, progress macam siput. Kait sikit, mata letih.

Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗

44 ulasan:

  1. Wow..Cantik..Ni kalau tunjuk dkt che mek ni mesti dia suka =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Nieza. Cer suruh Che Mek buat granny square. Mesti cepat siap, sebab orang muda buat kerja laju. 😁

      Padam
  2. Balasan
    1. Saya la blogger kait dan lari, Wak.
      https://hiduptot.blogspot.com/2025/01/tot-adalah-nur.html

      Padam
  3. Boleh je bila nak update pun blog kita. Hihi

    BalasPadam
  4. Saya pun takdelah update terkini kak Nur. Ada cerita adalah, tak ada cerita kita senyap kejap cari ilham. Hari Ahad hari santai untuk bersenang lenang. Tapi dah biasa buat kerja, rasa tak best pulak rehat lama-lama kan. Mana yang ada kita panaskan, baru tak membazir.
    Slowly but surely Kak Nur, mata dah kena jaga juga tu. Lama-lama nanti siaplah tu. Yang tepi² tu panggil tali air kan. Dulu pernah mengait pattern macam ni buat alas tv, bentuk segitiga macam segugus anggur.
    Belum siap lagi dah cantik, dah siap nanti apatah lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Fizah, tali air namanya. Wah, mesti cantik. Kalau masih ada, share la di blog, nak tengok juga. 😊
      Terima kasih, Fizah.

      Padam
    2. Entah mana perginya kak Nur. Lama sudah berlalu. Rumah kampung pun dah renovate dulu, jadi tak tahu mana pergi. Yang saya ingat tu je lah, bentuk anggur warna ungu.

      Padam
    3. Oh ye ke... takpe la. Sudah MIA projek kait lama ya. 😊

      Padam
  5. Update blog any time, tak apa buat yang lebih penting ..happy nampak blog ni..header cantik..nampak header rasa nak minum kopi..terbaik dah ni ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik, Encik.
      Terima kasih, Encik. Alhamdulillah.

      Padam
  6. Terima kasih ya bloglist kan blog PE..sungguh hargainya

    BalasPadam
  7. Pernah mengait dulu buat chair back. Sekarang emmm jarum entah kemana benang entah ke mana. hehehe

    BalasPadam
  8. Lawa la Nur. Makanan yg dihidang pun sedap, bagus panaskan, kalau tak panaskan nanti lama² berkulat dalam esbox, hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih, SK. Hehe.. itu la, saya suka habiskan dulu makanan dalam peti ais, baru masak benda baru.

      Padam
  9. Tu la tu.... Mengait ni perlukan kesabaran tahap perdana kan?

    BalasPadam
  10. Wah dah start enjin mengait semula ke Nur?
    Umur² kita ni mata cepat letih kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tangan gatal, PH. Itu la.
      Jadi la, setakat lepas gian.

      Padam
  11. Balasan
    1. Mekasih, Mulan. Alhamdulillah.. pelan-pelan kayuh.

      Padam
  12. Otulah sayapun tinggal sorangpun akan panas makanan dalam peti sejuk sampai habis baru masak baru. Seronok tengok peti sejuk lapang ruangnya.
    Takpelah buat perlahan-lahan granny square itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, NA. Tiada pembaziran.
      Baik. Insya-Allah, saya cuba.

      Padam
  13. Cantik la tu Nur...eh..dia besar tu ke atau besar lagi tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih, SA.
      Saya nak besarkan lagi, granny square tu. Nak bagi cover atas sofa. Hehe..

      Padam
  14. Cantiknya kak...takpelah.. makan tahun pun,janji siap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih, Linda. Itu la, slow-slow akak buat bila free.

      Padam
  15. tkpe tk update ikut terkini...kita byk entry dlm draf makan tahun juga kdg2 save dlu lps tu tk sempat nk update...later2 pn bole..janji ada kenangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan tahun ye, mama tisya. Aduh... ye la, ikut mana kesempatan waktu yang ada, kan. Boleh update, kita update. Kalu busy, esok lusa la.

      Padam
  16. Cantiknya kait granny square tu. Dia kira kita update blog ikut apa yang kita hendak cerita dan mood begitu ye. Kadang-kadang ada perkara yang tidak rasa hendak dikongsikan 5 tahun lepas. Tetapi eh tahun ini hendak dicoretkan di dalam blog pula. Konsepnya apa yang terlintas kita tulis ye. Semoga terus semangat menulis ye💪💪💪

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih, KSarie. Ye, akan cuba update blog setiap hari. Insya-Allah. Marilah kita berusaha. Huhu...

      Padam
  17. Unik kaitannya. Macam bergerak-gerak petak-petak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. itulah uniknya granny square ni. Tapi nak menyiapkannya, jenuh..

      Padam
  18. Pelakon Kajol pun suka mengait.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke.. info yang menarik. Thank you for sharing, kak. 😊

      Padam
  19. Isssh, saya pun apa kurang. Kalo posting tulisan pasti tulisan lamaaaa semua 🤣🤣🤣. Memang tak bisa update langsung. Butuh mood kadang 😅.

    Baguuuus sangaaat kak. Rapiii pula. 😍😍😍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... sebab kurang update, jadi cerita pun sudah lama berlalu ya, Fanny.
      Terima kasih, Fanny. 🤗

      Padam