Rabu, 14 Januari 2026 - Saya ikut suami pergi bungkus nasi untuk sarapan Sulaiman. Singgah 7-Eleven, beli kopi. Dua cawan kopi americano, panas dan sejuk, harga RM5.
![]() |
| Tergoda tengok pastries. |
Tapi tak beli pun pastries. Tengok jer.
Berbalik kepada cerita berkebun.
![]() |
| Pokok ati-ati ada kutu |
Merujuk kepada gambar kecil di atas, saya zoom-in. Mula-mula saya ingat tahi ulat pada daun. Bila ambil gambar dan zoom-in baru nampak benda hitam kecil-kecil tu ada kaki. Inilah perosak yang pernah buat pokok selasih saya mati. Daun pokok jadi bergulung dan pudar warna.
Saya sudah buang daun yang ada perosak ini. Kemudian saya spray dengan penghalau serangga perosak yang beli di kedai Eco.
![]() |
| Pokok bunga kupu-kupu suka duduk bawah bumbung |
Saya panggil pokok ni butterfly. Sebelum ni, dia duduk tengah panas. Makin lama makin sikit tinggal dan macam nak mati. Saya pindahkan ke bawah bumbung dekat garaj. Sudah keluar baru. Waktu malam, daunnya melipat ke bawah. Bila siang, daunnya mengembang seperti dalam gambar atas.
![]() |
| Pokok salvia ini pun suka duduk bawah bumbung |
Sekarang ada pasu saya letak bawah bumbung. Ada yang saya biar di luar tengah panas. Saya tukar tempat bila pokok macam nak mati. Bila pokok mulai nampak segar dan keluar daun atau bunga baru seperti di atas, maka betullah apa yang saya buat bila pindahkan lokasi pokok.
![]() |
| Keladi merah keluar daun baru |
Semasa ia duduk tengah panas, tengoklah daun yang saya bulatkan. Ada kesan terbakar dan warna daun pudar. Bila pindahkan ke bawah bumbung, tumbuh daun baru yang lebih cantik dan terang warnanya.
![]() |
| Alocasia ninja atau black velvet |
![]() |
| Ini makcik yang suka berkebun dari pukul 7 hingga 10 pagi. |
Hehe... Tu je la perkongsian hari ini. Hari ni ada banyak benda kena settle sebab esok saya nak jalan jauh, Insya-Allah.
Jumpa lagi, ye. ♥️








berkebun ni terapi jugak. tapi kena ada mood kerajinan kan. kalau malas memang tak jadi apa.
ReplyDeleteSy pun nak kena alihkan semula pasu pokok keladi sy ke bawah bumbung. Sian daunnya melecur kena panas
ReplyDeleteseronok nya berkebun...kuar peluh jugak tu
ReplyDeleteAduhai..Cantik2 pokoknya =D
ReplyDeletelama tu berkebun.. macam mak linda dekat kampung.. selalunya, pokok keladi macam tu, memang suka bawah bumbung..
ReplyDeletecantik pokok bunga kupu-kupu
ReplyDeleteteringat zaman pokok keladi viral dulu kak..dapat la tengok pokok keladi yang pelik-pelik
ReplyDeletepokok kupu-kupu tu pun cantik,ni kalau dapat dekat saya sekejap je ni jangka hayat dia
Patutlah pokok butterfly saya makin tak sihat, rupanya tak boleh kena panas sangat.
ReplyDeleteUi, banner blog baru lg... nice nice.. semoga dipermudah perjalanan jauh tu.. selamat bermusafir kaknur
ReplyDelete