Tuesday, January 13, 2026

# Jalan jalan cari makan

Makan Pagi D'Cafetiam

 Pada 9 Januari 2026 yang lepas, saya dan suami pergi jalan-jalan cari tempat sarapan sedap. Ye, kami dua-dua rasa malas untuk keluar berjalan pagi. Ayuh, jomlah kita pergi makan, lagi syok! 😁

Tak mahulah makan tempat dekat-dekat. Jom kita pergi jauh sikit. Buat carian Google, tempat sarapan sedap di Seri Iskandar, Perak, lalu cafe ini keluar dalam senarai.

Makan Pagi D'Cafetiam
Makan Pagi D'Cafetiam

Pertama kali kami datang sini. Pernah nampak, tapi tak pernah singgah. Kami pernah tinggal di Seri Iskandar, Perak, ini lama, bertahun-tahun dulu, sebelum sekarang tinggal di Manjung. Ater... jomlah kita masuk tengok makanan apa ada.

Ada pakcik sedang buat roti canai di luar cafe. Senyum saja, bila tengok kami pilih tempat duduk di luar atau di dalam. Pakcik kata, kejap lagi meja luar itu jadi panas, jadi kami pun pilih tempat di dalam cafe.

Meja kuih muih dan hidangan lauk pauk
Meja kuih-muih dan hidangan lauk pauk.

Dekat meja lauk di sinun, semasa dalam perjalanan ke meja, saya nampak ada pulut kuning dan rendang, kome. Nampak sungguh menarik dan sedap. Tapi saya cuba itu lain kali la, ye. My feveret tau, pulut kuning dengan rendang. 😋 Eh, baru perasan masa upload gambar di blog, ada mesin jahit rupanya di tepi, atau sebenarnya di belakang saya duduk.

Deko almari lama yang di dalamnya ada set teh lama
Almari zaman dulu, ada set teh lama.

Klasik deco di dalam cafe. Atas almari, ada pemain piring hitam dan piring hitam sekali. Radio bentuk klasik zaman dulu punya, talam kenduri dan CD lama menghiasi dinding. CD sebenarnya sudah jadi barang lama kan. Sebab CD player pun sudah lama tak jumpa. Kalau ada pun, sudah jahanam kot. 

Kopi o panas kosong ada biskut keping
Saya pesan kopi o panas kosong.

Diberi sekali dua keping biskut untuk cicah kopi. 😋 Rasa macam makan kat kampung saja. Sebab cawan dan pinggan cafe guna, semua lama-lama punya design. Suami minum air suam je.

Nasi goreng cabai kering
Suami pesan nasi goreng cabai kering.

Ada keropok dan telur mata dalam hidangan nasi goreng cabai kering. Sayang, keropok itu sedikit lemau. Kurang rangup. Nasi ok. Tapi macam kurang rasa sikit. 

Bihun goreng miker
Saya pesan bihun goreng miker.

Oooo.. orang Perak la, tuan cafe ini. Sebab bihun goreng miker nama menu ini. Miker tu, awak. Teman itu, saya, dalam dialek orang Perak, ya. Deme tu, dia orang. Kome tu, korang. Kome udah makan ke? Hehe.. 
Huii... besor portion bihun gorengnya. Gendut juga perut nak habiskan. Share makan dengan suami, dapat rasa seorang separuh. Ada diberi cili potong. Keropok sekeping itu, saya cilok suami saya punya. Bihun goreng dia lebih sedap dari nasi goreng cabai kering di atas.

Kucing minta manja
Ada budak bulu pula nak tumpang bermanja.

Nasib baik awak ada emak dan adik-beradik, ye. Kalau tak, mahu saya bawa balik. Hehe.. sungguh sopan si Citam ini, dia letak kaki dia lembut atas peha saya. Dia tak minta makanan saya, tapi bila saya gosok kepala, dia duduk diam je atas kerusi sebelah saya. Halah halahh.... menyampes!

Kuih koci, kasturi, sagu dan puteri ayu
Kuih koci, kasturi, sagu dan puteri ayu.

Ambil kuih juga. Semua kuih orang lama belaka di cafenya. Sedap-sedap. Alhamdulillah.

Keratan rentas kuih koci
Keratan rentas kuih koci

Bolehlah datang semula ke cafe ini lain kali. Sebab nak cuba pulut kuning dengan rendang itu. Baca review, ramai cakap sedap. 

Sekian perkongsian. Jumpa lagi, ye. 💗

1 comment:

  1. Macam nampak kedai nya bila ronda² dekat seri Iskandar nun.. kami masih proses masuk lorong sini .keluar lorong situ.. hihihi

    ReplyDelete