Sambung cerita semalam.
Sudah sampai airport Madinah.
Lepas imigresen dia orang. Garang deme. Tak senyum langsung. Perempuan semua pakai niqab.
Pastu, tunggu bagasi pula keluar. Mula-mula memang tak de orang. Lepas tu, makin ramai kat airport. Dengan jemaah dari negara lain lagi, sesak jadinya.
Selamat je ambil bagasi, kami naik bas, dan disambut oleh mutawwif. Nama mutawwif kami, Ustaz Fazly. Sambil bas bergerak ke hotel, dia bercerita macam-macam.
Hampir nak sampai waktu maghrib, barulah kami tiba di hotel kami, iaitu Hotel Ruve Al Madinah. Lokasi 120 meter ke Masjid Nabawi.
![]() |
Lebih kurang macam di atas la, bilik kami. Yang kanan, dewan makan. |
Wakil bilik diberi kad bilik.
Kok (kakak sulung) naik atas dulu. Manakala saya dan Atam (kakak tengah) stay di lobi hotel untuk beli simkad arab saudi. Kok pakai postpaid, jadi dia cakap nak roaming je. Perlu internet untuk aplikasi Nusuk. Satu simkad pelan basic, harga 58 riyal. Dah ada wakil telco standby di lobi hotel. Kami pakai line Mobily. Ok line dia, stabil. Dan tak habis pun saya guna, selama 2 minggu sepanjang umrah.
Satu bilik, 4 orang. Selain kami 3 beradik, Kak Didi adalah roomate kami. Untuk info pembaca, rombongan umrah kami ni, ramai di kalangan kawan Kok. Setiap kawan bawa keluarga masing-masing.
Bilik sangat selesa dan luas.
Lepas solat maghrib di bilik sahaja, mandi dan salin pakaian, kami pergi ke Masjid Nabawi. Jalan kaki, kena lintas satu jalanraya yang sibuk, dan lepas tu, lagi sikit jalan, sudah sampai.
![]() |
Pintu 338, pintu masuk paling dekat laluan kami. |
Inilah Masjid Nabawi. Masya-Allah. Cuaca pula sejuk, berangin.
Semasa Kok, Atam dan Kak Didi masuk solat, saya duduk di perkarangan masjid. Ada kerusi-kerusi di tepi tembok. Saya perhatikan, ramai juga yang macam saya, uzur, tak boleh solat. Ada orang sedekah kurma pada saya semasa saya duduk tunggu dia orang solat Isyak.
Sepanjang jalan kami dari hotel ke masjid, banyak kedai-kedai tepi jalan. Tempat melontar riyal, deme keta. 😁 Bila masuk waktu solat fardu, semua kedai ditutup. Semua orang solat. Tak kira di mana. Ada di dalam kedai, ada di kaki lima, ada di dalam restoran, mana-mana la.
Tak timbul soal melewat-lewatkan waktu solat di sini. Sebab bila azan je, semua bersedia untuk solat. Alangkah bagusnya kalau di Malaysia pun, macam ni, kan.
Kadang, akan ada peniaga haram, buka jualan. Contoh macam 3 jubah, 50 riyal macam tu. Tapi dia orang ni, tak ada lesen. Saya pernah nampak polis deme kejar peniaga haram ni. Kak Fatin, salah seorang kawan Kok, bagitahu, kalau nak barang murah, beli dengan deme ni je, dapat jimat belanja. Kualiti pakaian pun boleh tahan. Kawan-kawan Kok ni, ramai yang sudah ada pengalaman pergi haji dan umrah, dan mereka tak lokek kongsi pengalaman deme.
Lagi satu, boleh dikatakan semua peniaga cakap melayu. Jadi, kita pun cakap melayu la. Ha, pandai betul deme ni. Tak payah nak cakap English.
Bila deme sudah habis solat Isyak, kami lepak-lepak jap, tengok kedai.
![]() |
Coklat dalam ada pistachio |
Cepat betul kawan Kok ni beli coklat, pass around sesama kami, makan ramai-ramai. Lupa pula tanya berapa riyal.
![]() |
Lepak sini, sambil makan shawarma pula. |
Beli satu, share 3 orang.
Lepas tu, kami pulang ke hotel, makan malam. Harga pakej sudah masuk makan 3 kali sehari. Jadi, haruslah makan ye, walaupun dah lewat.
Sana juga, takdenya saya nak cut sugar bagai. Semua saya makan. Nanti, bila hujung cerita umrah, saya akan update berat saya berapa, sebelum dan selepas balik umrah berapa. Hehe.
Malam tu, lepas makan malam, ada program ziarah Nabi oleh Ustaz Azfar, mutawif bas 2. Kami bas 1. Kami join je.
![]() |
Kubah hijau Masjid Nabawi |
Kami dibawa oleh mutawwif jalan di sekitar masjid, dan berhenti di tepi kubah hijau. Di bawah kubah hijau ini lah letaknya makam Rasulullah SAW.
Sebelum saya sampai sini, saya ada baca email, ada kalangan pembaca blog yang kirim sampaikan salam pada baginda Rasulullah. Saya ada baca, tau. Cuma saya tak balas je. Jadi, saya sudah pun sampaikan salam anda, ye. Alhamdulillah.
Ada satu perasaan yang saya tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata di sini. Bila kita ziarah Rasulullah je kan, kita mesti mengucap salam pada baginda, salam kepada Abu Bakar RA, salam kepada Umar RA, (dua sahabat Rasulullah, makamnya sebelah makam Nabi). Masa pertama kali ziarah makam Nabi ni, boleh termengalir airmata saya. Tapi sebenarnya, bukan waktu tu je. Lain-lain waktu pun, saya lalu depan kubah hijau ni dan mengucap salam pada Rasulullah SAW, air mata ni nak meleleh je. Ya Allah... tak tahulah nak cakap.
