Assalamualaikum, semua... minggu baru, semoga kita semua kuat dan bersemangat untuk bekerja.. 💪
Entri ini, cerita yang berlaku pada hari Isnin (kebetulan sama, hari cerita dan hari publish entri), 6 April 2026 bersamaan 17 Syawal 1447H yang lepas.
Pada waktu pagi, saya pergi jogging di Padang Astaka, Sitiawan. Pakai tudung baru, ada saya cerita dalam entri sebelum ini.
![]() |
| Aktiviti dan peta yang sempat disimpan oleh jam. |
Jarak cuma dapat 5.9 km sahaja, kerana jam saya mati. Saya tak caj jam, sebab masih ada dua bar. Tapi okaylah, sebab boleh riadah sampai 1 jam 6 minit, sebelum jam mati.
Kemudian, saya beli kopi Zus. Selepas itu, beli bungkus nasi berlauk kak Za untuk sarapan.
Balik rumah, saya bungkus barang Amirul. Dia mesti ada tertinggal benda punya, jadi mamalah tukang pos. Barang tinggal ada satu saja, iaitu cable extension, tapi pos kotak besar, mestilah ada barang-barang tambahan, makanan, kopi, dan lain-lain. Hehe..
![]() |
| Bungkusan untuk Amirul |
Saya tanya pada kerani pejabat pos, boleh keluar duit ASB tak?
Dia cakap, sebab masih pagi, tak cukup cash. Orait.
![]() |
| Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Daerah Manjung. |
Selesai urusan pejabat pos, kami pergi bayar zakat. Suami saja masuk dalam. Saya tunggu dalam kereta. Tapi, tak lama pun urusan. Alhamdulillah, berjalan lancar.
![]() |
| Cenderahati dapat bayar zakat |
Suami dapat tumbler khas, ada logo Zakat Perak. Comel tumbler-nya.
Selesai urusan bayar zakat, kami pergi Maybank pula. Saya tak boleh bawa keluar duit ASD Sulaiman. Nama Sulaiman sudah tiada bawah nama mama. Kalau nak keluar, Sulaiman kena buat sendiri. Sebab umur. Lagi 4 bulan Sulaiman akan cukup 18 tahun. Kalau ikut harijadi, belum cukup. Sistem Maybank macam tu, orang banker tu cakap. Dalam tempoh 6 bulan sebelum birthday, penama tu float je, tak boleh buat apa-apa urusan perbankan. Hari sebelumnya pun ada kes sama, di mana budak belum cukup 18 tahun tak boleh buka akaun atas nama sendiri. Dia kena tunggu sehari selepas birthday dia untuk buat.
Huh. Macam-macam. Saya rasa, bank lain okay kot. Sebab anak kedua, Hafizan, pernah buka akaun Bank Islam, sebelum dia 18 tahun, memang guna nama bapa, tapi ada nama dia sendiri. Bila dah cukup umur, automatik tukar nama dia. Entah. Saya pun dah lupa macamana.
Sulaiman berhajat nak keluar duit Amanah Saham Didik dia sikit, sebab dia nak beli handphone baru. Telefon dia sudah uzur sesangat. Sebab malas nak pergi bank lagi, mama pinjamkan duit mama la, untuk beli handphone baru. Alhamdulillah, sudah selesai di hari lain, dia beli telefon Infinix. Senyum sampai ke telinga dia.
Lepas zohor, saya pergi hantar kain yang hadiah dari kak Notie ke tailor.
![]() |
| Kain berlace |
Baju raya berlace ini, saya dapat bulan Januari lepas. Tapi waktu itu, tukang jahit semua sudah tutup order untuk baju raya. Itu yang saya baru nak hantar.
Lama saya tak pergi hantar tempah baju ni. Kali terakhir, sebelum covid. Saya pergi tempat sama yang arwah mama saya suka pergi. Jadi, kena ambil ukuran la, sebab sudah lama. Rekod pun sudah ke mana pergi.
Aunty ambil ukuran tu kemudian tanya nak letak bahagian lace di mana. Dia bawa keluar kain, letak lace atas kain. Letak di bahagian bawah. Saya tempah jubah. Hehe...
![]() |
| Harga tempahan pakaian di kedai aunty Gally. |
Bapakk, baju kurung biasa harga RM80. Menyesal aku tak belajar menjahit dulu. Peh.. memang boleh buat duit kalau tahu menjahit pakaian ni. Ada simbol plus plus di papan tanda di atas tu. Sebab jubah itu ada tambah lace, jumlah harga adalah RM120. Saya sudah bayar penuh.
Insya-Allah, siap hari ini, hari saya publish entri ini. Nanti petang, saya akan pergi pick-up.
Itulah ceritanya. Urusan pada suatu hari Isnin di awal bulan lalu.
Semoga hari anda pada hari ini berjalan dengan lancar. Semangat!
Jumpa lagi. 💗






Wow..Mmg masyuk menjahit ni kan sis? Sy 50/50 mnjahit skrg ni. 50% jahit baju, 50% jahit craft items =D
ReplyDeleteMasyuukk, Nieza. Bestnya sebab Nieza boleh menjahit. 👍 Memang boleh cari makan.
DeleteWah Nur sudah hantar jahit kain Sis Notie! Saya belum lagi sebab belum tahu hendak hantar mana.
