Tarikh: Rabu, 27 Ogos 2025
Tengahari tadi, saya terima bungkusan dari Mummy Ayu. Saya dipilih sebagai salah seorang pemenang Coffee Lover Giveaway. Alhamdulillah.
Untuk lihat senarai pemenang giveaway ini, boleh klik sini 👉 Congrats kepada pemenang.
![]() |
Bungkusan PosLaju |
Saya tahu bungkusan on the way, sebab terima mesej Whatsapp dari Poslaju, beritahu bungkusan sudah out for delivery.
Mari kita buka bungkusan.
![]() |
Kemasnya balutan kotak hadiah |
Boleh rasa Mummy Ayu usaha membalut kotak hadiah. Kemas je. 👍
Saya buka balutan hadiah dengan berhati-hati.
![]() |
Kotak tertampal sticker Just for You |
Tadaaaa....
![]() |
Hasil crochet ibu Mummy Ayu |
Ada coaster atau lapik gelas, keychain bentuk hati dan cup cozy. Sangat kemas hasil tangan ibu Mummy Ayu. Suka, suka! 😍 Hadiah handmade ini mahal, sebab melibatkan usaha dan masa, serta kos bahan mentah.
Crochet adalah kait 1 jarum, guna hook bentuk cangkuk.
Knit adalah kait 2 jarum, guna dua jarum kait.
![]() |
Close-up cup cozy |
Cantik, kan? Benang yang digunakan juga berkualiti. Tebal. Macam benang multicolour dari oversea je. Set kait yang saya terima ini punyai warna utama coklat atau brown. Macam tahu-tahu je, yang saya suka earth color macam ni. 😊
Jenis kaitan yang digunakan, dipanggil Crocodile stitch. Nampak overlapped, macam sisik buaya atau sisik ikan, mungkin itu kot asal nama kaitan ini. Saya pernah kait kaitan macam ni dulu, zaman mata saya masih kuat mengait. Dan saya tahu, kaitan begini, pakai benang lebih banyak banding kaitan biasa.
Terima kasih, kepada Mummy Ayu dan ibu Mummy Ayu juga, kerana pilih saya sebagai salah seorang pemenang giveaway. Semoga ibu MA dan MA sihat-sihat selalu, dimurahkan rejeki dan dirahmati Allah. Saya sangat hargai pemberian ini. 😘
Sebelum undur diri, saya nak share hasil kait saya yang juga menggunakan crocodile stitch ini.
![]() |
Shawl crocodile stitch, belakang |
![]() |
Shawl crocodile stitch - depan |
Kos buat shawl ni agak mahal, sebab saya guna benang wool dari oversea. Jual mahal, takde orang beli. Lagi pun, shawl ini ada weight. Jadi, mungkin tak sesuai dipakai harian, melainkan jika kerja dalam bilik server, atau sejuk dalam panggung wayang, atau bila travel ke tanah tinggi. Saya fikir, dari terbiar simpan rapi dalam peti harta karun, mungkin saya akan hadiahkan kepada salah seorang top pengomen blog saya ini, di akhir tahun nanti. Mungkin. Insya-Allah.
Ok la. Akhir kata, marilah ke blog Mummy Ayu, memeriahkan blog MA dan menambah kenalan blogger jika anda masih belum pernah singgah ke blog beliau.
Jumpa lagi, ye. 💗
Alhamdulillah..sampai dah & happy terima hadiahnya.
ReplyDeleteWah..dia pun pandai kait jugak, cantiks
Tudiaa bila tukang kait sendiri buat ulasan. Penuh dengan terma kait. Saya tengok kaitan ibu dan Kak Nur, dua-dua sama hebatnya mengait dengan kemas dan teliti. Dah tentu kak Nur happy dapat hadiahnya. Alhamdulillah..Tahniah kak Nur.
ReplyDeleteTahniah.
ReplyDeleteHehe hanya jauhari mengenal manikam.
Tahniah!
ReplyDeleteCantik molek hadiahnya.
Tahniah pemenang! Cantiknya hasil jahitan tu bukan mudah nak siapkan.
ReplyDeletePatutlah tahu serba serbi tentang benang, rupanya pandai kait juga :)
ReplyDelete