Jumaat, 16 Januari 2026 - Saya berkebun, macam biasa. Sama macam semalam, sama saja kehidupan saya. Tiada apa benda menarik nak saya ceritakan. Tapi saya bersyukur kerana dapat buat apa yang saya suka dan hidup aman damai, punya rumah berlindung dari panas dan hujan, makan cukup rezeki dari Allah dan ada keluarga dan anak-anak. Alhamdulillah. Walaupun ada ketika kita diuji dengan masalah atau cabaran yang menduga keimanan dan kesabaran, berhentilah sejenak untuk mensyukuri apa yang kita ada, sekecil mana pun benda itu.
Saja saya ambil gambar bunga ros kuning ini. Untuk tunjukkan perbezaan warna antara bunga ros baru kembang dan bunga ros yang sudah lama kembang dan warnanya mulai pudar.
Selesai berkebun, saya masuk dapur pula. Pada hari itu, saya cuma goreng kuetiau. Seperti biasa, cuma letak kek ikan dan telur. Takde taugeh dan kucai. Anak-anak memang suka makan macam ni. Hafizan pula balik hujung minggu hari Jumaat, dan pada hari Ahad, suami akan hantar semula ke Ipoh.
Makan bersama kuetiau goreng. Ringkas saja lauk kami. Hari Jumaat ada pasar malam di Bukit Permata. Jadi, boleh cari makan malam sana saja. Kalau malas ke pasar malam, beli burger tepi jalan pun orait juga.
Hari ni, kome makan apa? Kongsi dalam komen ya. Boleh kita tukar-tukar idea nak masak apa.
Jumpa lagi. 💗

cantiknya bunga tu kuning tu jarang jumpa. seronok jadi surirumah pagi2 dah boleh berkebun. kita yang bekerja ni pepagi duk la menekan2 keyboard. hihi. macam tu la kehidupan kita kan bersyukur seadanya.
ReplyDelete