Keluar lagi jalan pagi pada 7 Januari 2026 yang lepas. Bak kata kasut Nike, "Just Do It!" 💪
![]() |
| Belasah kasut yang sama hari-hari. |
Dulu, zaman saya seorang pelari, saya ada beberapa pasang kasut lari pada satu masa. Masa itu, saya rotate pakai semua pasang, mengikut giliran. Kasut lari ini, kita kena guna. Kalau tak pakai, tapak mudah tercabut. Walaupun tak keluar berjalan atau berjogging, pakai saja keluar jalan-jalan ke shopping mall pun tak apa. Asalkan kita pakai. Sekarang, saya cuma ada dua pasang kasut lari. Inilah kasut New Balance, dibeli pada 8 Jun 2024. Masih elok dan sedap dipakai buat jalan pagi dan slowjogging. Sudah berjalan sejauh 516.48 kilometer untuk aktiviti yang direkod. Tidak termasuk aktiviti tidak direkod seperti jalan di mall dan keluar makan-makan. Sebab selalu lenjan di padang, ia selalu lembab dan basah. Jemur je, tanpa dibasuh. Nanti tunggu mood datang, akan basuh juga.
![]() |
| Berjalan selama 51 minit dengan jarak 4.57 kilometer. |
Sejak target saya bertukar dari 10 ribu langkah sehari ke 7 ribu langkah sehari, aktiviti jalan pagi menjadi lebih cepat siap. Tidak sampai 1 jam pun. Jadi kalau saya mula berjalan pukul 7 pagi, sebelum pukul 8 pagi saya sudah siap. Bagus juga, jadi tidaklah kena cahaya matahari yang mulai terik.
Semasa saya mula berjalan, suami saya kata dia nak pergi bungkus makanan untuk sarapan. Dekat padang kami berjalan, ada banyak kedai makan. Ada satu kedai ini, selalu ramai yang beratur bungkus makanan. Sebab kami tiba di padang awal pagi, suami tengok kedai itu belum ramai yang beratur. Jadi, dia pergi bungkus makanan dulu untuk dibawa pulang makan di rumah selesai jalan pagi.
Mari tengok suami saya beli apa untuk saya sarapan.
![]() |
| Nasi berlauk ikan kembung rebus dengan sambal belacan. |
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗



No comments:
Post a Comment