Friday, January 30, 2026

# Kucing

Rumah sewa Amirul

 Khamis, 22 Januari 2026 - Amirul lepak di bilik hotel kami beberapa ketika. Sebab hari Khamis dan sudah petang, saya cadangkan kami cari makan di pasar malam saja. Semua cakap ok. Kami naik kereta Viva yang Amirul bawa. 

Amirul sudah jadi orang Dungun. Dia lalu ikut jalan celah-celah bangunan dan bawa kereta laju je. Beberapa kali saya ingatkan cer bawa slow sikit. Hee... budak ni. Lepas tu, lampu minyak sudah blink blink, bapak budak sudah mulai risau. Apehe ni... biar kereta tak ada minyak macam tu. Orang kalau tinggal dua bar paling kurang, elok la pergi isi terus. Pok pek pok pek bapak budak membebel. Amirul jawap kalau lampu minyak blink blink kan ada 5 kilometer lagi dalam tangki boleh pergi. Jauh tu. Ya Allah, anak bertuah...

Pergi stesen minyak dulu, isi minyak kereta. Dia tutup pintu kereta hempas je. Pong sang, pang sini, tutup tempat isi minyak kereta tu. Kasor bebenor ler... lepas tu komplen kenapa kereta tu keluar bunyi itu, keluar bunyi ini. Masa saya bawa kereta Viva tu, di Perak, saya pakai pergi jalan pagi dan ke pasar je. Elok kereta tu. Dapat dekat budak Amirul, Allahuakbar... 

Lepas isi minyak kereta, pergi singgah rumah sewa Amirul dan kawan-kawan. Dia nak angkat kain jemuran.

Pokok ros depan rumah
Depan rumah sewa, ada pokok ros

Tuan rumah tanam. Tapi sebab budak-budak student yang duduk, tak terjaga pokoknya. Tengoklah motor bersusun beratur di garaj rumah. Ada 20 orang ok, duduk di rumah ini. Bilik tak silap, ada 5 ke, 6 buah. Tapi memang besar rumahnya, rumah banglo. Amirul pun tinggal lagi 2 semester nak habis di Uitm, Insya-Allah, semester kedua dia kena duduk luar, tak dapat dah duduk dalam.

Melawat anak di rumah sewa
Anak bujang nuuu... tengah angkat kain

Sudah besar anakku ini. Dah tak ada rupa budak dah. Rupa orang dewasa sudah. Umur pun sudah 23 tahun. Saya waktu umur 23 tahun, dah nikah dah. Huhu..

Saya tak masuk dalam rumah sewa Amirul pun. Duduk luar je. Tengok-tengok, ada ulat bulu besar ok, di luar rumah Amirul!

Kucing gebu
Ni ha, ulat bulunya! 😁

Budak-budak bujang ni, bagi makan dan bela, seekor kucing. Tengok-tengok, beranak pula. Anak kucing ada 3 ekor, semua gebu gebas. 

Anak kucing comel
Eh eh.. tak takut orang budak ini.

Mana leher awak? Dari muka terus ke badan ni. Sangat fluffy. Udah rope ulat bulu, membulat jer, bila berjalan main-main di celah-celah rak kasut di luar rumah.

Lepas Amirul angkat kain jemuran, kami pergi pasar malam di bandar Dungun. Suami beli nasi dagang ler.. ish ish.. beratur waktu membeli. Tapi worth it sangat, tak sama, ok, nasi dagang tempat kita dengan nasi dagang jual di Terengganu ni. Huuu.... Amirul beli makanan dia la. Murah la, harga makanan di pasar malam. Tiga mangkuk benda cucuk-cucuk Amirul beli. 3 mangkuk, bukan 3 lidi, seperti kulit ayam, paru ayam dan apa entah satu lagi dia beli. Ish ish ish... saya cakap jangan makan selalu, kolesterol tinggi belaka tu. Amirul cakap, waktu muda lah nak enjoy makan. Huh..

Maaf, tiada gambar makanan beli di pasar malam. Kerana kami semua lapar dan tak dapat menahan sabar, makan, tak ingat dah nak ambil-ambil gambar ni. Huhu. Oh, kerepok lekor sana terbaikkkkkk! 👍😋 Rasa ikan, takde rasa tepung macam keropok lekor sini. Saya terbeli dua helai baju di pasar malam. Satu baju, RM10 je. Hehe.. 

Amirul makan bersama kami di bilik hotel. Selesai makan nak maghrib, dia pun balik. Tak tidur dengan kami pun. Dia ada assignment kena siapkan untuk hantar esok. 

Alhamdulillah... sambung lain entri pula ya. 

Hujung minggu ini, long weekend ya, cuti berganda Hari Thaipusam dan Hari Wilayah bagi yang kerja di KL. Ada yang nak pergi bercuti ke tu, atau balik kampung? Semoga dipermudahkan urusan pembaca sekalian dan jaga diri dan keluarga. 

Jumpa lagi. 💗

1 comment:

  1. Ramai juga serumah tu. Teringat zaman belajar poli dulu pun Cie sem 2 kena duduk rumah sewa dah. Sem 1 je boleh duk asrama.

    ReplyDelete