Tuesday, April 21, 2026

Makannn je...

Kadang tu, tak tahu nak cerita apa. Kali ini, saya cerita pasal makanan la, ye. 

Alkisah pada hari Selasa, 7 April 2026 yang lepas, suami saya bawa balik sarapan yang dibungkus dari kedai baru.

Eh, bukan kedai baru. Cuma kedai yang kami tak pernah cuba, baru tahu, rekomen dari kawan ofis suami.

Entah nama kedai apa, lupa pula. Tapi sejak suami bawa balik sarapan itu, kami ada repeat makan di kedainya. 

Jom tengok suami bawa balik apa.

Nasi kerabu daging

Nasi kerabu harga RM10. Besar portion, kan. Ada solok lada juga. Memang gendut la, nak habiskan.

Untuk saya

Nasi berlauk ayam bakar harga RM7. Pun banyak juga nasi.

Sedap kedua-duanya. Itu yang di lain hari, kami pergi makan di kedai pula. Cuma rasanya, lebih selesa bungkus makan di rumah, sebab agak panas masa makan di kedai.

Pada hari yang sama, saya masak, untuk makan malam. Tudia lah, sebab makan banyak, tengahari pun masih kenyang. Jadi kita makan malam terus la, di waktu petang.

Timun dan sambal belacan.

Lama tak buat sambal belacan. Saya kisar je, malas nak menumbuk, sambalnya.

Kari ayam

Saya masak kari ayam, letak kentang juga.

Alhamdulillah. Rezeki pada hari itu. 

Okay. Sekian cerita.

Jumpa lagi, ye. 💗

25 comments:

  1. Cerita makanan paling senang sebab kita makan hari-hari. Selalu order nasi kerabu ayam je, tak pernah lagi lauk daging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Eyma. Try la nasi kerabu daging, sedap juga. 😊

      Delete
  2. Sama la Cie pun dah takde idea nak tulis apa. Tu yang hari2 muncul menu dinner. Takde cerita nak diceritakan tapi nak bercerita juga setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. betul, betul. Blog perlu di-update juga, kan. Lantaklah cerita makan hari-hari.😁

      Delete
  3. Ranai peniaga nasi kerabu di LD, kebanyakannya dari Kelantan. Sayangnya lauk nasi kerabu seadanya sahaja, tak semeriah di tempat kita, jarang jumpa solok lada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke, kak... takpe kak. Nanti balik Malaya, bolehlah makan puas-puas sini.

      Delete
  4. Tak sabaaar nak beli nasi kerabu di KL nanti 😍😍😄. Dah rindu sangat makan iniii. Solok lada tuh saya belum pernah coba kak. Penasaran juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, nanti cuba ambil solok lada tu ya, Fanny, kalau jumpa nasi kerabu di KL. 😋

      Delete
  5. Nasi kerabu kalau lengkap bahannya mesti sedap. Kalau ada daging bakar lagi ngam

    ReplyDelete
  6. Kari ayam letak kentang mmg win 😋
    Sedap nasi kerabu tu ...

    ReplyDelete
  7. Tengok Kari Ayam Nur, Alhamdulillah dapat idea nak masak nanti. Sedap nampak Nasi Kerabu tu.

    ReplyDelete
  8. Kat kuantan hari tu ada gak nasi kerabu...tapi x beli plak..SA makan nasi dagang je..hahaha

    ReplyDelete
  9. KSarie baru memulakan misi mengganti puasa hari pertama. Baca post Tot di pagi hari ini memang menggoda sungguh. Nasi kerabu itu nampak nyum nyum sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat mengganti puasa, KSarie. 💪
      Sorry ye. Ter-update pasal makanan.

      Delete
  10. Ya terpacul hendak buat kari ayam Ahad atau Isnin nanti, kentang banyak ini. Insya Allah.

    ReplyDelete
  11. Kalau dah sedap, memang akan selalu repeat order. 😂

    ReplyDelete