Thursday, January 1, 2026

Top Commentators 2025

January 01, 2026 0 Comments

 Assalamualaikum, semua...

Stay up sikit hari ini, untuk capture screen senarai top commentators.

Skrip page Top Commentators

Skrip Top Commentators
Inilah page skrip HTML page Top Commentators di blog saya.

Yang saya bulatkan di atas, adalah nombor yang saya hari-hari update, sampailah ke nombor terakhir, 365, mewakili hari terakhir tahun ini.

Jika view blog guna komputer, senarai ini ada di page Top Commentators, menu paling kanan bahagian atas blog. Jika view guna handphone, kena klik View web version di bahagian bawah paparan, dan seterusnya klik Menu, pilih Top Commentators dalam senarai drop down menu.

Itu pasal page ini ambil masa lama untuk loading. Bukan dia kira 30, 50, 100, tapi 365 hari, jumlah komen oleh setiap teman bloggers yang tinggalkan jejak. Walaupun tinggal lagi 10 minit untuk detik 12 malam, tapi takpelah ya. 

Top Commentators 2025

Mengumumkan, senarai top commentators 2025 jatuh kepada: Drum Roll please...

Tangkap layar senarai top commentators termasuk time stamp 11.50 malam, 31 Disember 2025
Tangkap layar senarai top commentators termasuk time stamp 11.50 malam, 31 Disember 2025.

1. Fanny - 318 comments

2. NA - 292 comments

3. Puan Hazel - 233 comments

4. Adnil Linda - 215 comments

5. DinoHauz a.k.a. KSarie - 212 comments

6. Suria Amanda - 212 comments

7. Roziah @ Cie - 207 comments

8. Seri Kandi Tanah Jauhar a.k.a. SK - 198 comments

9. Bola Katok a.k.a. BK- 197 comments

10. Mulan - 180 comments

Jumlah entri di tahun 2025: 346

👏👏 Terima kasih kepada semua yang tersenarai mahupun tidak tersenarai, kerana kalau kome semua tak ada, maka tak meriahlah blog saya ini. 

Ada sedikit hadiah pada 10 orang penama di atas. 

Saya tahu alamat SK dan Puan Hazel.

Diminta Fanny, NA, Linda, KSarie, SA, Cie, BK dan Mulan email saya memberikan butiran nama, alamat penuh dan phone number untuk urusan pos. Email saya melissaazlanhyppy@gmail.com

Fanny punya hadiah camana, nak diposkan kah atau tunggu Fanny datang ke Malaysia? Nanti inform kakak sama ada email atau whatsapp ya, Fanny.

Hadiah tak seberapa pun. Yang saya mampu. Tapi saya nak beri juga, sebagai tanda penghargaan.

Page Top Commentators 2026

Untuk 1 Januari 2026, saya akan biar dulu page ini tanpa update. 

Dari 2 Januari, saya akan hilangkan sekejap page ini, hingga habis enam bulan pertama.

Bulan Julai ke atas, tengoklah, boleh jadi Ogos, September, atau terpulang macamana, barulah saya akan up semula page ini. Saja ja, ada unsur suspense di situ, tak mahu display senarai top commentators awal-awal. 

Ok. Itu sajalah. Terima kasih, semua.... yang banyak tinggalkan komen, yang baca tanpa tinggalkan jejak, semua saya sangat hargai kerana sudi singgah ke blog picisan saya ini. 

Selamat tahun baru 2026. Semoga tahun baru ini beri makna dan kejayaan yang lebih pada kita. Kekuatan untuk ubah diri kita jadi lebih baik dari sebelumnya. 

Jumpa lagi, ya. 💗