Thursday, January 8, 2026

Sarapan Capati Kari Kambing Bota

 Pada 31 Disember 2025 yang lepas, saya dan suami pergi sarapan di Capati Kari Kambing Bota. Saja, jalan jauh sikit. Keluar daerah Manjung, masuk daerah Perak Tengah.

Sekeping capati
Saya pesan capati sekeping.

Menahan diri untuk tidak pesan dua keping. Sebab kalau datang sini, memang saya selalunya pesan dua keping capati, kome. Azam tahun baru, berhenti makan sebelum kenyang. Bukan dah gendut, baru berhenti. 

Semangkuk kari kambing
Kari kambing

Makin lama, makin sikit pula kambing yang diberi dalam mangkuk kecil ini. Tapi kuah karinya memang terbaiklah, antara banyak-banyak kedai kari kambing yang saya pernah rasa. Kambingnya lembut, karinya sedap, cukup rasa. Macam tukang masak masak lama, karinya.

Nasi lemak sambal paru
Ini sarapan suami saya

Dia ambil nasi lemak, dengan dua sambal, iaitu sambal paru dan sambal tumis ikan bilis. Ada telur goreng mata juga. Sambal paru memang sedap! Saya test rasa sesudu. 😋

Kedai Capati Kari Kambing Bota Perak
Pagi-pagi, boleh tahan ramai

Tapi masih ada tempat duduk. Kakitangan kedai pun ramai. Jadi, tidaklah tunggu lama untuk capati kita sampai. 

Kome suka makan capati tak?
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗

20 comments:

  1. Nampak sedapnyer.
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  2. Cuya suka capati. Biasa memang makan dua. Ala capati mana ada menggemukkan kak.. kan tepung dia lain hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Tapi masih tepung la, Cuya. Karbo juga.

      Delete
  3. SA x berapa pergi kalau capati...roti canai takpe..hahaha....tp nampak sikit la isi kambing tu kan Nur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... roti canai pun sedap juga, SA. Betul, tak puas makan kambingnya, 5 ketul je dia bagi, huk huk.

      Delete
  4. Wahhh..Jauh brsarapan tu..Sy suka kari kambing cicah cheese nan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya, nan cheese. Nanti nak cari la kat mamak.

      Delete
  5. semalam pun tengok blog ada sambal paru, hari ni pun ada sambal paru. sedapnya nasi lemak sambal paru.

    ReplyDelete
  6. Capati Linda boleh makan sekeping je...roti canai boleh 2 keping .tapi, jenuh nak perabih..solutionnya, beli sekeping je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... kalau roti canai melayu boleh kot dua keping, sebab biasanya nipis je, kan.

      Delete
  7. sedapnya nengok ni. nasi lemak paru tu sangat menggoda ye!
    selalu ramai orang ke kedai ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu akak lalu, memang sentiasa ramai orang, tapi takdelah bersesak.

      Delete
  8. Antara capati dengan tosai...saya suka lagi tosai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tosei pun sedap ya, Encik. Cicah dengan chutney.

      Delete
  9. Menggoda perut yang sedang lapar. Hmm... Nyummi

    ReplyDelete
  10. Sarapan saya lagi suka makanan berkuah macam soto, laksa. Capati memang tidak ada dalam senarai untuk dimakan. Hehe sedap tengok kari kambing itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... Gitu... Saya baru haritu sarapan soto, NA.

      Delete