Khamis, 21 Ogos 2025

Cerita hari Isnin

 Tarikh: Isnin, 28 Julai 2025

Pagi sebelum subuh, saya buat roti goreng inti sardin. Saya sudah lama tak beli roti gardenia. Hari tu, teringin, jadi saya beli la. Tapi sibuk, tak sempat makan. Tarikh luput roti esoknya. Itu yang seru angin rajin nak gelek roti. Angin rajin tahap sederhana. Kalau angin rajin tahap melampau, dia jadi karipap sardin. Entah bila angin melampau tu nak datang, tak tahulah. Mungkin tahun hadapan.

Buat roti goreng inti sardin
Situasi ketika menggelek roti

Bahan-bahan yang digunakan selain kepingan roti, ada sardin yang saya campur bawang dan cili padi sikit, dan bancuhan tepung gandum sebagai gam untuk melekat sisi roti supaya tidak terbuka waktu menggoreng.

Roti goreng inti sardin
Tadaaa... sudah syiap! 

Buatnya ambil masa. Nak makannya, sekejap saja sudah licin. Hahaha..

Bila hari sudah terang, saya keluar rumah untuk siram pokok. Kemudian, saya ke dapur, masak lauk untuk tengahari.

Ayam goreng kunyit
Ayam goreng kunyit.

Letak kacang panjang. Masak satu lauk je hari tu. Alhamdulillah. 😋

Salad telur rebus
Salad telur rebus

Tambah salad telur rebus bersama tomato. 

Sekian. 

Jumpa lagi, ye. 💗

28 ulasan:

  1. Cie selalu gam pakai air je roti tu 😄. Anak2 Cie suka roti sardin yang celup tepung lepas tu goreng. Yang tu lagi sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak terbuka ye, guna air je. Ha, saya buat ni versi malas. Tak celup tepung, tapi masih rangup, goreng lama sikit bagi garing.

      Padam
  2. Punyalah sibuk sampai lupa nak makan roti. Tu ada orang cadangkan agar gardenia jual roti 4 keping jer, hahah. Bila nak rajin melampau tu, teringin nak tengok karipap sardin dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, setuju juga, kalau ada 4 keping, senang sikit nak habis. 😁
      Insya-Allah, nanti saya seru angin rajin tahap melampau tu datang segera. Hehe..

      Padam
  3. Uncle suka telur kuning macam tu... tak dry.... Yummeh!

    BalasPadam
  4. Ada juga roti nak expired ni, kalau rajin bole buat roti sardin gak. kalau tak rajin, french toast je la hihi...

    BalasPadam
  5. Haishhhhh sedap-sedap belaka ni. Kalau tak rajin pun molek kejadian menunya. Kalau ksarie tak rajin samada ayuh grabfood atau paksa diri tidur sambil pedih perut😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidur sambil pedih perut tu, saya tak sanggup. 😁

      Padam
  6. Senang masak ayam goreng kunyit terus letak sayur. Takyah masak sayur lain 😆

    BalasPadam
  7. Roti sardin home made. Kelim guna apa tu?

    BalasPadam
  8. Masak apa ja ..sendiri di dapur semuanya sedap..air tangan yang hebat untuk family..tahniah rajin masak..anak-anak suka

    BalasPadam
  9. Salad telur rebus tu menu diet terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, kak Amie, dan senang nak buat juga.

      Padam
  10. Itu juga yg saya malas bikin cemilan. Buatnya lamaaaa, habisnya cepat 🤣🤣. Makanya lebih suka beli terkadang 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. kadang kurang masa ya, Fanny, mahu membuat snek begini.

      Padam
  11. Rajin pun ada tahap-tahap dia kan. Kalau rajin tu beria betul kita buat. Kalau masak ayam goreng kunyit, saya pun tak masak lauk lain dah. Cukuplah satu lauk tu je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Kan, Fizah, lengkap ayam goreng kunyit. Protein dan sayur.

      Padam
  12. Kalau saya letak sambal sardin pada roti tapi tidak goreng, terus makan. Haha lagi malas cara saya.
    Oklah itu Nur rajin gelek roti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok juga tu, NA, jadi sandwich sardin. Lain kali nak buat ni je. Lebih sihat, tak guna minyak.

      Padam
  13. sapu roti tu dengan butter pastu bakar je dalam oven. nanti jadilah dia biskut

    BalasPadam