Atau juga saya sedikit sedih, melihat orang lain boleh solat, sedangkan saya uzur waktu itu. Muka saya memang senyum. Tapi dalam hati, Allah je yang tahu. Nanti saya akan cerita lebih di entri-entri akan datang tentang pengalaman uzur waktu menunaikan umrah ye. Stay tuned. Sabor, sabor.
Dalam Riwayat Jabir bin Abdillah, bersabda Rasulullah SAW bermaksud,"Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat lain melainkan Masjidil Haram. Dan solat di Masjidil Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain."
Lepas ziarah Nabi, jemaah yang lelaki proceed ke perkuburan Baqi, manakala yang perempuan pulang ke hotel.
Sambung hari kedua di Madinah di lain entri... 💗
Rindunya Tanah Suci. Moga dapat ke sana lagi. Duduk di sana, memang sedap walau lauk simple, balik2 memang naik badan Alhamdulillah.
ReplyDeleteAminn... Insya-Allah, pasti ada rezeki Mulan untuk ke sana lagi.
DeleteOh ye ke... saya lain pulak kes, mungkin sebab banyak berjalan kot.
Bunyi macam lancar je pergerakan di sana? Sukur dapat travel agent yg bertanggungjawab.
ReplyDeleteDi Madinah, lancar, uncle, Alhamdulillah. Nanti sampai waktu saya cerita, sebab tukar mutawwif. Huhu..
DeleteBetul itu makan sahaja, rugi dah bayar. Amacam makanan sesuai dengan selera?
ReplyDeleteRindu hendak pergi lagi.
Di Madinah ok. Di Mekah, takde selera makan dah. Insya-Allah, ada rezeki untuk Na pergi lagi. :)
DeleteHarus ada perasaan sedih sebab dah pergi jauh tapi uzur pulak. Tapi sekurang-kurangnya awak dah sampai ke sana, dapat ziarah makam Rasulullah SAW. Saya ni belum lagi, dok tunggu suami nak dapat cuti panjang tu yang payah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga suami Ujie dapat cuti panjang dan Ujie dan suami dapat pergi umrah, Insya-Allah.
DeleteAllahuakbar! Air mata sy pun ikut mengalir ni, Nur. Suka baca cara Nur berkongsi pengalaman, kita tunggu next entry.
ReplyDeleteAllah... maapkan saya ye, SK. Saya cerita macam ni la SK, bahasa mudah je.
DeleteRindunya dgn bumi Madinah...
ReplyDeleteDekat sana mmg focus pada Ibadan saja kan, takde apa nak kalut, nak kejar²... Seronok sangat
Betul sangat! Rasa aman damai di bumi Madinah, kan PH.
DeleteOrang Melayu ke yang jual kat sana? Ke orang Arab yang pandai cakap BM?
ReplyDeletePeniaga semua orang Arab. Boleh dikatakan semua kedai saya masuk, orang Arab pandai cakap melayu. Ada satu kedai la, kedai jual perfume mahal, cakap english. Itu je la. Ada satu kedai satu barang 3 riyal, siap cakap kelantan lagi. :D
DeleteRindunya Madinah...Alhamdulillah, dpt hotel dkt dgn masjid...InshaaAllah, semoga ada rezeki lg kesini & dpt solat & masuk raudah..
ReplyDeleteAlhamdulillah, kak.
DeleteAminnnn... mudah-mudahan ye, kak. Rezeki Allah, takde siapa tahu.
Sama dengan pengalaman saya, sedang dalam period saat umroh. Tapi hanya di hari2 awal saat tiba. Krn kenanya sudah saat di JKT. Saat itu menyesal juga tak minta obat penghalang haid dari obgyn. Rata2 yg nak umroh dan haji minum obat itu supaya menunda haid sementara.
ReplyDeleteTapi saya tetap nak baca pengalaman kak nur umroh saat uzur.
Betul cakap Fanny. Memang ramai yang makan ubat stop haid untuk pergi umrah. Tapi kita, tawakal saja lah pada Allah. Allah banyak tolong akak masa di sana. Alhamdulillah sangat.
Deletejemaah Melayu paling ramai ke sana agaknya ye kak sampaikan pak arab pun dah fasih bercakap bahasa kita,mudah la nak buat tawar menawar harga kan kak
ReplyDeleteYe, Afzan. Akak pun rasa macam tu. Orang malaysia dan indonesia paling banyak membeli kot, kat sana. Hihi... betul, senang nak tawar-menawar. Di Mekah, lagi barang murah, Afzan. Dia orang sana lagi pandai cakap, goda kita beli barang. Masya-Allah, kena bawa banyak cash je.
Deleterasa rindu nak kesana lagi.. Insyllah nk pergi dengan anak dan isteri pula. sebelum ni pergi dengan mak dan ayah.
ReplyDeleteSemoga ada rezeki encik Papaglamz ke sana lagi, kali ni bersama isteri dan anak. Aminnn....
DeleteTerikut sebak teringatkan pengalaman pertama pandang kubah hijau itu. Tak tau nak gambarkan macam mana, rasa goosebump, rasa dekatnya kita dengan Rasullullah dan sahabat2 baginda
ReplyDeleteKann... bila duduk sana, boleh rasa dekat sangat. Susah nak cakap, dalam hati, gitew.
Delete