Cerita semasa cuti umum 1 Januari 2026. Nasi goreng kampung masak pagi hari, habis waktu tengahari. Jadi, kami keluar makan di kedai tomyam dekat rumah saja.
Keluar rumah dekat pukul 4 petang. Nama tempat, Restoran Nurhayati Maju. Bapa saya pernah tanya saya, bila masa saya buka kedai makan? Hehe.. sebab nama saya pun Nurhayati juga.
Semasa kami keluar, kami belum makan tengahari. Nasi goreng dalam kuali, Hafizan yang habiskan. Selepas itu, kami sudah tidak makan malam. Dua dalam satu. Hehe..
![]() |
| Set nasi dengan lauk |
Ada menu masakan panas juga set nasi, sama seperti kebanyakan kedai-kedai tomyam. Bolehlah pilih set mengikut berapa orang dan bajet masing-masing. Kami pilih set nasi putih bersama lauk ikan singgang.
![]() |
| Ikan singgang |
Ikan kembung. Cukup rasa lauk singgang ini.
![]() |
| Kailan ikan masin |
Ini pun sedap.
![]() |
| Sambal belacan dan timun |
Tiada budu, tapi ada sambal belacan bersama timun.
![]() |
| Ikan goreng |
Sebab dalam set ada dua ikan, jadi kami tidak pesan telur dadar. Cukuplah tu. Banyak-banyak lauk nanti tak habis. Alhamdulillah. Sedap rasa semua hidangan.
Saya suka masakan rebus-rebus macam ini. Senang juga nak disediakan. Kome suka makan ikan singgang tak?
Baiklah. Jumpa lagi ya. 💗





Fav SA tu Nur...tp x suka kosong macam tu..SA suka letak bendi ke..timun ke..tomato...lepas kena ada budu...perghhh..sedar2 dh bertambah nasi
ReplyDeletekalau singgang ngam makan dengan budu memang padu.
ReplyDeleteBaru saya tahu nama Puan Nur ialah Nurhayati. Tapi kekalkan TOT itu lebih unik hehehehe dalam dunia online
ReplyDeleteBahaya menu2 ni. Boleh rosak diet, hewhew
ReplyDeleteSedapnya tgk kailan ikan masin tu =)
ReplyDeletesedapnya ikan singgang.. linda pun suka,tapi tak reti masak macam orang pantai timur masak...
ReplyDeleteItulah, sy baca tajuk dah terfikir sama nama dengan tuan belog, hihi. Sedapnya lauk2 pilihan Nur, sy suka jugak makan lauk singgang, tapi kena pakai pinggan mungkum sebab nak letak kuah banyak2. hurmm.. sambil taip ni telan ailio tau.
ReplyDeletesedapnya make ike singge. masa budak dulu sokmo arwah ma masak mcm ni atau goreng aje ike kembung tu. lo ni je jare make hok gitu.
ReplyDeleteSy baru tahu nama penuh Nur :)
ReplyDeleteSy pun suka masak singgang gini, nak² bila makin muda ni :p
First time dgr boleh order ikan singgang di restoran masakan panas..
ReplyDelete