Tarikh: Rabu, 27 Ogos 2025
Tengahari tadi, saya terima bungkusan dari Mummy Ayu. Saya dipilih sebagai salah seorang pemenang Coffee Lover Giveaway. Alhamdulillah.
Untuk lihat senarai pemenang giveaway ini, boleh klik sini 👉 Congrats kepada pemenang.
![]() |
| Bungkusan PosLaju |
Saya tahu bungkusan on the way, sebab terima mesej Whatsapp dari Poslaju, beritahu bungkusan sudah out for delivery.
Mari kita buka bungkusan.
![]() |
| Kemasnya balutan kotak hadiah |
Boleh rasa Mummy Ayu usaha membalut kotak hadiah. Kemas je. 👍
Saya buka balutan hadiah dengan berhati-hati.
![]() |
| Kotak tertampal sticker Just for You |
Tadaaaa....
![]() |
| Hasil crochet ibu Mummy Ayu |
Ada coaster atau lapik gelas, keychain bentuk hati dan cup cozy. Sangat kemas hasil tangan ibu Mummy Ayu. Suka, suka! 😍 Hadiah handmade ini mahal, sebab melibatkan usaha dan masa, serta kos bahan mentah.
Crochet adalah kait 1 jarum, guna hook bentuk cangkuk.
Knit adalah kait 2 jarum, guna dua jarum kait.
![]() |
| Close-up cup cozy |
Cantik, kan? Benang yang digunakan juga berkualiti. Tebal. Macam benang multicolour dari oversea je. Set kait yang saya terima ini punyai warna utama coklat atau brown. Macam tahu-tahu je, yang saya suka earth color macam ni. 😊
Jenis kaitan yang digunakan, dipanggil Crocodile stitch. Nampak overlapped, macam sisik buaya atau sisik ikan, mungkin itu kot asal nama kaitan ini. Saya pernah kait kaitan macam ni dulu, zaman mata saya masih kuat mengait. Dan saya tahu, kaitan begini, pakai benang lebih banyak banding kaitan biasa.
Terima kasih, kepada Mummy Ayu dan ibu Mummy Ayu juga, kerana pilih saya sebagai salah seorang pemenang giveaway. Semoga ibu MA dan MA sihat-sihat selalu, dimurahkan rejeki dan dirahmati Allah. Saya sangat hargai pemberian ini. 😘
Sebelum undur diri, saya nak share hasil kait saya yang juga menggunakan crocodile stitch ini.
![]() |
| Shawl crocodile stitch, belakang |
![]() |
| Shawl crocodile stitch - depan |
Kos buat shawl ni agak mahal, sebab saya guna benang wool dari oversea. Jual mahal, takde orang beli. Lagi pun, shawl ini ada weight. Jadi, mungkin tak sesuai dipakai harian, melainkan jika kerja dalam bilik server, atau sejuk dalam panggung wayang, atau bila travel ke tanah tinggi. Saya fikir, dari terbiar simpan rapi dalam peti harta karun, mungkin saya akan hadiahkan kepada salah seorang top pengomen blog saya ini, di akhir tahun nanti. Mungkin. Insya-Allah.
Ok la. Akhir kata, marilah ke blog Mummy Ayu, memeriahkan blog MA dan menambah kenalan blogger jika anda masih belum pernah singgah ke blog beliau.
Jumpa lagi, ye. 💗







Alhamdulillah..sampai dah & happy terima hadiahnya.
BalasPadamWah..dia pun pandai kait jugak, cantiks
Terima kasih, Mummy Ayu. Saya dah guna cup cozy. Memang simpan dalam handbag, boleh pakai bila keadaan memerlukan. 🤗🥰
PadamTudiaa bila tukang kait sendiri buat ulasan. Penuh dengan terma kait. Saya tengok kaitan ibu dan Kak Nur, dua-dua sama hebatnya mengait dengan kemas dan teliti. Dah tentu kak Nur happy dapat hadiahnya. Alhamdulillah..Tahniah kak Nur.
BalasPadamHehe..
PadamAlhamdulillah, Fizah. Akak happy sangat terima hadiah macam ni, handmade. Rasa special, sebab tak boleh dapat di kedai.
Terima kasih, Fizah. 😊
Tahniah.
BalasPadamHehe hanya jauhari mengenal manikam.
Terima kasih, NA. Hehe..
PadamTahniah!
BalasPadamCantik molek hadiahnya.
Terima kasih, kak Amie. Itu la, comel je.
PadamTahniah pemenang! Cantiknya hasil jahitan tu bukan mudah nak siapkan.
BalasPadamTerima kasih, Cie. Betul, ambil masa nak siapkan satu-satu.
PadamPatutlah tahu serba serbi tentang benang, rupanya pandai kait juga :)
BalasPadamSikit-sikit, belajar dari arwah mak dulu. 😊
PadamCantiknya! Tahniah sekali lagi Nur...
BalasPadamSesuai sangat Nur menang sbb peminat kait juga 👍🏻
Terima kasih, PH. Hehe.. Alhamdulillah.
PadamTahniah, Nur. Inilah yg dikata, bagai sirih pulang ke gagang. Hanya jauhari yg mengenal manikam. Syoknya kalau dapat hadiah tu, hihi .
BalasPadamTerima kasih, SK. Hehe.. Syok, Alhamdulillah. Hadiah paling mahal ni, sebab handmade gitew. 🥰
PadamTahniah...comel2 hadiah tu...cantik combination warna kait tu...
BalasPadamMekasih, Sueann. Kann... saya pun suka.
Padamtahniah..cantik adiahnya
BalasPadamTerima kasih, Mama Tisya.
PadamTahniah Tot 👏🏽
BalasPadamHadiah yang tepat untuk orang yang tepat. Siap boleh ulas panjang lebar. Kalau saya cuma tau ulas…cantik menarik 😀
Terima kasih, Ujie.
PadamHehe.. sebab saya suka, barang-barang handmade ni, Ujie.
Alhamdulillah..
BalasPadamBaru tahu beza knit Dan crochet...terima kasih infonya kak Nur..siapa lah yang bertuah dapat hadiah tu nanti
Sama-sama, Linda.
PadamHehe... kita tengok rejeki siapa hujung tahun, Insya-Allah.
alhamdulillah.. tahniah.. comel2 hasilnya kraftangan tu.. ^^
BalasPadamMekasih, Airene. Kann... cute jer..
Padamcantiknya semua hadiah! lagi2 dikait handmade, memang rasa special sangat
BalasPadamBetul, Mazni. Unik, tak jumpa punya la kat kedai. Hasil kerjatangan.
PadamSaya jadi tahu namanya crocodile stitch . Tapi memang unik, nampak bagai sisik ya kak ❤️❤️❤️. Apalagi kakak bilang berat. Saya bisa bayangkan Krn saya pernah dikasih oleh mummy ayu keychain hasil buatannya. Dan itu memang tebal, padat, dan terasa beratnya. JD saya bayangkan syal ini memang sesuai lah untuk musim dingin. Cocok jika untuk hadiah bagi orang yg tak kuat dingin atau memang suka traveling . ❤️.
BalasPadamHarga mahal sebenernya Krn bahan yg dipakai juga bermutu, dan skill membuat ini pun tak sembarang orang bisa.
Betul, Fanny.
PadamMakin tahun, makin mahal harga-harga benang, Fanny. Jadi, itu lah pengusaha handmade ni, terpaksa naikkan harga juga, seperti barang groceries rumah juga.