Tarikh: Selasa, 19 Ogos 2025
Berjalan pagi. Di tempat biasa, iaitu Padang Astaka, Sitiawan.
Banyak hari bersenam di rumah. Tapi kalau ada hari suami tak kerja, kami pergi berjalan di padang. Saja, ambil angin. Nak kata briskwalk, tak laju pun. Lebih kepada jalan-jalan makan angin tengok orang, pokok, langit dan pada hari tu, dapat tengok burung bangau putih.
![]() |
| Bangau putih di tengah padang. |
Burung bangau ni, bila dia duduk diam, kita boleh ingat dia macam patung. Kan ada patung bangau, orang selalu letak tepi kolam ikan.
![]() |
| Bangau putih mula terbang. |
Memang selalu macam ni. Bila kita ambil gambar je, dia terbang pergi. Pemalu, macam memerang juga. Kalau morning walk di Esplanade Lumut, kadang boleh nampak sekeluarga memerang. Bila kita bawa keluar handphone dari pouch, nak ambil gambar, laju je, masuk dalam air laut.
![]() |
| Bangau terbang pergi. |
Bye, burung bangau yang cantik. Nanti kita jumpa lagi...
Pagi itu, sempat berjalan selama 1 jam 18 minit, dengan jarak 5.9 kilometer. Alhamdulillah.
Esok, sudah hari Jumaat. Cepat betul rasanya seminggu cuti sekolah ni.
Jumpa lagi, ye. 💗





bestnya...nikmati pemandangan sambil briskwalk tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah, MA, best! 😊
Deletebangau pun pemalu nampaknya. tapi diorang kalau mengelamun, mmng suka berdiri tegak2 macam patung tu
ReplyDeleteBetul, Mazni. Itu pasal akak kadang ingat patung. Rupa-rupanya, bangau hidup.
DeleteSuka tengok bangau. Putih bersih. Teringat drama lakonan Dian P.Ramlee - Terbang Bangau.
ReplyDeleteWah, sudah lama saya tak layan drama melayu, kak. Bunyi macam drama lama.
DeleteMuka akak dengan suami ada iras²..dia macam twins lelaki dan perempuan..
ReplyDeleteHehe.. ha ah, Linda, pernah juga ada orang cakap macam tu, sejak kahwin lagi. Muka sama.
DeleteSejak menetap di Perlis, saya dapat memerhati bangau dari tingkap rumah. Seronok dapat perhatikan bangau mematuk tanah - makan cacing. Tapi memang susah nak ambil gambar yang jelas, cepat je bangau terbang lari.
ReplyDeleteBestnya, Ujie dapat tengok view cantik dari rumah je. Itu la, pemalu bangau ni.
Deletecomelnya bangau tu terbang tinggi.
ReplyDeleteKann... lawa, tengok bangau. Subhanallah.
DeletePagi-pagi tengok permandangan luar tu satu terapi juga. Udara pun segar. Susah nak ambil gambar bangau ni. Kejap je dia statik, lepas tu terbang. Memerang pun pemalu jugak ek. Kejap je nak habis cuti dah, Sabtu dan Ahad ni confirm jem.
ReplyDeleteItu la, Fizah, nak ambil gambar bangau dan memerang ni, kena pantas, sebab deme pemalu.
DeleteAlhamdulillah...Seronok tengok pemandangan mcm ni =D
ReplyDeleteAlhamdulillah, rejeki dapat tengok pemandangan burung, rasa aman dalam hati, Nieza.
DeleteSama juga dgn merpati... Elok kita datang dekat, terbang :)
ReplyDeleteSweet gambar last tu. Happy couple alhamdulillah 👍🏻
Patut ada peribahasa jinak jinak merpati ya, PH.
DeleteAlhamdulillah, mekacih.
Nak habis dh cuti sekolah..mak2 x leh nak rileks dah...
ReplyDeleteCuti sekolah pun tak rileks, Sueann, kerja masak je hari-hari, askar-askar di rumah kelaparan sokmo. 😅
DeleteTeringat lagu bangau oh bangau
ReplyDeleteKenapa engkau kurus, eh, auto rasa nak sambung, uncle.
DeleteSaya komen ini dah hari Ahad. Cepat masa berlalu. Banyak perkara berlaku.
ReplyDeleteYe, NA, masa memang laju je. Banyak benda berlaku, dan agak sibuk.
DeleteBilalah sy ngan PI rajin nak jalan2 kat padang ambil angin macam ni, romantissss.
ReplyDeleteSK dan PI romantis apa, ada juga jalan-jalan, di pasar pagi pun orait, sambil jalan, boleh shopping barang.
DeleteSukanya kalap briskwalk di luar, memang bisa lihat Macam2 . Kadang berjumpa dengan hewan2 unik begini. Jarang sangat saya bisa ketemu bangau 😅.
ReplyDeleteHehe.. akak pun baru pertama kali jumpa bangau semasa jalan pagi.
DeleteSelamar beriadah
ReplyDeleteMekasih, Wak.
DeleteBriskwalk dekat luar sambil keluar peluh terapi mata juga kan sebab datang tengok suasana menghijau flora fauna segala. Haiwan ni memang kebanyakannya asal kita cuba nak ambil gambar dia sakan dia melarikan diri.
ReplyDeleteBetul, KSarie. Mungkin kena ada camera teropong, duduk jauh-jauh sambil zoom-in, baru lawa gambar. Hehe..
DeleteSA dah sihat nanti SA nak briskwalk lagi la..kali ni nak buat santai2 je...
ReplyDeleteSantai-santai lagi best, SA. Tak perlu jalan laju pun. Asal bergerak.
DeleteBangau pernah nampak tapi memerang tak pernah lagi. Mesti comel.
ReplyDeleteComel dan geram tengok memerang, sebab gemuk-gemuks.. Hik hik!
DeleteAlhamdulillah diberi nikmat utk jalan jalan waktu pagi... Seronok dpt amalkan hidup yg sihat..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Allah pinjamkan nikmat sihat.
DeleteDepa tu semuanya pemalu.
ReplyDeleteYe, kak Notie.
DeleteBila musim tuai padi, banyak bangau kat tepi rumah. Bila kita datang, terus terbang jauh.
ReplyDeleteBestnya, kat tepi rumah je, sawah padi. Terasa aman damai.
Deletekejadian 19 Ogos yang ditulis pada 18 September dan saya baca pada 27 September. Ahaksss..
ReplyDeleteHaha... busy bebenor, Ammi. Kisah delayed yang lama, bukan siaran langsung. Huhu..
DeleteDapt hirup udara segar, nampak keindahan hidupan lain seperti burung putih..si enggang yang putih..
ReplyDeleteAlhamdulillah, cikgu.
Delete