Morning walk Selasa - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Thursday, September 18, 2025

Morning walk Selasa

Tarikh: Selasa, 19 Ogos 2025

Berjalan pagi. Di tempat biasa, iaitu Padang Astaka, Sitiawan

Banyak hari bersenam di rumah. Tapi kalau ada hari suami tak kerja, kami pergi berjalan di padang. Saja, ambil angin. Nak kata briskwalk, tak laju pun. Lebih kepada jalan-jalan makan angin tengok orang, pokok, langit dan pada hari tu, dapat tengok burung bangau putih

Burung bangun putih di tengah padang Astaka, Sitiawan, Perak.
Bangau putih di tengah padang.

Burung bangau ni, bila dia duduk diam, kita boleh ingat dia macam patung. Kan ada patung bangau, orang selalu letak tepi kolam ikan. 

Burung bangau mula terbang
Bangau putih mula terbang.

Memang selalu macam ni. Bila kita ambil gambar je, dia terbang pergi. Pemalu, macam memerang juga. Kalau morning walk di Esplanade Lumut, kadang boleh nampak sekeluarga memerang. Bila kita bawa keluar handphone dari pouch, nak ambil gambar, laju je, masuk dalam air laut. 


Burung bangau terbang pergi
Bangau terbang pergi.

Bye, burung bangau yang cantik. Nanti kita jumpa lagi...


Pagi itu, sempat berjalan selama 1 jam 18 minit, dengan jarak 5.9 kilometer. Alhamdulillah.

Esok, sudah hari Jumaat. Cepat betul rasanya seminggu cuti sekolah ni. 

Jumpa lagi, ye. 💗

6 comments:

  1. bestnya...nikmati pemandangan sambil briskwalk tu...

    ReplyDelete
  2. bangau pun pemalu nampaknya. tapi diorang kalau mengelamun, mmng suka berdiri tegak2 macam patung tu

    ReplyDelete
  3. Suka tengok bangau. Putih bersih. Teringat drama lakonan Dian P.Ramlee - Terbang Bangau.

    ReplyDelete
  4. Muka akak dengan suami ada iras²..dia macam twins lelaki dan perempuan..

    ReplyDelete
  5. Sejak menetap di Perlis, saya dapat memerhati bangau dari tingkap rumah. Seronok dapat perhatikan bangau mematuk tanah - makan cacing. Tapi memang susah nak ambil gambar yang jelas, cepat je bangau terbang lari.

    ReplyDelete