Tuesday, January 20, 2026

# Gardening

Pokok bawah bumbung

Rabu, 14 Januari 2026 - Saya ikut suami pergi  bungkus nasi untuk sarapan Sulaiman. Singgah 7-Eleven, beli kopi. Dua cawan kopi americano, panas dan sejuk, harga RM5.

Pastries dalam chiller 7-Eleven
Tergoda tengok pastries.

Tapi tak beli pun pastries. Tengok jer.

Lepas suami pergi kerja pukul 7 pagi, saya berkebun. Tidak pergi briskwalk. Malas nak drive pergi padang di Sitiawan. Malas nak join kesesakan awal pagi. Baik berkebun saja, mengadap pokok. 
Dekat tempat saya ni, ramai orang keluar pagi-pagi. Dulu, tak macam ni. Sekarang kalau pergi cari nasi lemak sebelum pukul 7 pagi di Bukit Permata, penuh manusia, kebanyakan pakai uniform warna merah, juga sibuk beli makanan di situ. Masa dulu-dulu zaman sebelum covid, penuh dengan orang uniform oren. Sekarang, ramai uniform merah. Kerja dalam pengkalan TLDM. 

Berbalik kepada cerita berkebun.

Pokok ati-ati ada kutu

Merujuk kepada gambar kecil di atas, saya zoom-in. Mula-mula saya ingat tahi ulat pada daun. Bila ambil gambar dan zoom-in baru nampak benda hitam kecil-kecil tu ada kaki. Inilah perosak yang pernah buat pokok selasih saya mati. Daun pokok jadi bergulung dan pudar warna. 

Saya sudah buang daun yang ada perosak ini. Kemudian saya spray dengan penghalau serangga perosak yang beli di kedai Eco.

Pokok bunga kupu-kupu suka duduk bawah bumbung

Saya panggil pokok ni butterfly. Sebelum ni, dia duduk tengah panas. Makin lama makin sikit tinggal dan macam nak mati. Saya pindahkan ke bawah bumbung dekat garaj. Sudah keluar baru. Waktu malam, daunnya melipat ke bawah. Bila siang, daunnya mengembang seperti dalam gambar atas.

Pokok salvia ini pun suka duduk bawah bumbung 

Sekarang ada pasu saya letak bawah bumbung. Ada yang saya biar di luar tengah panas. Saya tukar tempat bila pokok macam nak mati. Bila pokok mulai nampak segar dan keluar daun atau bunga baru seperti di atas, maka betullah apa yang saya buat bila pindahkan lokasi pokok.

Keladi merah keluar daun baru

Semasa ia duduk tengah panas, tengoklah daun yang saya bulatkan. Ada kesan terbakar dan warna daun pudar. Bila pindahkan ke bawah bumbung, tumbuh daun baru yang lebih cantik dan terang warnanya.

Alocasia ninja atau black velvet

Yang ini pun suka duduk bawah bumbung. Masa mula beli ada 2 daun sahaja. Sekarang sudah bertambah banyak, dan tidak perlu siram setiap hari. Bila tengok tanah nampak kering, barulah siram.

Ini makcik yang suka berkebun dari pukul 7 hingga 10 pagi.

Dia suka duduk bawah bumbung. Kalau dia duduk tengah panas, dia kena pakai topi berkebun dan sebelum berkebun kena tepek sunblock secukupnya. Kalau tak, kulit akan ada kesan terbakar dan kemerahan seperti lobster. 😁

Hehe... Tu je la perkongsian hari ini. Hari ni ada banyak benda kena settle sebab esok saya nak jalan jauh, Insya-Allah. 

Jumpa lagi, ye. ♥️

6 comments:

  1. berkebun ni terapi jugak. tapi kena ada mood kerajinan kan. kalau malas memang tak jadi apa.

    ReplyDelete
  2. Sy pun nak kena alihkan semula pasu pokok keladi sy ke bawah bumbung. Sian daunnya melecur kena panas

    ReplyDelete
  3. seronok nya berkebun...kuar peluh jugak tu

    ReplyDelete
  4. lama tu berkebun.. macam mak linda dekat kampung.. selalunya, pokok keladi macam tu, memang suka bawah bumbung..

    ReplyDelete