Friday, August 1, 2025

Gambar bunga kembang lagi

 Tarikh: Sabtu, 12 Julai 2025

Sudah empat entri cerita makan dan masak. Hari ni, saya kongsikan gambar bunga pula. Kenangan. Boleh jadi, pokok tu boleh mati. Boleh jadi juga, bunga warna sama sudah tak keluar. Jadi, haruslah saya ambil gambar. Meh saya bawa tengok, bunga yang mengembang pada tarikh tersebut. 

Bunga zinnia merah
Bunga Zinnia merah


Bunga ros pink
Bunga ros pink

Saya buat carian sikit. Kalau bunga ros merah bermaksud cinta sejati dan kasih sayang, bunga ros warna pink maksudnya apa?

Bunga ros warna pink mewakili perasaan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Pink gelap membawa maksud terima kasih dan penghargaan terhadap seseorang. Pink cerah pula membawa maksud rasa kagum dan simpati. 

Ok. Saya pun tak tahu. 

Pokok bunga ros pink
Ini pokok bunga ros pink. 

Banyaknya bunga dia keluar. 😍 

Saya pernah share tips tanam pokok bunga ros, entrinya di sini 👉 Tips Jaga Pokok Ros


Pokok bunga ros pink keluar bunga banyak
Gambar keesokan harinya, 13 Julai 2025

Bertambah pula bunganya. Masya-Allah... tak jemu-jemu saya tengok. Harap tak adalah yang perasan saya duduk depan pokok sambil cakap dengan bunga. 

Bougainvillea atau pokok bunga kertas
Bougainvillea atau pokok bunga kertas

Si bougainvillea ni pun keluar bunga banyak juga. Time musim panas, kan. 

Pokok bunga ros jingga kekuningan
Ros oren pun mulai kembang juga

Saya tak pasti nak terangkan warna bunga ros di atas. Dia jingga kekuningan.   

Pokok bunga zinnia merah dan oren
Pokok bunga zinnia merah dan oren

Jika hati sedang gundah gulana, tengok lah bunga. Boleh rasa happy. 

Selamat hari Jumaat. Esok Sabtu, selamat beristirehat, ya.  

Jumpa lagi. 💗

8 comments:

  1. Pokok bunga kertas memang kembang di musim panas kan..

    ReplyDelete
  2. Salam singgah..suka tengok bunga menyerikan laman dan menyegarkan mata

    ReplyDelete
  3. Hidup subur pokok ros, zinnia dan bunga kertas. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Cantik bunga Zinnia tu. Warna merah dan kuning sepadan macam bendera Selangor. Merahnya terang. Tengok bunga ros banyak tu, saya terus terbayangkan flower bouquet. Kalau buat flower bouquet lepas juga tu beberapa kuntum. hihi...Tapi of course sayang nak potong.

    ReplyDelete
  5. Saya jenis tak paham arti2 bunga. Makanya zaman masih kerja, kdg tugas saya mengirimkan buket bunga kepada customers wprioritas di saat ada keluarga mereka yg meninggal, menikah, ulang tahun etc.

    Dan pernah hampir salah, saya pilih bunga lily untuk customer prioritas yg akan berulang tahun. Padahal bunga lily bunga yg biasanya ada di acara kematian 🤣.

    Untung teman saya cepat bagi tahu

    ReplyDelete
  6. Suka bau bunga ros wangi je. Cie ni takde minat nak menanam bunga. Arwah mak & arwah mil keduanya pencinta bunga. Cantik bunga mereka tanam.

    ReplyDelete
  7. Meriah, warna-warni bunganya. Kalau suka kelopak bunga ros tu boleh rendam dalam air panas untuk diminum.

    ReplyDelete
  8. menjadi semua bunga yg kak nur tanam! cantik2 semuanya

    ReplyDelete