Tarikh: Ahad, 27 Julai 2025
Bahagian atas pokok kaktus tu, dah tercabut. Dipercayai, kerja menatang beruk. Tak nampak semasa kejadian. Cuma perasan semasa nak siram pokok.
![]() |
Kepala kaktus tercabut dari badan kaktus. |
Ada bekas gigitan juga. Walaupun berduri, tapi mungkin beruk ingat, boleh makan kot. Itu yang dia gigit. Lepas tu, dia cabut.
Saya tak tahu sama ada badan kaktus tu, boleh tumbuh kepala baru ke tak, kalau saya biar saja begitu. Yang merah tu, saya dah buang. Sekarang tinggal badan kaktus sahaja.
Nampak sangat beruk kebulur. Dia ingat bahagian merah tu, buah epal kecil kot. Hai... entahlah. Benda ada duri pun dia boleh nak makan. Saya pernah share gambar semasa pokok ini masih sihat di entri ini 👉 Anak dan buah kaktus
Oh, saya baru tanya chatGPT. Boleh tumbuh. Nasib baik saya belum cabut lagi badan kaktus dari tanah. 😊
Orait. Jumpa lagi. 💗
beruk kembali mengganas ye
ReplyDeleteItu la pasal. Mungkin waktu saya tiada di rumah.
DeleteAlaaaaa...patah dah...awak kamu beruk...biasa ye....
ReplyDeleteMesti beruk dah lapor tahap gaban, itu yang kaktus pun dia nak makan.
DeleteBeruk cik nyeh ni apa saje kalau boleh di makannya. Kat kampung kelapa jadi lawas sebab yang muda-muda dia makan jadi mana nak datang yang tua kalau yang muda dah habis dia rembat. Sabor je lah
ReplyDeleteAnggap rejeki beruks je la, ye, kak. Niat sedekah.
Deleteala sayangnya kaktus tu.. dah la lambat dia nak membesar.. suka2 ati je dia ngap.. - -'
ReplyDeleteBetul, kaktus lambat membesar. Apa nak buat. Neighborhood sini memang banyak beruks.
DeleteAlaaa sayangnya. Betul pernah baca, kaktus tu boleh tumbuh balik.
ReplyDeleteItu la. Takpe. Nanti kita tunggu batang kaktus tu keluar baru. 😊
DeleteKaktus tahan lasak..nanti dia tumbuh balik..
ReplyDeleteYe, Linda. Harap-harap gitu la.
DeleteBetul sekali tu, masih bisa tumbuh
ReplyDeleteBaik, Encik. Jika ada perkembangan saya akan kongsikan di blog.
DeleteAllah…sabo jelah kan.
ReplyDeleteMoga kaktusnya cepat tumbuh semula bahagian merah cantik tu.
Betul, Ujie, sabor je la.
DeleteAminn... harap-harap begitu. Kalau tak tumbuh yang merah, tumbuh batang baru pun dah ok.
Dia ingat buah agaknya warna merah. Ishhh beruk ni memang beruk la.
ReplyDeleteHehe.. ada ngeye. Sabo je la.
Delete