Tarikh: 22 Julai 2025
Versi Pertama - Guna ayam
Ada ayam kisar dalam freezer. Saya masak pad kra pao.
Resepi pad kraw pao
💚 Bawang putih 4 ulas cincang lumat
💚 1-5 cili padi dicincang halus (ikut citarasa sendiri letak berapa banyak)
💚 1-5 bawang merah hiris nipis (ikut citarasa sendiri juga)
💚 Daging ayam cincang (saya guna 1 keping. Tebal kan, jenama Ramly. Dalam satu paket, ada 2 keping)
💚 Sos ikan, lada sulah, sos tiram, kicap pekat
💚 Daun basil (selasih)
Cara-cara:
Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi hingga keperangan.
Masukkan ayam cincang.
Bila ayam sudah masak, masukkan sos ikan, lada sulah, sos tiram, kicap pekat
Kacau rata. Last sekali, masukkan daun selasih.
Saya tak letak garam. Sebab sos ikan dan sos tiram sudah masin. Ikut kome la, nak letak gula ke garam ke, atau serbuk perasa.
Siap! 😋
![]() |
Ayam pad kra pao |
Versi kedua - Guna isi tuna dalam tin.
Masak cara sama, gantikan ayam dengan tuna dalam tin. Saya campur brokoli dan kobis bunga.
![]() |
Tuna pad kra pao |
Wangi, daun selasih tu. Saya dan suami makan versi tuna. Sulaiman seorang boleh habiskan versi ayam. Maksudnya, lauk untuk makan tengahari dan malam. Makan dengan nasi dan telur mata. Alhamdulillah.
Bila dah tak ada idea masak, tuna dalam tin pun jadi. Sebelum dia expired dalam almari, baik guna.
Kome masak apa hari ni? Makan apa tu? 😁
Jumpa lagi, ye. 💗
fav saya ni..bole cuba masak ni
ReplyDeleteselalu tuna tu buat isi sandwich je...
ReplyDeleteSaya pun, kalau masakan dah letak sos tiram memang tak letak garam dah. Terkurang rasa takpe jangan terlebih masin.
ReplyDeleteSemalam masakan saya guna tuna dalam tin jugak, buat pizza guna roti naan.
Biasa makan versi ayam... nak try tuna la pulak, nampak sedap
ReplyDeleteSedap nya Nur.
ReplyDeleteSaya suka makan Pad Kra Pao ni...bau daun selasih tu nyaman jer...
ReplyDeleteNampak sedap pad kra pagi tu, tak pernah masak sendiri. Makan kat kedai pun kadang², tapi suka jugak.
ReplyDeleteSy suka lauk ni..Ade 1 daun tu..Daun selasih kot..Wangi je dlm lauk ni =D
ReplyDeleteTelor mata pulak jenis cair.. fuh mantap ni
ReplyDeletePernah viral menu ni. Senang rupanya nak membuat pad kra pao ni ada banyak versi isinya tu ye. Ingatkan guna ayam je. Harini masak ayam kunyit campur kacang panjang. Ayam bahagian dada. Cepat sikit masaknya. hihi...
ReplyDeleteUncle selalu tengok menu ni... tapi tak pernah oder
ReplyDelete