ReplyDeleteEh bukan saya dan Nur warna kain sama? Sayapun rancang untuk buat jubah. Mungkin saya tiru Nur juga. Letak mana lace itu? Takpe tunggu siap mungkin saya boleh ikut juga.
Lupa saya punya letak poket belah kanan. Tahun lepas saya hantar kain buat jubah kena RM160. Itu kain sahaja. Oleh sebab itu hendak cari tukang jahit lain.
DeleteDah terjawab soalan NA di entri baru saya. 😊 Harap NA jumpa tukang jahit lain. RM160 mahal sikit dari saya. Saya pun letak poket belah kanan.
DeleteCantik tumbler tu.
ReplyDeleteBagus kedai jahit jelas pasal harga. Saya dah terlalu lama tak tempah baju, tak tahu pasal kos tempahan. Nak tempah kat mana pun, tak tahu. Kena cari/tanya orang tukang jahit mana yang bagus.
Kann...
DeleteSaya pun baru tahu, sebab lama juga tak tempah. Itulah. Kena jalan-jalan cari kedai jahit, baru boleh jumpa.
Menariknya saguhati daripada Zakat Perak bagi tumbler. Zakat Selangor sokmo la bagi kalendar bertahun-tahun tidak berubah huhuhuhu. Tukang jahit memang mantop incomenya kan? Teringat ada seorang tukang jahit yang buat rumah banglo di Kelantan cash dan beli kereta cash hasil jahitannya.
ReplyDeleteHehe.. kalendar bagus juga KSarie.
DeleteBestnya, lumayan hasil menjahit. Kalau kita kerja tekun dan keras, Insya-Allah ada ganjarannya ya, KSarie.
Sama kak. Rasa nyesal tak belajar menjahit dulu kan boleh buat duit tepi ni mahal betul upah jahit. Cie beli baju dah siap je murah. Kalau takde dapat hadiah kain pasang memang takdela nak tempah baju.
ReplyDeleteKann... Cie. Takpe la. Semuanya telah tertulis.
DeleteSamalah kita, banyak beli baju readymade je.
Mbak tot, kemarin aku habis medical checkup, dan hasilnya tensiku tinggi ekstrim sekali.
ReplyDeleteLangsung teringat kebiasaan mbak yang sering lari atau jalan pagi. Nah, aku jadi terinspirasi, ingin rutin olahraga pagi seperti mbak, hehehe. Doakan yaaa
Aduh, tekanan darah ya, Mas Fajar? Semoga tak apa², ya. Ayuh, olahraga pagi dan jaga makan. Akak juga harus begitu, semoga kita sama² semangat ya, demi kesihatan kita juga.
DeleteSaya jarang hantar baju kt tukang jahit, camtu rupanya harga dia. Tulah harga sebuah kepakaran kan hihi. Tpi utk support dorang, kita pejam mata jelah bayar. Yg penting kualitinya kemas
ReplyDeleteBetul, Mazni. Bukan senang nak menjahit baju ni. Padanlah dengan harga yang dipaparkan tu.
Deleteseram nak hantar baju ke kedai jahit.. selalu hantar uniform jela.. yang tu memang rm100 lebih la sepasang.
ReplyDeleteMacam tu la harga zaman sekarang ya, Linda.
DeleteSy pernah masuk kelas jahit, siap beli mesin jahit. Tapi bila dicuba terbukti bukan bidang saya 🤭 Kurang sabar, kurang teliti, sakit pinggang, semua ada la bila try menjahit tu 😇
ReplyDeleteHehe.. at least ada mencuba ya, PH. Skill PH memasak kot. Selalu prepare rencah untuk masak banyak² tu. 😊
DeleteCantik pulak tumbler tu.... kaler dia garang
ReplyDeleteHa ah, uncle. Hitam dan merah. Jarang jumpa tumbler warna camni.
DeleteMemang beberapa bank tak bisa buat rek atas nama anak jika belum 18 kak. HSBC dulu juga begitu. Bisa buat, tp QQ dengan orangtua dia. JD nama dia dan nama orangtua ada. Cuma setelah 18, dia wajib tutup rekening, lalu buka lagi kalau mau sambung pakai. Jadi tak auto pindah. Beda bank, beda aturan kan.
ReplyDeleteIsh tak sabar nak lihat bajunya nanti macam mana 😍😍
Begitu, rupanya. Ye la Fanny, lain bank, lain kaedahnya.
DeleteAkak sudah share dalam entri terbaru, Fanny. 😊
Wah mahal ya upah jahit baju apa lagi yg expert. Kadang harga kain lagi murah dari harga upah baju. Memang buat duit sungguh aunty tu.
ReplyDeleteBetul kak, harga kain lagi murah dari upah jahit. Hehe.. padan harga tu, kak, dengan mutu jahitannya.
DeleteUpah jahit memang mahal kan sekarang tapi tu lah tak semua baju siap kita berkenan. Dan kadang berkenan pada kain ela.
ReplyDeleteYe, Mulan. Ini saya hantar sebab ada kain pasang ni. Baru tahu harga tempah jahit baju berapa zaman sekarang.
DeleteSA pun x hantar lagi kain hadiah dari Kak Notie tu..bila la nak hantar agaknya
ReplyDeleteKena hantar cepat SA, nanti boleh buat baju raya haji. 😊
DeleteBagus dapat cenderamata bayar zakat. Mungkin nak galakkan orang terus bayar situ kot.
ReplyDelete