Tarikh: Sabtu, 9 Ogos 2025
Suami nak pi kenduri di Pantai Remis. Kami bertolak lepas zohor. Kenduri sampai pukul 3 petang. Bajet sempat sampai, sebab kalau trafik lancar, setengah jam boleh sampai, biasanya. Tiba-tiba jalan sesak selepas simpang Pelabuhan Lumut.
Ambil masa dalam 20 minit juga untuk sampai ke tempat kejadian. Untuk tahu apa jadi.
Tahu ada kemalangan, tapi suami tak ikut waze. Waze suruh u-turn arah jauh. Google maps suruh go straight. 6 minit delay. Tapi lebih sebenarnya.
![]() |
Tudia la, lori treler terbalik merentasi jalan. |
Ada lori terbalik tengah jalan. Ada kesan tayar atas jalanraya. Cuma satu lorong boleh dilalui pada satu masa. Gilir-gilir, dia bagi kenderaan lalu.
![]() |
Polis mengawal lalulintas. |
Sebelum sampai tempat kejadian, ada ambulans keluar. Jadi, ada orang cedera la.
![]() |
Kecil saja laluan yang boleh dilalui pada satu masa. |
Lori tu bawa muatan tanah hitam. Penuh atas jalanraya. Terbalik.
![]() |
Ish ish ish.. camana boleh terbalik ni. |
Nak lepas dah.
![]() |
Penuh tanah hitam atas jalanraya. Membukit. |
Bila sudah lepas kesesakan, sudah 2.45 petang. Teruskan perjalanan juga.
Sampai ke destinasi di Pantai Remis, pukul 3.30 petang, call tuan rumah, nak check location kenduri. Tiada balasan. Sibuk bungkus katering gamaknya. Undangan melalui whatsapp je. Jadi, kami pun singgah kedai makan terdekat. Sebab perut lapor, belum makan tengahari.
Majlis pertunangan sebenarnya. Tak de rezeki pergi.
![]() |
Restoran Kota Kulit Kerang |
Singgah restoran ni. Gambar di atas ni, saya ambil sebelum pulang selepas makan. Kerusi dah naik atas meja, dia pun nak tutup.
![]() |
Pinggan suami |
Nasi suami. Dia ambil lauk ikan keli berlada, kerabu taugeh dan sambal belacan.
![]() |
Ambil juga ikan siakap bakar. |
Murah juga. Saiz kecil je. Dia bungkus ikan bakar dengan plastik.
![]() |
Pinggan saya. |
Nasi saya. Ambil ulam. Sebab nak makan dengan ikan bakar je. Saya memang macam ni, tak reti makan banyak-banyak lauk.
![]() |
Air asam. |
Air asam dia ok, agak pedas tapi cukup rasa. Lepas basuh tangan, ada bau belacan lagi.
![]() |
Dalam kedai, tempat kaunter bayaran. |
Pertama kali makan di kedai makan, kedai dah nak tutup. Dia tengah kemas lauk, angkat kerusi naik atas meja, akak cashier tengah kira duit.
Ok bagi saya. Alhamdulillah, tak sempat nak makan kenduri, dapat makan di restoran sedap, ok juga.
Pernah nampak restoran ni, bila on the way ke Taiping, ikut Pantai Remis. Tapi, tak pernah singgah. Lauk dia banyak, cuma waktu kami sampai banyak yang sudah habis.
Restoran Kota Kulit Kerang
Alamat: No. 4B, Selekoh Pengkalan Baru, Kg Ujong Pasir, 34900 Pantai Remis, Perak.
Waktu operasi: 9 pagi hingga 4 petang
Tutup setiap Isnin.
Saya tengok di Google, review restoran ini, 4.4 bintang. Menu nasi campur dengan pelbagai lauk kampung.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗
Terbabas la tu lorinya kot brek tak makan. Jelas betul kesan tayar tu. Dapat makan kat kedai sedap pun dah rezeki kan walaupun tak sempat hadir kenduri.
ReplyDeleteHarap OK pemandu lori tu.
ReplyDeleteRezeki dapat makan sedap di Restoran Kota Kulit Kerang.
Allahuakbar semoga pemandu lori tu dalam kondisi baik saja.
ReplyDeleteNampak selera betul air asam dia tu kak tot.
Hujan ke? Kot la jalan licin. Kenderaan berat ni mudah terbalik juga kalau jalan licin.
ReplyDeleteMujurlah kenduri bertunang, taklah ralat sangat kan. Mungkin rezeki Nur masa depa sanding nanti :)
Sy kalau jumpa ikan, mmg pilih ikan dari ayam. Nak² kedai lauk kampung gini. Sedap² masakannya.
serem aja truk kontainer bisa kebalik di tengah jalan begitu
ReplyDeleteCepat2 uncle scroll... uncle seriau tengok gambar eksiden!
ReplyDeleteMakan kenduri kat kedai makanlah ni
ReplyDeletebahaya jg kenderaan2 yg ada dkt2 lori time eksiden tu...seriau nya bila fikirkan...rezeki makan ikan bakar...awal tutup kedai, Nur & husband pelanggan terakhir kot...
ReplyDeletenasibaik ada kedai makan yg berhampiran..yela pasti lapar dh kn dh stuck dgn accident tu..sedap tgk ikan siakap bakar tu
ReplyDeletemujur ada lagi lauk.kadang dah time gitu makanan panas belum ada malah kedai pun tak buka lagi, lauk untuk lunch dah habis.huhu
ReplyDeleteKesiannya, tak sempat pergi kenduri. Tak ada rezeki nampaknya tapi rezekinya makan di kedai. Lauk pun nampak sedap tu, Tot
ReplyDeleteAiiiih besarnya truck 😱😱😱. Bekas ban di jalan tuh sangat jelas. Macam mana dia bisa terbalik yaa. Harap2 korban tak parah 😔.
ReplyDeleteKalau ikan bakar makan dengan air asam dan ulam memang dah cukup kak. Jangan banyak lauk lain. Malah tak bisa enjoy rasa manis ikannya nanti
dekat dengan traffic light ke tu kak Nur?
ReplyDeletenak kejar traffic light lah tu...seram betul...
dulu masa 2015. time ulang alik g kerja dari Sg Samak ke Lumut, pernah sekali eksiden atas jambatan batu 5 tu.. nasib baik saya antara yang terawal sampai, Q pun dekat dah dengan jambatan. itu pun 2jam baru boleh lalu. kalau terlewat sikit, duduk belakang2, mau 3, 4 jam...
naseb baik dekat kedai ada banyak lauk lagi, walaupun kedai nak tutup..
Allahuakbar. Seram betul tengok accident macam ni. Kalau lori melintang gitu memang jem lama sikit. Nak mengalihkannya satu hal juga dan ambil masa. Harap semua mangsa baik-baik je. Tak ada rezeki makan di majlis kenduri, dapat makan di kedai yang lauk pauknya sedap pun satu rezeki juga. Saya pun macam kak Nur makan macam tu. Ada lauk utama, ulam dan sambal/kuah asam pun dah okay sangat dah. Berselera makan. Mujur juga lauk masih ada masa dorang nak tutup kedai tu kan. Alhamdulillah...
ReplyDelete