Tarikh: Isnin, 28 Julai 2025
Pagi sebelum subuh, saya buat roti goreng inti sardin. Saya sudah lama tak beli roti gardenia. Hari tu, teringin, jadi saya beli la. Tapi sibuk, tak sempat makan. Tarikh luput roti esoknya. Itu yang seru angin rajin nak gelek roti. Angin rajin tahap sederhana. Kalau angin rajin tahap melampau, dia jadi karipap sardin. Entah bila angin melampau tu nak datang, tak tahulah. Mungkin tahun hadapan.
![]() |
Situasi ketika menggelek roti |
Bahan-bahan yang digunakan selain kepingan roti, ada sardin yang saya campur bawang dan cili padi sikit, dan bancuhan tepung gandum sebagai gam untuk melekat sisi roti supaya tidak terbuka waktu menggoreng.
![]() |
Tadaaa... sudah syiap! |
Buatnya ambil masa. Nak makannya, sekejap saja sudah licin. Hahaha..
Bila hari sudah terang, saya keluar rumah untuk siram pokok. Kemudian, saya ke dapur, masak lauk untuk tengahari.
![]() |
Ayam goreng kunyit. |
Letak kacang panjang. Masak satu lauk je hari tu. Alhamdulillah. 😋
![]() |
Salad telur rebus |
Tambah salad telur rebus bersama tomato.
Sekian.
Jumpa lagi, ye. 💗
sedap2 menunya tu
ReplyDeleteCie selalu gam pakai air je roti tu 😄. Anak2 Cie suka roti sardin yang celup tepung lepas tu goreng. Yang tu lagi sedap.
ReplyDeletePunyalah sibuk sampai lupa nak makan roti. Tu ada orang cadangkan agar gardenia jual roti 4 keping jer, hahah. Bila nak rajin melampau tu, teringin nak tengok karipap sardin dia.
ReplyDeleteUncle suka telur kuning macam tu... tak dry.... Yummeh!
ReplyDelete