Aktiviti Ahad - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Tuesday, August 19, 2025

Aktiviti Ahad

 Tarikh: Ahad, 27 Julai 2025

Saya keluarkan entri satu persatu, dari draft, mengikut tarikh ia berlaku. Jadi, blog ini memaparkan cerita yang dah lepas atau throwback. Tidak terkini. Minta maaf, ye. Mungkin saya perlu update lebih dari satu entri, jadi cepat sikit sampai ke cerita terkini. Entah, tengok ler.

Berikut adalah gambar sarapan pada hari tersebut. Dua hidangan tak habis dalam peti ais dipanaskan, dan dua hidangan baru disediakan.

Spagetti goreng, roti ban besar tinggal separuh dari semalam, kuetiau goreng semalam dan salad telur rebus.
Spagetti goreng, roti ban keju tinggal separuh dari semalam, kuetiau goreng semalam dan salad telur rebus.

Kuetiau semalam warna cerah. Tiber hari ni, tukar gelap, masa panaskan, letak kicap. 😁 Roti tu pula beli di kedai roti Aeon. 

Hari Ahad, sangat menyeronokkan sebab lepas perut kenyang boleh layan movie sambil terbongkang depan tv.

Tapi, tidaklah lama, kerana tangan saya rasa gatal nak mengait. Lalu saya sambung projek kait sudah berapa tahun tak siap-siap, iaitu projek granny square.

Progress terkini granny square blanket
Progress terkini granny square

Saya habiskan loop paling luar, warna kelabu. Sudah besar. Tapi belum cukup besar. Kita teruskan lagi la. 

Close-up progress terkini, loop paling luar
Close-up, siapkan yang warna kelabu, loop paling luar.

Kait sambil dengar lagu. Pattern kait ini berulang, jadi sudah hafal dalam kepala, tak perlu rujuk nota. Tapi time nak tutup square nak potong benang, kena refer juga buku. Short term memory loss. Supaya tak buat silap dan hasil akhir kemas.
Lepas tu, rasa loya. Entah. Agaknya kena tambah power spek kot. Itu pasal projek lambat siap, progress macam siput. Kait sikit, mata letih.

Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗

33 comments:

  1. Wow..Cantik..Ni kalau tunjuk dkt che mek ni mesti dia suka =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Nieza. Cer suruh Che Mek buat granny square. Mesti cepat siap, sebab orang muda buat kerja laju. 😁

      Delete
  2. Replies
    1. Saya la blogger kait dan lari, Wak.
      https://hiduptot.blogspot.com/2025/01/tot-adalah-nur.html

      Delete
  3. Boleh je bila nak update pun blog kita. Hihi

    ReplyDelete
  4. Saya pun takdelah update terkini kak Nur. Ada cerita adalah, tak ada cerita kita senyap kejap cari ilham. Hari Ahad hari santai untuk bersenang lenang. Tapi dah biasa buat kerja, rasa tak best pulak rehat lama-lama kan. Mana yang ada kita panaskan, baru tak membazir.
    Slowly but surely Kak Nur, mata dah kena jaga juga tu. Lama-lama nanti siaplah tu. Yang tepi² tu panggil tali air kan. Dulu pernah mengait pattern macam ni buat alas tv, bentuk segitiga macam segugus anggur.
    Belum siap lagi dah cantik, dah siap nanti apatah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fizah, tali air namanya. Wah, mesti cantik. Kalau masih ada, share la di blog, nak tengok juga. 😊
      Terima kasih, Fizah.

      Delete
  5. Update blog any time, tak apa buat yang lebih penting ..happy nampak blog ni..header cantik..nampak header rasa nak minum kopi..terbaik dah ni ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, Encik.
      Terima kasih, Encik. Alhamdulillah.

      Delete
  6. Terima kasih ya bloglist kan blog PE..sungguh hargainya

    ReplyDelete
  7. Pernah mengait dulu buat chair back. Sekarang emmm jarum entah kemana benang entah ke mana. hehehe

    ReplyDelete
  8. Lawa la Nur. Makanan yg dihidang pun sedap, bagus panaskan, kalau tak panaskan nanti lama² berkulat dalam esbox, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, SK. Hehe.. itu la, saya suka habiskan dulu makanan dalam peti ais, baru masak benda baru.

      Delete
  9. Tu la tu.... Mengait ni perlukan kesabaran tahap perdana kan?

    ReplyDelete
  10. Wah dah start enjin mengait semula ke Nur?
    Umur² kita ni mata cepat letih kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangan gatal, PH. Itu la.
      Jadi la, setakat lepas gian.

      Delete
  11. Replies
    1. Mekasih, Mulan. Alhamdulillah.. pelan-pelan kayuh.

      Delete
  12. Otulah sayapun tinggal sorangpun akan panas makanan dalam peti sejuk sampai habis baru masak baru. Seronok tengok peti sejuk lapang ruangnya.
    Takpelah buat perlahan-lahan granny square itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, NA. Tiada pembaziran.
      Baik. Insya-Allah, saya cuba.

      Delete
  13. Cantik la tu Nur...eh..dia besar tu ke atau besar lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, SA.
      Saya nak besarkan lagi, granny square tu. Nak bagi cover atas sofa. Hehe..

      Delete
  14. Cantiknya kak...takpelah.. makan tahun pun,janji siap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Linda. Itu la, slow-slow akak buat bila free.

      Delete
  15. tkpe tk update ikut terkini...kita byk entry dlm draf makan tahun juga kdg2 save dlu lps tu tk sempat nk update...later2 pn bole..janji ada kenangan

    ReplyDelete